CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1392|Reply: 0

Khabar angin menjadi sahih

[Copy link]
Post time 25-3-2015 10:25 AM | Show all posts |Read mode


Spekulasi Mohd Azraai Khor Abdullah selaku jurulatih baru Kelantan menjadi nyata selepas pengesahan rasmi dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa pada Selasa.

                Tujuh bulan berehat daripada sebarang aktiviti kejurulatihan, Azraai bakal kembali mewarnai pentas liga Malaysia selepas Kelantan berminat untuk menggunakan khidmatnya menggantikan George Boateng yang gagal penuhi kesempurnaan yang di harapkan dari pengurusan KAFA musim ini.

Pengumuman yang di buat Annuar Musa menerusi laman sosialnya, mengesahkan kedudukan Azraai selaku jurulatih baru Kelantan sementara Boateng memegang jawatan baru selaku pengarah teknikal The Red Warriors.

Azraai yang akan berada di Kota Bharu Kelantan pada Rabu akan meneruskan kesinambungan yang ditinggalkan Boateng dengan aksi suku akhir pertama Piala FA bertemu Perak sebagai perlawanan pertama membimbing Kelantan.

Melihat kelibat Boateng yang masih bersama Kelantan, Azraai tidak berasa sebarang ancaman yang mengganggu tugasnya selaku jurulatih sebaliknya bersedia untuk berkongsi ilmu jika itu mampu bawa kebaikan untuk pasukan Kelantan.


sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.033243 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list