View: 1989|Reply: 1
|
'Southampton bermain lebih baik'
[Copy link]
|
|
'Southampton bermain lebih baik'
ARSENAL menerima tamparan hebat musim ini apabila dibelasah 4-0 oleh Southampton di Stadium St Mary's awal pagi semalam.
Segalanya serba tidak menjadi buat skuad pimpinan Arsene Wenger yang bolos pada minit ke-19 hasil rembatan jarak jauh Cuco Martina.
Memasuki babak kedua, gawang dikemudi Petr Cech terus bocor hasil jaringan Shane Long (55) diikuti tandukan kapten pasukan, Jose Fonte untuk selesa mendahului 3-0 minit ke-69 sebelum Long melengkapkan kemenangan bergaya The Saints pada masa kecederaan.
"Saya harus akui Southampton bermain lebih baik berbanding kami. Kami gagal memanfaatkan peluang yang ada.
"Apa yang boleh saya katakan, kami juga tidak bernasib baik, jaringan kedua mereka hadir selepas kesilapan daripada Koscielny. Apa pun, saya tak akan ambil pusing mengenai keputusan ini," katanya.
Bagaimanapun, Wenger boleh menghela nafas lega berikutan pendahulu semasa, Leicester City yang tewas di tangan Liverpool sekali gus mengekalkan defisit kepada dua mata.
The Gunners selepas ini akan melayan kunjungan Bournemouth di Emirates, awal pagi esok.
ARTIKEL BERKAITAN
Ronald Koeman
‘Jangan pandang rendah Bournemouth’
PENGENDALI Southampton, Ronald Koeman tidak mahu pemainnya memandang mudah aksi menentang Bournemouth, tengah malam ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
i like Southampton |
|
|
|
|
|
|
| |
|