KUALA LUMPUR, 4 Dis -- ‘Rendang nangka’ meraih perhatian peminat makanan pada Minggu Makanan dan Buah-Buahan Malaysia (MFFW) anjuran Pejabat Perwakilan Pertanian (ACO) di Hague, Belanda, dari 25 Sept hingga 2 Okt lepas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan ACO, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang berpangkalan di Hague itu, acara tersebut yang diadakan di Westfield Mall, bertujuan mempromosi masakan terkenal Malaysia dan buah-buahan tropika.
Acara berkenaan juga diadakan dengan kerjasama pasar raya Wah Nam Hong, antara pasar raya terawal di negara itu yang mempunyai lima cawangan di Belanda.
Program tersebut turut dilaksanakan dengan kolaborasi bersama Kedutaan Malaysia di Hague, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Tourism Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Rendang nangka, khususnya, mencuri tumpuan peminat makanan vegan dan menerusi program itu, durian Musang King Malaysia juga diperkenalkan yang menerima perhatian penulis blog, pengulas makanan dan pengunjung.
“Pengunjung juga berpeluang melihat demonstrasi memotong buah selain dapat merasa buah-buahan dan makanan beberapa sajian popular Malaysia seperti nasi lemak bersama ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng garing, telur rebus, rendang ayam serta rendang nangka.
Hidangan pencucui mulut berasaskan durian juga disajikan pada acara itu yang turut dihadiri penulis blog dan pengulas makanan.
Semasa promosi itu, produk Malaysia di pasar raya tersebut telah meningkat 50 peratus dan produk makanan oleh usahawan di bawah FAMA turut mendapat sambutan dan menerima tempahan.
Sementara itu, Duta Malaysia ke Belanda Datuk Nadzirah Osman, yang merasmikan program tersebut, berkata kerjasama strategik adalah penting dalam memastikan lebih banyak produk makanan Malaysia diimport ke Belanda.
“Walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19, program seperti MFFW telah diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Belanda,” katanya.
Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan MAFI, Khalid Ibrahim pula berkata penggunaan media sosial dan kehadiran penulis blog dan pengulas penting dalam menyokong usaha mempromosi makanan dan buah-buahan Malaysia, bukan sahaja di Belanda malah di seluruh Eropah.
nangka muda slalu asyek dimasak lemak je.. kali ni try buat rendang plak.. hmm, sedap juga…
BAHAN-BAHAN
semangkuk nangka muda yg tlh dipotong2
15 tangkai cili kering, 7 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 cm halia, 1cm lemgkuas & 2 btg serai – semuanya dimesin.
semangkuk santan, 1/4 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu mkn air asamjawa, 2 sudu mkn kerisik. 1/2 sudu teh serbuk lada hitam. (utk buang angin)
garam gula secukup rasa
2 sudu udang kering @ ikan bilis – ditumbuk.
CARA PENYEDIAAN
rebus nangka muda dlm air brcmpur sedikit garam hingga empuk.(jgn smpai lembik yer.!) – ketepikan.
mcm biasa la.. panaskn sesenduk minyak & tumis bahan kisar hingga pecah minyak. pastu masukkan udang kering, kacau hingga wangi.
masukkan santan & serbuk kunyit. masak hingga pekat. masukkan kerisik, air asam, garam & gula. & juga daun kunyit. gaul rata lalu masukkan nangka .gaul rata2. masaklah hingga kering & gravy resap pd nangka.
Post time 5-12-2021 06:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 5-12-2021 06:02 PM
Pestime tahu ada nya rendang nangka ...
tanya acik Google :
Acik tak pernah buat rendang nangka tapi pernah masak Gulai nangka + Ikan kering tumis darat. Masak lemak nangka muda pun sedap. Lagi satu kerabu nangka muda. Mau bertambah nasi.