View: 1836|Reply: 2
|
Bantuan /Cadangan untuk ke Gunung Datuk?
[Copy link]
|
|
Salam dan hi,
Saya ingin melawat Gunung Datuk di Rembau antara 13 ke 14 sept kerana ia antara tempat lawatan menarik di Rembau dan Rembau adalah tempat arwah abah saya membesar tetapi saya tidak berpeluang mengalaminya. Saya sekarang tinggal di Kelana Jaya sebagai seorang pelajar UNITAR.
Saya mengalami kesukaran merancang lawatan ke sana kerana mengikut bacaan di internet, tidak ada bas atau teksi ke Hutan Lipur Gunung Datuk. yang terdekat saya boleh jumpa adalah bas ke terminal bas rembau, tetapi dari sana ke gunung datum agak jauh jika mahu berjalan. Selain itu, saya juga cuba mencari jika ada ekspedisi atau lawatan ke Gunung Datuk yg dianjurkan org lain sekitar September dan Oktober namun tiada yang dijumpai.
Boleh bantu saya dengan mencadangkan sebarang ekspedisi atau orang yang boleh membantu serta boleh saya hubungi di sana? Wanita diutamakan atas dasar keselamatan. |
|
|
|
|
|
|
|
saya dan kawan2 akan naik ke gunung datuk 15sept mlm kalo berminat untuk join |
|
|
|
|
|
|
| |
|