|
Tahukah anda timun sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan wanita? Boleh guna dari hujung rambut ke hujung kaki, tapi kena tahu caranya. Ok, jom kita tinjau apakah khasiat timun:
1. Diet Harian- Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air.
- Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit.
- Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun timun membantu mengurangkan paras kolestrol.
2. Rambut- Timun membantu menggalakkkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.
3. Gusi dan Gigi- Jus timun juga bermanfaat bagi anda yanag mengalami masalah gigi dan gusi keran timun merupakan sumber serat yang baik.
3. Mata- Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan saja timun yang yang dipotong membulat pada mata. Timun mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.
4. Sistem Penghadaman- Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser keasidan, pedih ulu hati dan gastrik.
- Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.
5. Kulit- Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu seperti magnesium, kalium, serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit.
- Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit.
- Kulit timun membanti memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.
- Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata.
mingguanwanita
|
|