CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12230|Reply: 10

Bunga sakura kembali mekar Di Kedah

[Copy link]
Post time 29-3-2015 12:49 PM | Show all posts |Read mode


CANTIK dan tenang dilihat. Itulah ungkapan yang sering didengari oleh orang ramai setiap kali melihat fenomena musim bunga sakura di sekitar negeri ini.

Lebih dikenali sebagai pokok tabebuia, ia mula berbunga lebat selepas hampir sebulan Kedah dilanda musim kemarau.

Tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan itu menghasilkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu sejak Februari lalu.

Fenomena musim bunga sakura ini kebiasaannya berlaku selepas sesuatu negara dilanda musim kemarau atau kering yang panjang.

Di Kedah, bunga sakura lebih banyak menghiasi jalan-jalan utama di Alor Setar dan Kuala Kedah, selain kawasan perumahan.

Selain itu, daerah Yan yang lebih dikenali sebagai kawasan pelancongan juga tidak terkecuali merasai fenomena terbabit.

Pokok yang ditanam di sepanjang jalan pekan Guar Chempedak hingga pekan Yan turut menghasilkan satu fenomena bunga sakura yang luar biasa.

Bunganya yang lebat dan mekar membuatkan orang ramai seolah-olah berada di musim bunga sakura di Jepun.

Meskipun begitu, fenomena sama turut boleh dirasai pengunjung di Pantai Murni, Yan, dengan keindahan bunga sakura berwarna merah dan kuning.

Walaupun ia hanya berlaku untuk suatu tempoh singkat, tetapi ia memberikan 1,001 kenangan kepada penduduk setempat merasai musim bunga seperti di negara luar.
Keindahannya itu turut membuatkan orang ramai tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan di bawah pokok terbabit.


Pertama di Malaysia

Sementara itu, Kerajaan Kedah komited merealisasikan hasrat membina taman sakura pertama di Malaysia berikutan bunganya yang cantik dan lebat mendapat sambutan masyarakat setempat.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, usaha awal ke arah itu dilaksanakan secara berperingkat bersama pelbagai agensi dan jabatan.

“Pokok tecoma atau lebih dikenali sebagai pokok sakura Malaysia memang cantik kerana bunganya yang lebat membuatkan kita berasa seolah-olah berada di musim bunga Jepun.

“Pada saya, mungkin pokok itu boleh ditanam di setiap jalan-jalan utama dan kawasan sekitar pusat bandar,” katanya.

Menurutnya, pembinaan taman sakura itu mampu menjadi tarikan baharu pelancong ke Kedah selepas musim kemarau.

“Antara langkah awal termasuklah penanaman 2,000 pokok sakura di Taman Jubli Emas oleh Jabatan Perhutanan Kedah sempena Sambutan Hari Hutan Kebangsaan baru-baru ini.

“Selain itu, sejumlah pokok sama juga akan ditanam Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dalam masa terdekat bagi mencantikkan lagi kawasan berkenaan,” katanya.

Badrol Hisham berkata, daerah Yan juga tidak terkecuali merasai fenomena terbabit kerana mempunyai banyak pokok sakura di tepi jalan utama.

“Kawasan Yan sudah lama tanam pokok itu di tepi jalan dan memang cantik apabila ia berbunga, cuma ia akan berbunga selepas musim kemarau.

“Kita akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk mencari kaedah terbaik bagi memperbanyakkan lagi pokok terbabit di kawasan berkenaan seperti laluan utama pelancong ke Gunung Jerai, pusat rekreasi dan sebagainya,” katanya.


Cadang bina taman sakura di daerah lain

Mengulas mengenai cadangan supaya setiap pemaju perumahan diwajibkan menanam pokok sakura di negeri ini, beliau berkata, pihaknya akan menguatkuasakan perkara itu selepas mendapat persetujuan bersama.

“Kita akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan jawatankuasa pembangunan penduduk (JPP) yang terdiri daripada pemaju-pemaju perumahan.

“Sekiranya cadangan itu mendapat maklum balas positif, kita tiada masalah untuk mewajibkan syarat menanam pokok sakura di setiap taman perumahan baharu,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan membina taman sakura di daerah lain yang bersesuaian dengan keadaan iklim seperti di Sungai Petani dan Kulim.

Sebelum ini, MBAS mengenal pasti dua lokasi yang berpotensi sebagai taman sakura iaitu di Taman Jubli Emas dan Taman Awam Peremba.

Datuk Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, sebanyak 60 pokok sakura ditanam di Taman Jubli Emas dan 200 pokok lagi dalam masa terdekat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 01:28 PM | Show all posts
feeling cam kat jepun.... harap ternampaklah awek kedah yg cun persis Japanese Look
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:47 PM | Show all posts
musim bunga.... betul ker Malaysia masih kat garisan Kaltulistiwa.... atau benar macam NASA kata bumi kita bergerak dari paksinya condong ker barat.....

kalau betulah... tentu masa dah tak lama "matahari akan terbit di barat dalam masa terdekat nie".....

"Akan terjadinya 3 hari dan malam tanpa matahari sebelum datangnya hari matahari keluar dibarat..." Sebagai peringatan kepada manusia semua...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 08:36 PM | Show all posts
fefeling Jepun gittew
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 08:43 PM | Show all posts
tahun lepas dah buka thread ni..

ada yg buka thn ni..dah dikunci,

berita asteruk...

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 08:47 PM | Show all posts
Jom2 layan gambar...











kemain akak ni



and lastly, senyummmmmmm




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2015 08:54 PM | Show all posts
oklah..at least ummah kedah kulit putih melepak xnampak janggal kalo bergambar persis berkunyum di Japan...imagin kalau tiba2 terbunga di selatan tanah ayer...nauzubillah sis
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 04:03 PM | Show all posts
untonglah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2015 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm uum pon ada. Kalerful giteww
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 12:56 PM | Show all posts
cantiknya. rasa nak tanam kat laman rumah. tp besar sangat la. ada tak yang saiz sederhana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 11:13 PM | Show all posts
cantiknya pemandangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.219466 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list