|
Di sebuah negeri rajin, raja membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Peserta 1: “Patik adalah yang paling malas”.
Raja pun bertanya, “Sampai dimana tahap malas engkau?”
Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik”.
Peserta 2: “Patik lebih malas lagi dari dia, Tuanku. Kalau patik makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.
Maka raja pun terdiam seketika.Tanpa disangka-sangka datang seorang anak lelaki kepadanya sambil berkata:
“Patik adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya, "Bagaimana pula tahap kemalasan kamu hai anak?"
Anak itupun menjawab, "Nak cite puuun malas...". |
|