View: 12041|Reply: 22
|
Langsuir ganggu penduduk
[Copy link]
|
|
Langsuir ganggu penduduk
Orang ramai meninjau kawasan yang dikatakan penduduk terserempak dengan langsuir.
Penduduk menunjukkan lokasi seorang penduduk mendakwa melihat lembaga berterbangan berhampiran Kampung Tasek.
Tinjauan Sinar Harian menemukan sekumpulan anak muda yang berminat dengan aktiviti paranormal di Gong Lapang.
Kumpulan penduduk yang berminat merungkai misteri langsuir meninjau kawasan berhampiran Gong Tinggi.
PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.
Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.
Rujuk mereka yang layak
Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.
“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.
“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.
Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.
Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.
Suara mengerikan
Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.
Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.
Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.
"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.
Sudah dipasung
Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.
Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.
“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.
“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
motip tepek gambo tu? smpai 4 keping gambo sama jah.. ke iols yang rabun? kot2 ade sosok langsuir dalam gambo tu? hurmm... |
|
|
|
|
|
|
|
DAH KENA RASUK KE? |
|
|
|
|
|
|
|
cari langsuir tersembunyi kekdahnya
anyway, kat kampung2 dengan hutan macam gini, memanglah logik mahkluk2 ni berjimba
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.
Camana nak hantar tempat asal kalau tak tau dari mana langsuir tu datang? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo cari mmg x kuar la menda tu |
|
|
|
|
|
|
|
wuwuwu seramm |
|
|
|
|
|
|
|
saper duduk putrajaya kat presint 9 , bulan lalu pun ada berita pasal ni jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
nad014 replied at 22-3-2016 11:53 AM
saper duduk putrajaya kat presint 9 , bulan lalu pun ada berita pasal ni jugak..
Kat p9 tu mmg aku caye ada langsuir..sbb aku penah gak dgr bunyi merintih..ms tu duk flat ijau tu yg dkt landasan ketapi.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kg hubby iols area pasir puteh gak..dia kata area yg disebut ni banyak hutan so no wonderla |
|
|
|
|
|
|
|
cik lang mmg biasa jumpa kat hutan2 kan..klu cik lang mcm ni agak2 lari tak korang jumpa..
|
|
|
|
|
|
|
|
langusir ni hantu apa sebenarnya?
Sebab dulu2 kat kampung pernah heboh pasal hantu mengilai ni...
tp x tau langsuir ke pontianak?
pernah dulu ada orang kampung sebelah mati beranak..masa ondway g bawa mayat ke hospital, pemandu tu perasan ada cahaya putih yg seiring laju dgn kereta sepanjang jalan dari rumah ke hospital dan dlm masa yg sama katanya mayat tu bunyi gigi bergerit katanya...
smpai kat spital, cahaya tu hilang...dan hasil pemeriksaan, gigi simati tu dh tumbuh taring..huhuh
|
|
|
|
|
|
|
|
yang aku pasti langsuir ni masih menten jantina dia tetap pompuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai pulak langsuir, sampai 4 ekor ditangkap
tp kemetot jer langsuir tu, bomoh kata ahanya paras pinggang tingginya |
|
|
|
|
|
|
|
anak buah saya ada tersight video melalui we chat, video cik ponti mlm td, rumah dia area taman wilayah selayang.. can someone teach me how to upload? I'm beginner here.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yg kata suara langsuir bunyinya macam bunyi break motor.bunyi yg nyaring tu.bukan bunyi mengilai.kalau mengilai tu cik pon..
Kalau bunyi langsuir kat umah aku ni selalu je dengar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh bgtau mcmn nak bezakan pontianak dan langsuir? |
|
|
|
|
|
|
| |
|