CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4530|Reply: 6

JOM Baca Cerita LAWAK Untuk Hilangkan Stress

[Copy link]
Post time 20-7-2015 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Tekanan memang menjadi lumrah dalam kehidupan. Namun sebagai manusia yang diberikan kelebihan akal oleh Allah. Kita haruslah mencari jalan untuk meredakan tekanan yang kita hadapi dengan cara yang betul dan tidak bertentangan dengan ajaran agama.


Membaca kisah lawak atau jenaka adalah salah satu daripadanya.
Jom layan jenaka ini. Enjoy!




Lawak 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Lawak 2
Ada lah sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Lawak 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Lawak 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati

Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..


Lawak 5
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”


Lawak 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?”



Lawak 7
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

p/s : Hilangkan tekanan, bina kekuatan..

sumber : Pen Patah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2015 03:26 PM | Show all posts
adeh..


Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 04:22 PM | Show all posts
akaun bank aku sad ending hanya lepas 2 hari dapat gaji
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 06:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 01:46 PM | Show all posts



Terbaik lawaknya
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 02:22 PM | Show all posts
hilag stress aku jap baca cite lawak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2015 02:40 PM | Show all posts
haha lawakk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.045415 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list