Pertemuan Malaysia dan Australia dalam saingan kumpulan Piala Sultan Azlan Shah 2015 berakhir dengan keputusan Malaysia 2 Australia 3.
Namun siapa sangka kita mampu merobek pertahanan Juara Dunia serta pasukan terbaik dalam dunia hoki 2 kali selepas ketinggalan 2-1 dan 3-1 sekaligus melayngkan amaran kepada pencabar pencabar lain seperti Kanada serta India yang bakal ditemui dalam perlawanan seterusnya skuad kendalian Tai Beng Hai lusa.
Seharusnya kredit wajar diberikan kepada S.Kumar yang pastinya wira negara menyelamatkan pintu gol Malaysia dari asakan bertubi tubi Aussie di suku pertama dan kedua untuk memastikan kedudukan masih terikat tanpa jaringan. Namun pemain terbaik Aussie Jamie Dwyer menyumbat 2 gol untuk meletakkan Australia 2-0 di hadapan sebelum Firhan Ashaari merapatkan jurang jaringan. Tengku Ahmad Tajuddin menjaringkan gol saguhati Malaysia menerusi penalti corner sekaligus membuktikan kemampuan skuad hoki negara untuk bersaing hebat dengan pasukan terbaik dunia.
Kedudukan liga ketika mungkin kelihatan menghampakan selepas 2 saingan Malaysia tewas kedua duanya namun kita harus sedar bahawa kedua dua perlawanan tersebut bertemu dua pasukan terbaik iaitu Australia dan New Zealand.
Kini keyakinan telahpun dibina untuk saingan seterusnya dan semestinya Tai Beng Hai akan mengatakan kepada anak anak buahnya jikalau kita mampu hampir menyekat Aussie, ia bermakna kita boleh menyekat atau menewaskan mana mana pasukan lain dalam saingan Liga Hoki Dunia seterusnya serta baki perlawanan Piala Sultan Azlan Shah 2015.