Penyokong setia Red Giants menggesa pengurusan Selangor mencari pengganti buat penyerang Guilherme Di Paula apabila jendela perpindahan pemain pada April dibuka.
Permintaan mereka ada asasnya kerana penyerang Brazil itu sekadar meledak tiga gol musim ini selepas 7 perlawanan buat Selangor.
Guilherme Di Paula sememangnya menggalas tugas berat apabila menyertai kem Red Giants kerana perlu mengisi tempat yang ditinggalkan Paulo Rangel yang telah menyertai Terengganu pada awal musim.
Pada musim lepas Paulo Rangel dinobat Penjaring Terbanyak Liga Super 2014.
Pengendali Selangor Mehmet Durakovic ketika sidang media selepas tewas kepada Terengganu bagi saingan Piala FA tempoh hari berkata dia tidak bercadang untuk menukar barisan pemain sedia ada.
Namun gesaan peminat mungkin akan menyebabkan jurulatih kelahiran Montenegro itu mengubah pendiriannya.