CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2515|Reply: 1

Parah, Tolonglah Sedar Wahai Wanita Hisap Vape!

[Copy link]
Post time 31-12-2015 11:00 PM | Show all posts |Read mode

Akhir tahun 2015 sudah menjelang tiba dan banyak jangkaan bencana alam akan berlaku pada akhir tahun ini. Jadi, berhati-hatilah selalu dan menjaga diri sentiasa.


Wanita hari ini banyak yang hilang rasa malu pada diri sehingga sanggup menghisap Vape secara terbuka. Yang lebih sedih lagi tu, penghisap Vape wanita itu bertudung dan berpakaian sopan.


Hilang nilai kesopanan dengan menghisap Vape penuh bergaya dengan asap berkepul-kepul berbunga-bunga keluar dari mulut dan lubang hidung.


Memang tidak manis dipandang mata, cuba bersikap positif dan proaktif untuk melihat wanita menghisap rokok dan Vape tapi tetap tidak sesuai wanita-wanita bertudung khususnya menghisap rokok secara terbuka di kafe, medan selera dan di tempat awam.


Ramai memandang dan mencebik bibir walaupun bibir dah memang asal terjuih dah! Itu belum dengar gosip dan mesyuarat tingkap wanita-wanita muda lain dan wanita veteran. Mesti berkepul-kepul juga asap ‘mengumpat mengata’ mereka pada wanita-wanita bertudung yang merokok, ada yang berkata; “rupa saja cantik, tapi perangai hodoh!”.


Yang menokok tambah pula kata; “Macam tu nak buat menantu, bukan dapur yang berasap. Mulut dia aja yang keluar asap. Kebulur anak I nanti!”


Memang bunyi macam negatif, tapi itulah pandangan jujur ibu-ibu pada wanita penghisap rokok! Ada bertanya-tanya dengan pelajar-pelajar lelaki saya tentang pandangan mereka mengenai wanita muda menghisap Vape:


1. Ada yang kata, “Sorrylah tengok wanita hisap Vape ni, saya tak sanggup jadikan mereka girl friend. Walau cantik mana pun, buat malu saya dan keluarga aja. Tak sesuai langsung.”


2. Ada yang jawab, “Tak kuasa nak tengok dan nak nasihat. Nanti bila dah dapat penyakit baru mereka tau rasa sakitnya. Nak jadikan teman wanita, sorry!”



Hampir 98 peratus daripada 10 orang pelajar lelaki, semua tak suka wanita hisap Vape. Dua peratus lagi tu, buat tak kisah pasal wanita muda dan Vape kerana tak kuasa nak beri nasihat!


Wahai wanita-wanita muda di luar sana yang menghisap rokok. Hisap Vape, cubalah berhenti perlahan-lahan dan menuju kepada etika hidup sihat dan kewanitaan. Hodoh rupa dan gaya wanita merokok ni!


Kalau yang hisap rokok dan Vape tu kerana nak slim, fikirlah secara waras. Mana boleh kerana hisap rokok dan Vape boleh slim dan trim. Dapat penyakit adalah! Dah sakit, tak lalu makan, slimlah badan! Nanti dah kena penyakit kronik baru menyesal tak sudah!


Bagi wanita-wanita penghisap rokok dan Vape di luar sana, ingatlah empat perkataan keramat ini iaitu MATI:


M – Maruah diri sebagai wanita perlu dijaga.
A – Amanah dalam menjaga diri sebagai isteri, ibu dan wanita melalui perlakuan yang baik.
T – Takutlah kepada ancaman penyakit kesan rokok dan Vape.
I  – Insaflah selagi ada masa.


Nanti kalau tinggal sebulan hidup kerana penyakit barah paru-paru, menyesal pun tiada guna. Tinggallah suami dan anak-anak dan hilanglah Semurni Kasih kerana tabiat hidup tidak sihat.


Selamat Tinggal Rokok dan Vape!


mingguanwanita

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
"Hampir 98 peratus daripada 10 orang pelajar lelaki"

so maksudnya 9.8 orang lelaki kah?? yg 0.8 tu shemale kah??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.107343 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list