kuih muih menjadi antara hidangan yang perlu ada di meja untuk dijamah selain kurma sebelum mengambil hidangan berat. Jika tidak mahukan sajian goreng, anda boleh menyediakan sendiri pelbagai jenis kuih talam yang lazat dan enak. Tentunya juga boleh dikongsi bersama jiran dan teman.
Bahan-bahan:1 cawan santan pekat 1 cawan gula merah 2 sudu besar gula pasir 1 cawan air Beberapa helai daun pandan 2 cawan santan 1 cawan tepung hijau Secubit garam
Cara-cara membuat:- Masak 1 cawan santan hingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak dan biarkan lebihan minyak dalam kuali.
- Masak 1 cawan air dan gula putih hingga larut. Sejukkan dan ketepikan dulu.
- Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas. Kacau hingga sebati.
- Masukkan adunan tadi dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selepas itu masukkan gula putih yang dilarutkan tadi. Selalu dikacau agar tidak berbiji. Masak hingga pekat dan tuang adunan dalam bekas loyang.
- Apabila adunan sejuk, taburkan tahi minyak yang telah digoreng tadi.
|