View: 1309|Reply: 0
|
Elak 4 Bahaya Ini Kalau Rumah Ada Balkoni
[Copy link]
|
|
Anda yang pilih untuk tinggal di rumah jenis kondominium atau apartmen, kadang pasti puas berfikir untuk hias ruang balkoni rumah. Sudut yang kecil dan sempit itu ada kalanya dibiarkan begitu sahaja tanpa dimanfaatkan dan hasilnya rumah jadi kelihatan tak kemas. Lagi teruk kalau anda buat balkoni jadi macam ini...
1. Tempat sidai kain
Ramai yang jadikan balkoni sebagai ampai kecil untuk rumah. Paling tidak akan dijadikan penyidai tuala. Tolonglah elakkan situasi ini. Ini akan merosakkan pemandangan paling mudah.
2. Pasu diletakkan tinggi
Konon minat menanam bagai, tetapi kalau anda jenis sekadar buat, balkoni akan bertukar nampak lebih semak. Jangan sekali-kali lakukan hal ini. Selain didenda oleh badan pengurusan rumah, ini juga akan mengancam keselamatan penghuni lain.
3. Tempat merokok
Juga perlu dielakkan terutama bagi anda mempunyai anak kecil. Nak merokok sekali pun, sila merokok di luar rumah kerana asap rokok boleh juga masuk ke dalam rumah melalui balkoni.
4. Stor sementara
Paling teruk elakkan jadi stor sementara yang meletakkan pelbagai barangan. Mula-mula letak penyapu, lama-lama siap dengan pelbagai barang terbuang. Dah tak nak jangan letak di balkoni, buang saja terus.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|