View: 1534|Reply: 0
|
Afiq Azmi wira baru Red Giants
[Copy link]
|
|
Penyerang Selangor Muhammad Afiq Azmi membuktikan pemain tempatan mampu memberi sumbangan sebaik pemain import apabila berjaya menjaring hatrik berdepan Lions XII di Shah Alam malam tadi. Afiq meledak ketiga-tiga gol dibabak pertama iaitu pada minit ke 7, 12 dan 16 sebelum penyerang import Guilherme De Paula menyumbat gol keempat pada minit ke 79.
Aksi pemain berusia 26 tahun itu cukup memukau buat penyokong Red Giants yang hadir di Shah Alam dan sudah pasti aksinya akan ditagih apabila bertemu Kelantan di Kota Bharu minggu depan.
Pemain itu kini berada ditempat kedua senarai penjaring terbanyak Liga Super di belakang penyerang PDRM Dramane Traore dengan 8 gol.
Mungkin Afiq mampu jadi jawapan kepada ketandusan pemain penyerang yang menyarung jersi kebangsaan ketika ini.
Walaubagaimanapun, keputusan itu terletak pada bahu Dollah Salleh selaku pengendali Harimau Malaya.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|