Dah sedia nak jadi sebahagian penduduk setempat Rio de Janiero? Brazil amat terkenal dengan pantainya yang indah. Suasana bandar lama yang dihiasi latar gunung-ganang menghijau, alam semula jadi yang tidak lapuk dek zaman serta dipenuhi dengan ciri klasik dan minimalis itu menjadi ilham buat koleksi Melissa untuk musim Panas 2016. Koleksi Wanna Be Carioca menggabungkan ciri pepasir ilham pantai lautan yang terbentang disekeliling Rio de Janiero, menggambarkan bibit-bibit nostalgik yang manis. Foto -Arkib WanistaAranha adalah kasut terkemuka daripada jenama Melissa sendiri iaitu, telah diadaptasi daripada sejenis labah-labah. Kebanyakan gadis Rio akan mengayakan sandal jenis Aranha bersama sarung kaki pada era 70-an tatkala menghadiri parti di kelab-kelab malam, selari dengan kewujudan Melissa yang ditubuhkan pada tahun 1979.
Melissa Aranha. Foto -Arkib WanistaKini Melissa menyambut tahun ke-35 keberadaannya di Rio dengan menghasilkan rekaan yang sebati dengan rentetan gaya kasut dan sandal kegemaran gadis-gadis Carioca. Untuk itu juga, Melissa akan mengadakan peragaan besar-besaran untuk dipersembahkan kepada hampir 800 penduduk tempatan di tengah-tengah bandar Rio berlatarkan tempat tumpuan ikonik yang digelar Baia de Guanabara. Pemandangan Baia de Guanabara dari atas. Foto -wikipediaPalet warna yang pelbagai bakal menyerikan gaya si pemakai, boleh dipadankan dengan bermacam gaya untuk bermacam majlis. Antara yang menarik adalah warna terang seperti merah jambu neon, kuning, biru, hijau dan merah, sehinggalah ke rona monokrom klasik seperti hitam dan putih. Foto -Arkib Wanistawanista
|