View: 1528|Reply: 1
|
Bayi 20 bulan kurang buang air besar
[Copy link]
|
|
Edited by jamroh94 at 16-7-2015 06:30 AM
Bayi saya berumur 20 bulan sudah 7 hari tidak buang air besar. Untuk pengentahuan Doktor, anak saya minum susu badan sepenuhnya dan mula memakan makanan lain seperti nasi dalam kuantiti yang kecil. Sebelum ini kadar pembuangan najis bayi saya adalah normal. Saya sudah bawa bayi saya berjumpa doktor, dan makluman yang diterima adalah normal disebabkan faktor berikut:
1. Perut bayi saya tidak keras
2. Perut tidak kembung yg keterlaluan( katanya ada sikit)
3. Pembuangan air kencing normal
4. Tidak ada simptom simptom lain seperti menangis sebab tidak selesa,muntah dan tidak mahu menyusu.
Doktor hanya berikan ubat kembung sekiraya diperlukan katanya.
Sebagai ibu saya tetap risau selagi bayi saya tidak buang air besar. Mohon penjelasan dan pandangan Doktor. Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Saya bukanla doktor. Tapi saya seorang ibu juga.
Saya suggest kat awak bagi anak minum jus buah-buahan dan bagi anak makan sayur (pumpkin tu rebus dan lecek2 kan, etc)..
Kalau google kat internet pun, mereka kata prune juice is the best for constipation baby..
Apa2 pun, jumpalah specialist doctor kanak2..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|