Kini produk kecantikan berasaskan arang aktif (activated charcoal) semakin mendapat tempat. Ada sahaja produk seperti pencuci muka, masker dan skrub yang mengandungi arang ini sebagai bahan utama.
Sebenarnya, bahan aktif dalam arang ialah karbon. Ia dipercayai mampu menyerap gas dan racun berbahaya pada kulit.
Dalam bidang kesihatan pun, arang aktif sering digunakan untuk mengubati keracunan, sakit perut dan menyerap bisa ular. Hebat, kan!
Nak dapatkan kulit wajah yang lebih lembut, segar dan bebas jerawat, gunakanlah arang aktif selalu. Jom kita lakukan sendiri masker yang menggunakan arang aktif ini.
Bahan:
1. Serbuk arang aktif - 1 sudu
2. Air mawar - 2 sudu
3. Jeli aloe vera - 1 sudu
4. Minyak tea tree - 1 titis
Caranya:
1. Campurkan semua bahan sehingga menjadi pes.
2. Sapu pes tadi pada wajah, biarkan 15 minit.
3. Cuci bersih wajah anda dan tada! Semakin bersih dan lembut! - CARI Infonet