CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37852|Reply: 9

8 Kebaikan Bila Anda Bela Binatang Di Rumah

[Copy link]
Post time 21-12-2015 07:06 PM | Show all posts |Read mode


Haiwan Peliharaan. Haiwan peliharaan ialah haiwan yang dipelihara sebagai peneman pemiliknya. Haiwan peliharaan yang paling digemari ialah haiwan yang setia, suka bermain, menarik perhatian dan comel.
Mungkin ada sesetengah orang yangberasa remeh untuk memelihara haiwan kerana ia memerlukan penjagaan yang rapid an khusus. Haiwan peliharaan perlu dimandikan, dibersihkan najisnya atau ada juga yang lasak dan nakal. Tetapi disebalik itu, memelihara haiwan peliharaan sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan.

Antara manfaat untuk kesihatan yang boleh anda peroleh apabila mempunyai haiwan peliharaan di rumah adalah…
Jika anda menyayangi haiwan peliharaan dan sering mengajaknya bergurau, ternyata situasi tersebut boleh menstabilkan dan menurunkan tekanan darah anda.

Jika anda suka bersenam dan anda boleh membawa haiwan peliharaan anda bersama. Ia akan memberikan efek pada penurunan kadar kolesterol tubuh dan perkara ini juga akan memberikan tubuh anda kekuatan untuk mencegah penyakit datang.Situasi ini saling berkait dengan penurunan tekanan darah dan melonggarkan pembuluh darah sehingga darah dapat mengalir lancar.

Memiliki kucing, hamster atau haiwan peliharaan lain yang dapat mengisi hati anda dan membuatkan anda bukan sahaja tersenyum. Bahkan ketawa terbahak-bahak, jadi jagalah haiwan peliharaan anda itu  seumur hidup. Kehadiran haiwan peliharaan dalam hidup anda  adalah tiket untuk anda bebas daripada stress dan depresi. Ia akan mengeluarkan hormon endorphin dari otak yang akan membuat anda lebih berkeyakinan, berasa lebih bahagia dan berfikiran positif.

Jika anda berjaya menghindari daripada hipertensi dan kolesterol, menjadi penyumbang kecil kemungkinannya anda akan mengalami penyakit kardiovaskuler secara tiba-tiba. Kombinasi antara menurunkan stress, bebas daripada depresi dan penurunan tekanan darah mampu mencegah anda daripada risiko penyakit kardiovaskular.

Banyak yang mengataka alergi disebabkan oleh bulu haiwan, sedangkan ia sebaliknya. Jika anda memperkenalkan anak anda sejak kecil ,bahkan saat mereka berusia kurang dari enam bulan, ia akan menguatkan anak-anak anda dari alergi. Kajian membuktikan bahwa anak yang hidup dengan haiwan peliharaan lebih kebal terhadap alergi, demam dan ekzema.

Info Ekstra!
Kelebihan Memelihara Haiwan
6. Peneman
Binatang juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita. Kadang kala ketika kita sedih, ia juga akan bersedih. Sebagai contoh, kucing. Apabila kita bersedih, kucing akan datang kepada kita dan menggesel-gesel serta mengeluarkan bunyi seperti mahu memujuk kita. Mereka mempunyai hati untuk memahami dan menenangkan perasaan kita.

7. Lahirkan rasa kasih sayang
Islam dan agama lain mengajar penganutnya supaya kasih dan sayang kepada haiwan. Walaupun haiwan tidak punya akal, namun mereka masih mempunyai hati dan perasaan. Apabila kita memelihara haiwan peliharaan, secara tidak langsung, kita akan menyayangi mereka.

8. Keselamatan
Mungkin anjing tidak sesuai untuk dipelihara oleh orang Islam. Namun, anjing yang dipelihara lebih cepat mengesan bunyi dan bau dari jauh. Contohnya, jika anjing terhidu asap kebakaran atau merasakan rumah tuan mereka dipecah masuk oleh perompak, anjing akan menyalak supaya semua orang tersedar. Begitu juga dengan kucing, mereka juga adalah pengawal yang baik!

Haiwan Yang Sesuai Dipelihara
  • Kucing
  • Anjing (bukan Islam)
  • Hamster
  • Ikan
  • Sugar glider
  • Kura-kura
  • Burung

http://www.wom.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 02:15 PM | Show all posts
x membela...nk bela kn rjin jaga
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 03:14 AM | Show all posts
maaf, tak ingat page mana dulu ada baca bela haiwan especially dlm rumah boleh juga halang sihir. sebab haiwan ada deria kuat. tapi kesian lah sebab haiwan tu yang akan kedepan dulu dan ada jugak haiwan yg mati sebab nak protect tuan dia..cth mcm kes org hantar bungkusan mcm sup bunjut tu kat depan rumah, kucing rumah tu p hidu2 dan gigit2 bungkusan tu. jadi kucing tu mati dlu sebab tkena sihir tu. masya-allah minta dijauhkanlah dari perbuatan2 jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 10:09 AM | Show all posts
yeke...siannya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 09:32 AM | Show all posts
THANK YOU FOR INFO
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 09:32 AM | Show all posts
THANK YOU FOR INFO
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2017 07:36 PM | Show all posts
imanda replied at 6-5-2017 07:14 PM
maaf, tak ingat page mana dulu ada baca bela haiwan especially dlm rumah boleh juga halang sihir. se ...

Pernah baca ada ular masuk dalam rumah. Kucing belaan owner rumah tu halang. Memang mati.Kesian sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
pinkypetal replied at 5-8-2017 07:36 PM
Pernah baca ada ular masuk dalam rumah. Kucing belaan owner rumah tu halang. Memang mati.Kesian sa ...

yg ni terjadi kat cikgu i. kucing tu cakar cikgu i time cikgu tgh dukung dia, then mcm mana tah ular tu pun lari. kucing x mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 08:47 PM | Show all posts
yg no 1 tu kadang2 kucing boleh jugak menaikkan darah tuan dia kalo dia buat perangai. mcm kucing i sejenis suka selongkar tong sampah padahal baru makan nasi licin sepinggan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 05:49 PM | Show all posts
Bela pets buat peneman especially klu duk sorang2. Nak carik housemate manusia dah serik dah jadi berhousematekan my rabbits aje la... Xsakit hati, tengok muka sekor2 kiut-miut je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.042532 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list