CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2266|Reply: 11

Penyanyi M. Nasir Jelajah 4 Negeri Sempena 40 Tahun Jadi Artis

[Copy link]
Post time 9-5-2015 08:22 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Datuk M. Nasir

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Datuk M. Nasir bakal mengadakan siri konsert jelajah di empat negeri bagi menghargai peminat di luar Kuala Lumpur sempena 40 tahun penglibatannya dalam bidang seni.

M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad, 58, berkata, beliau berasa teruja dengan konsert solo itu dan mengharapkan ia dapat meninggalkan kesan kepada penonton.

“Saya amat bersyukur serta teruja dan tidak sabar untuk membuat persembahan konsert jelajah ini yang akan bermula di Kuantan.

“Untuk menarik minat orang ramai datang ke konsert ini adalah satu cabaran tetapi saya mengharapkan ia berjaya bukan saja dari sudut sambutan malah dari segi persembahan yang akan saya berikan,” katanya kepada mStar Online.

[size=0.98em]M. Nasir ditemui pada sidang media konsert M. Nasir Kembara yang diadakan di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal, di sini pada Khamis.



[size=0.98em]Dalam pada itu, beliau yang juga bekas vokalis kumpulan Kembara sekitar tahun 1980-an berkata, terdapat slot khas akan dibuat dalam konsert tersebut dengan mengundang kumpulan itu semula.

[size=0.75em]M Nasir sudah 40 tahun bergelar artis.


Katanya, selain kumpulan Kembara, beberapa artis generasi muda turut dijemput untuk membuat persembahan pembukaan.

“Kami akan berbincang dan akan adakan segmen khas buat kumpulan Kembara sebagai artis undangan tetapi hanya di beberapa lokasi tertentu sahaja.

“Bagi persembahan pembukaan, penyanyi generasi muda seperti Spider, Fynn Jamal dan Pita Hati akan turut sama menjayakan konsert ini,” katanya.

Konsert ini dijadualkan berlangsung bermula di Stadium Tertutup Sukan Pahang (Sukpa) pada 23 Mei 2015, Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor (13 Jun), Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang (5 September) dan Stadium Malawati Shah Alam, Selangor (7 November).

Nama konsert Kembara ini dipilih bukan atas factor m Nasir sebagai anggota kumpulan Kembara sebelum ini tetapi kerana perjalanan seni beliau sepanjang berada dalam industri dan kekal sehingga sekarang.

Bagi yang ingin menempah tiket, boleh layari wwww.ticket2u.biz atau hubungi  talian 03-41478600.

Belian terus boleh dilakukan di Luncai Emas Sdn. Bhd, Bandar Baru Sg Buloh, Selangor serta di empat lokasi tersebut.

Tiket-tiket dijual pada harga RM65, RM75, RM125 dan RM155 berbeza mengikut lokasi tertentu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2015 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh tahniah pak nasir!

Tapi apsal kokping jemputannya?omg hazabnya kokping nyanyi live nanti
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 01:46 PM | Show all posts
doubleA replied at 9-5-2015 08:26 PM
Wahhh tahniah pak nasir!

Tapi apsal kokping jemputannya?omg hazabnya kokping nyanyi live nanti : ...

apesal teruk sgt kokping?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 03:17 PM | Show all posts
Esmiria replied at 10-5-2015 01:46 PM
apesal teruk sgt kokping?

telinga iols tak boleh hadam dia nyanyi live noks, iols dengar mcm terseksa je sheols nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 03:34 PM | Show all posts
doubleA replied at 10-5-2015 03:17 PM
telinga iols tak boleh hadam dia nyanyi live noks, iols dengar mcm terseksa je sheols nyanyi

Bkn dia nyanyi.......spai mulut beso kat stage tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 10:36 PM | Show all posts
sedihnya...negeri tempat aku bermastautin neh selalu je di anak tirikan oleh konsert atau event yg bermutu.hopeless
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2015 02:31 PM | Show all posts
alesandra replied at 10-5-2015 10:36 PM
sedihnya...negeri tempat aku bermastautin neh selalu je di anak tirikan oleh konsert atau event yg b ...

bertabahlah noks

negeri mana u?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 02:32 PM | Show all posts
Esmiria replied at 10-5-2015 03:34 PM
Bkn dia nyanyi.......spai mulut beso kat stage tu?

iols tak paham ayat last uols tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 03:57 PM | Show all posts
doubleA replied at 11-5-2015 02:31 PM
bertabahlah noks  

negeri mana u?

ipoh perak.sendu yg amat
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 04:23 PM | Show all posts

boleh la uols naik penang kalau nak tengok show
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 06:29 PM | Show all posts
doubleA replied at 11-5-2015 04:23 PM
boleh la uols naik penang kalau nak tengok show

mmg boleh..abg iols duk kat bandar perda .yg kat shah alam pun boleh....sbb kira ipoh tu kat tgh2 kann.tapi tgk la nanti mcm maner...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 06:59 PM | Show all posts
ensem lagi pacik nasir ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.471439 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list