|
Pasukan pilihan, Jepun bermula dengan langkah kanan pada pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 Bawah 23 Tahun apabila mengalahkan Macau 7-0 pada aksi pembukaan Kumpulan I di Stadium Shah Alam, hari ini.
Skuad kendalian Makoto Teguramori itu nyata bukan tandingan Macau selepas meledak empat jaringan pada separuh masa menerusi Wataru Endo pada minit ke-22, Yuta Toyokawa (26), Gakuto Notsuda (31) selain gol sendiri pemain Macau, Tang Hou Fai, selang dua minit kemudian.
Skuad muda 'Samurai Biru' itu yang dicanang sebagai calon juara Kumpulan I menambah derita pasukan Macau dengan tambahan tiga gol pada babak kedua perlawanan menerusi pemain naturalisasi dari Jamaica, Musashi Suzuki pada minit ke-66 selain jaringan peribadi Notsuda dan Takumi Minamino pada masa kecederaan.
Jepun dijadual menentang Vietnam pada aksi kedua kumpulan I di venue yang sama pada 8.15 malam, Ahad ini.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|