Tempat bersantai yang cantik dengan dipenuhi dengan kehidupan alam semulajadi disekelilingnya pasti menambat hati sesiapa sahaja yang berkunjung.
The Bamboo Playhous di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur telah dibina oleh seorang arkitek wanita Malaysia iaitu Eleena Jamil. Beliau telah membina sebuah pavilion buluh di taman botani ini dengan ketinggian yang terdiri daripada 31 platform.
Struktur yang menjadikan buluh sebagai tema atau bahan utama adalah berdasarkan kepada astaka tradisional Malaysia dan digunakan terutamanya sebagai taman permainan , tetapi juga untuk 'event', pameran dan persembahan.
Seronok juga kalau dapat cuci mata ke sini. Dapat juga menikmati suasana yang nyaman dan tenang walaupun berada di tengah-tengah ibu kota. - CARI Infonet