Susah untuk mendapatkan solekan mata yang stabil dan sama dikedua belah mata? Aha! Usah bimbang, berpandukan Tumblr dan Pinterest, ini dia ilmu solekan mata yang ingin Wanista kongsikan dengan anda. Eyeliner atau celak adalah bagaikan satu anugerah untuk mereka yang bermata agak kecil. Penggunaan eyeliner bisa sahaja memberi ilusi mata lebih besar dan bulat. Ya, mungkin faktor itulah yang membuatkan kebanyakan selebriti Kpop tidak akan meninggalkan rutin solekan mata yang dramatik. “Never go out without eyeliner!” Foto dari img.ohkpop.comTidak kiralah sama ada ianya dalam bentuk gel, cecair mahu pun pensil, mengaris mata menggunakan eyeliner adalah sukar dan kaku bagi mereka yang tergolong dalam golongan “beginner” atau tidak biasa. Yang pasti,practice makes perfect! lambat laun jika anda selalu melakukannya, anda akan terbiasa dan menjadi lebih mudah daripada yang anda sangkakan. Tetapi, untuk lebih memudahkan gunalah helah ini jika anda rasa terlalu lambat untuk melatih diri anda membuat sesuatu yang bukan forte anda. 8 helah genius untuk solekan eyeliner yang menawan? Jom belajar! #1 Gunakan sudu sebagai panduan mutlak untuk melukis eyeliner Foto dari self.comKebiasaanya sudu digunakan sebagai perkakas dapur tetapi ia juga bisa menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk bantu anda dapatkan rupa mata bersayap atau “winged eye look”. Untuk mendapatkan garisan selari diatas kelopak mata, tekapkan muka sudu betul betul atas sedikit dari kelopak mata anda dan mula mengaris. Gunakan sudu sebagai pembaris. untuk mendapatkan lengkungan yang menawan, gunakan penghujung muka sudu yang melekung seperti di dalam gambar. Nah, hasilnya… mengagumkan! Kini solekan eyeliner bersayap lebih mudah! #2 Bakar mata pena celak atau eyeliner anda untuk memudahkan aplikasi Foto dari beautylish.comKadang kala, celak yang anda lukiskan pada mata agak kesat dan warnanya tidak begitu gelap dan menonjol seperti yang anda mahukan. Oleh itu, bakar sedikit mata pena celak anda agar kondisinya pekat, menghasilkan warna lebih terang dan senang meluncur di atas kelopak mata anda. #3 Dapatkan solekan mata kucing yang sempurna menggunakan kad perniagaan Foto dari akkidokie.comDah tak perlu ambil masa yang lama untuk melukis celak ala mata kucing. Gunakan sahaja kad perniagaan atau apa-apa kepingan kad yang keras permukaannya sebagai panduan untuk melukis garisan lentik yang stabil di kedua-dua belah mata. #4 Pembayang mata bantu celak kekal lebih lama Foto dari thebeautydepartment.comKita semua pernah mengalami pengalaman dimana celek atau eyeliner yang kita pakai menjadi pudar dan tidak kekal lama. Tak cantik lah, nampak macam beruang panda. Jadi, apa kata anda guna teknik ini. Lapiskan garisan celak anda dengan warna pembayang mata sedondon. Pembayang mata yang berbentuk serbuk dapat membantu mengunci garisan celak daripada pudar dan luntur dengan mudah. #5 Lukiskan garisan luar dahulu sebelum mewarnakannya Foto dari nicolakatemakeup.comIni helahnya! Untuk mendapatkan lentikan solekan mata kucing yang sama dan stabil dikedua belah mata, jika anda tidak begitu konfiden untuk melukiskan garisan terus secara langsung, anda boleh cuba melukis garisan luar sahaja. Dengan ini, anda dapat mengagak, mengukur panjang dan tinggi lentikan mengikut kehendak anda. Setelah itu, barulah anda warnakan bahagian dalam lukisan. Bijak! #6 Gunakan berus sudut “angle brush” untuk mendapatkan garisan yang bersih dan tajam Foto dari hairandmakeupbysteph.com, luxola.comSetiap berus solek yang dicipta mempunyai fungsinya yang tersendiri. Lukis garisan diatas kelopak mata seperti biasa menggunakan eyeliner anda, tetapi dibahagian penghujungnya, gunalah berus sudut agar garisan penamatnya lebih bersih, kemas dan tajam. #7 Guna cocealer untuk pelihara celak agar tidak comot Foto dari thebeautydepartment.comConcealer bukanlah hanya digunakan untuk menyembunyi noda lingkaran mata, parut dan bintik hitam di wajah sahaja. Ia juga boleh bantu menghalang agar celak anda tidak menjadi comot dibahagian bawah mata. Gunakan berus yang mempunyai penghujung yang agak kecil, sapukan concealer dibahagian bawah mata betu-betul dibawah garisan celak anda. Cara ini juga berkesan untuk mengukir dan menajamkan bentuk garisan celak juga! #8 Garisan titik-titik untuk tangan anda yang cenderung bergegar Foto dari ilove-beauty.comBukan semua yang mempunyai kebolehan dan kecekapan mengaris dan melukis garisan celak pada mata. Oleh itu, cara ini amat berkesan untuk kebanyakan kita yang mempunyai tangan tidak stabil. Lukiskan titik-titik kecil berurutan lentik, seterusnya sambungan titik-titik itu tadi menjadi satu garisan. Dah jadi! Kalau anda tidak berpuas hati dengan hasilnya yang comot, anda boleh celupkan putik kapas dengan sedikit Vaseline atau minyak bayi dan kesat pada bahagian comot itu tadi demi mendapatkan garisan yang tajam dan bersih. Selamat Mencuba! wanista
|