CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2823|Reply: 0

MASAKAN KAMPUNG YANG UNIK...

[Copy link]
Post time 17-8-2015 09:59 AM | Show all posts |Read mode


Salam  petang..hmmm, hari ni sibuk lah, mat masak atas arahan, jadi kasi  siapkan apa menu yang penting dulu, kemudian baru buat untuk mat punya.  Mula2 mat masak satu lauk kampung yang unik dan mat rasa banyak kali dah  letak resipi di sini, tapi takpe setiap kali letak walaupun resipi  ulang tayang, ianya tetap fresh dari dapur mat gebu.Sebab ada kupang  segar, jadi mat masakkan dengan pucuk ubi dan letak juga pucuk bebuas,  tempe dan serai sebagai menambah aroma. Kalau masak macam ni, kenalah  letak lada, tak berapa sesuai masak lemak yang putih tu, kerana ada  kupang, waima kalau guna tulang ikan kurau pun sama juga. Masakan ni  mudah dan ringkas. Ada juga mat dengar kata2 orang, bagi yang ada darah  tinggi tak berapa elok makan pucuk ubi banyak sangat. Bila dah masak  macam ni, kita perlu sediakan sambal belacan dan ikan goreng @ ikan  masih, sudah memadai, kena pulak dengan nasi panas, dalam keadaan cuaca  hujan2 ni..hmm mau bertambah.... Blog pilihan DTS kali ni

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, asingkan dari tangkai, cuci dan toskan
1 cekak pucuk bebuas, asingkan dari tangkai, cuci dan toskan
3 batang serai, dititik
1 cawan isi kupang segar
2 keping tempe, didadu
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air secukupnya (jika perlu)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
6 biji cili padi (optional)
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Celur  pucuk ubi hingga lembut, toskan, cuci dengan air sejuk, perah dah kerat  pendek, masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor,  bahan kisar halus dan juga isi kupang. Gaul rata dan masak sekejap.
  • Tuang  santan cair, masukkan tempe, kacau dan biar mendidih. Tambah pucuk  bebuas, kacau rata dan tuang santan pekat. Kacau perlahan tambah garam  secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana sambil  dikacau selalu.
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng bersama nasi panas..   -   tiffinbiru



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.043026 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list