|
Oleh : Fyruz Hanna
Di Johor, di daerah Kluang ada gunung yang sesuai dijadikan sebagai tapak perkelahan bersama keluarga atas ataupun bersama rakan-rakan.
Dengan pelbagai kelasakkan, pastinya air terjun semulajadi tempat yang paling baik untuk kamu bersuka ria bersama keluarga.
Kawasan ini mungkin tak asing bagi penduduk sekitar seperti Kluang, Mersing dan Batu Pahat.
Kalau nak tahu, gunung ini adalah gunung ketiga tertinggi di Johor dengan ketinggian 1010 meter dari aras laut.
Nama lumut ini diberi kerana keadaan batu di gunung ini yang licin dan berlumut.
Jangan risau kerana kemudahan di hutan lipur ini boleh dikatakan agak lengkap kerana mempunyai tandas awam, dewan serbaguna, chalet, surau dan banyak lagi.
Lokasi: Terletak 32 km dari bandar Kluang iaitu melalui jalan Kluang-Mersing, 148 km dari Bandar Johor Bahru. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Keluang melalui Felda Ulu Dengar. -CARI Infonet.
Pegawai Hutan Daerah:
Pejabat Hutan Daerah Johor Tengah,
86000 Kluang, Johor
Tel. : 07-7725944
|
|