Pengendali Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim akui pendekatan taktikal dengan formasi 4-2-3-1 membolehkan pasukannya mengatasi Perak 2-0 pada aksi suku akhir kedua Piala FA pada Selasa, sekaligus mara dengan agregat 3-1. Abdul Rahman menyedari, skuad peteh perlu menguasai bahagian tengah bagi membataskan ancaman Perak ketika perlawanan tersebut.
Justeru, bekas pengendali kebangsaan ini mengubah formasi peteh dari 4-4-2 ke 4-2-3-1 dan ia terbukti memberi kesan positif buat pasukannya.
Terengganu membuka tirai jaringan menerusi Paulo Rangel minit ke 20. Issey Nakajima Farran kemudian meledak jaringan kedua minit 55, untuk mengesahkan kemaraan Terengganu ke separuh akhir.
Dalam pada itu, Pengendali Perak Datuk M. Karathu akur, pasukannya gagal memberi tentangan selepas terpaksa beraksi tanpa kelibat beberapa tonggak pasukan yang cedera dan juga tonggak pertahanan, Thiago Junior yang menjalani penggantungan perlawanan.
Kekalahan Perak turut menimbulkan rasa kurang senang segelintir peminat Bos Gaurus yang mula menyalakan suar pada hujung perlawanan.
Rekod terengganu di separuh akhir Piala FA
2010
Aksi pertama : Terengganu (0-2 Kedah
Aksi kedua : Kedah 1-2 Terengganu
Terengganu gagal ke final kalah agregat 1-4
2011
Aksi pertama : Pahang 2-3 Terengganu
Aksi kedua : Terengganu 2-0 Pahang
Terengganu ke final dengan agregat 5-2, seterusnya muncul juara Piala FA
2012
Aksi pertama : Terengganu 1-2 Sime Darby
Aksi kedua : SimeDarby 0-0 Terengganu
Terengganu gagal ke final kalah agregat 1-2
2013
Aksi pertama : Kelantan 1-4 Terengganu
Aksi kedua : Terengganu 4-2 Kelantan
Terengganu gagal ke final kalah agregat 5-6
sumber:www.stadiumastro.com
|