Anda peminat hidangan manis? Nah, kami kongsikan resepi enak ini, Brownies Coklat “Kedut” yang harus anda cuba. Bahan-Bahan 400 g coklat kompound (dipotong kasar)
150 g mentega
100 g gula perang
100 g gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 g tepung naik sendiri*
30 g serbuk koko* *satukan dan ayak Cara-Cara Penyediaan - Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah ‘double boiler’. Tutup api dan angkat.
- Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
- Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
- Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
- Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
- Tuang dalam loyang dan ratakan.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160°C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
- Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
- Keluarkan dan potong mengikut citarasa anda.
Nota: - Jika mahu buat separuh adunan, gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum, cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 g jika suka.
baca-blogspot
|