CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1973|Reply: 0

Hidangan Gastronomi Di Pavilion Kuala Lumpur Sempena Journey of Taste

[Copy link]
Post time 24-8-2015 09:03 PM | Show all posts |Read mode

Pusat membeli belah utama di Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur bakal menjadi tuan rumah bagi kempen Journey of Taste yang bakal berlangsung dari 1 hingga 30 September.
150 pemilik Food and Beverages (F&B), makanan gourmet serta ruang restoran yang dilengkapi dengan bilik privasi, VIP, Pavilion Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pilihan untuk pengunjung mengalami pengalaman makan yang menakjubkan untuk semua peringkat umur.
Menyerlahkan beberapa pilihan makanan terbaik antarabangsa mahupun tempatan, Journey of Taste mempelawa pengunjung untuk alami beberapa pilihan makanan yang berada di pusat membeli-belah tersebut.
Tukar deria rasa anda dengan restoran pertama dalam Malaysia seperti The Counter Burger. Ini bukan kedai burger biasa yang anda selalu pergi kerana The Counter Burger memberi peluang kepada pengunjung untuk  rasa burger yang dipilih sendiri!
Bagi peminat ‘jus sihat’, La Juiceria memperkenalkan jus ‘Berry Bliss’. Diperkaya dengan rasa strawberry, apple dan sedikit perahan lemon, team Wanista dapat peluang untuk merasakan kemanisan, dan jus yang segar ke tahap yang lebih tinggi!
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, layari laman web www.lajuiceria.com.my

Nasi Kerabu & Satay dari Serai

Al Halabi menghidangkan makanan Middle Eastern di Pavilion Kuala Lumpur sempena pelancaran Journey of Taste.Selain daripada The Counter Burger, La Juiceria, Serai, Al Halabi dan La Bodega. KyoChon, Ichiba Boshi, Chatime, Starbucks, Twelve Cupcakes dan J Co Donuts juga menghidangkan menu utama mereka untuk dirasai para pengunjung semasa pelancaran Journey of Taste.
Kempen ini akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai promosi, kelas memasak dan demonstrasi makanan yang diadakan untuk memberikan keterujuaan dan kelainan kepada ara pengunjung.
Sepanjang bulan September, pengunjung yang memegang kad Citi atau Visa bakal menikmati diskaun sebanyak 20% kepada menu dan makanan yang terpilih sahaja. Mereka juga berpeluang untuk menebus baucar makanan bagi setiap pembelian RM50 bagi pemegang kad Citi, atau RM80 bagi bukan pemegang kad Citi.
wanista


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.047237 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list