CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9025|Reply: 113

Dah Meninggal Pun Berjasa, Ibu Menangis Terkejut Dapat Tahu Arwah Anak Tinggalkan RM800,000

  [Copy link]
Post time 30-8-2023 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Sebak hati seorang ibu apabile mendapat tahu namanya didaftarkan sebagai penama hibah oleh arwah anak lelakinya.


Berkongsi kisah itu, ejen Takaful Soffiyie Hassan berkata, arwah berasal dari Pasir Mas, Kelantan merupakan pekerja kedai makan, mula membuat caruman RM150 sejak penghujung 2021.


Ternyata, tindakannya memberi manfaat kepada ibunya serta seluruh ahli keluarga apabila hibah bernilai RM400,000 digandakan kepada RM809,947 selepas dia meninggal dunia.




mStar




"Arwah usia 27 tahun. Anak sulung. Ayah dah lama meninggal. Arwah kerja kedai makan je. Meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Dia ambil hibah pada Disember 2021 dengan caruman RM150 sebulan.


"Semasa hari kematian ejen ziarah ibu arwah tapi perkenal diri sebagai kawan. Selepas tiga hari ejen pergi jumpa secara personal dengan si ibu dan maklumkan arwah ada ambil hibah dan ibu jadi penama. Tapi ibunya tak tahu pun hibah tu apa.


"Lepas ejen explain barulah ibu arwah terkejut dan menangis terharu sebab dia penama. Anaknya tak pernah cerita pun dia ada ambil hibah. Hibah RM400,000 arwah ambil akan diganda menjadi RM800,000 sebab meninggal kemalangan," ceritanya.


Video ketika ejen tersebut bertemu dengan ibu arwah turut dikongsi menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih hampir setengah juta tontonan.


Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen termasuklah yang memuji arwah kerana masih mampu 'berbakti' meskipun telah meninggal dunia.


"Sampai dia tak ada pun masih mampu menjalankan tanggungjawab.


"Arwah anak yang bertanggungjawab kepada ibu dan keluarga.


"Allahuakhbar, meninggal pun berjasa kepada ibunya," tulis beberapa netizen.


Dalam pada itu, ejen takaful tersebut turut menggesa agar orang ramai membuka mata dan mula membuat caruman hibah meskipun dalam jumlah yang kecil.




Add Image Caption Here





"Nasihat saya kepada orang ramai, mencarumlah hibah walaupun nilainya sedikit. Sangat membantu waris kita dalam banyak perkara terutama untuk memastikan kelangsungan hidup.


"Kita yang tak pernah kehilangan ni susah nak rasa erti kepayahan dan kehilangan ketua keluarga. Tapi yang dah alami akan tahu susahnya bila tak ada ketua keluarga dan lagi-lagi apabila meninggalkan banyak hutang.


"Bila berlaku kematian orang ramai datang ziarah dan ucap takziah. Tapi hanya waris si mati saja yang akan hadapi kehidupan selepas ni sama ada senang atau sengsara," ujarnya lagi.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo la pi hebahkan mcm ni..kjp lagi tu berbondong la sedara la kwn baik la dtg mintak habuan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:31 PM | Show all posts
krustykrab replied at 30-8-2023 01:22 PM
Apo la pi hebahkan mcm ni..kjp lagi tu berbondong la sedara la kwn baik la dtg mintak habuan

tp neh hibah kan sure penama saja berhak tak yah faraid kan??
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:36 PM | Show all posts
iols kalo anak meninggal or org tersayang meninggal, x tergamak nak posing dengan mock up cheque segala... nyawa org tersayang tidak sama sekali setanding dgan wang ringgit dan harta.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng agent hibah leh la buat jd testimonials ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab: Apo la pi hebahkan mcm ni..kjp ...


Yezza, same case ada wife tu heboh dia dpt hibah bila husband dia meninggal...haa mendapat la gangguan drp keluarga sebelah sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh hibah tuh bukan ker tuk mentadbir pusaka jer...tetap mak dia kena agih kpd adik beradik lain (kalo bujang) atau agih kepada anak bini(kalo kawin)..bajagi tetap bahagi kan..bkn mk dapat 800k tuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 30-8-2023 01:42 PM
Eh hibah tuh bukan ker tuk mentadbir pusaka jer...tetap mak dia kena agih kpd adik beradik lain (kal ...

Itu faraid bang. Aku yg jahil ni pun Tau beza hibah dgn faraid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 01:47 PM | Show all posts
agen insurance hibah sukalah petik2 cerita mcm ni....kenapa sampai nk berphotoshoot.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 30-8-2023 01:42 PM
Eh hibah tuh bukan ker tuk mentadbir pusaka jer...tetap mak dia kena agih kpd adik beradik lain (kal ...

Hibah itu gift, bkn duit utk agih pusaka. Seingat iols, dgn reta yg ada, bleh hibah up to 30%. Tapi ni skim hibah insurans, so lain kott.. sumer should go to penama shj.

Dgn ni, iols lagi aware ada menda ni. Bleh la iols start mencarum juga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:48 PM | Show all posts
benda cmni undang scammer. takde adab betul .
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 30-8-2023 01:31 PM
tp neh hibah kan sure penama saja berhak tak yah faraid kan??

Mmg tk pyh faraid..tp tau je lah kan dh namanya manusia, bila nmpk je org tu dpt durian runtuh, maka dtg la nnt buat² cerita sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
CikNano replied at 30-8-2023 01:40 PM
Yezza, same case ada wife tu heboh dia dpt hibah bila husband dia meninggal...haa mendapat la gang ...

Iols baca komen² kt tiktok pasal hibah kt bini ni kan..ada jgk yg komen sedih² pasaipe si balu tk nk share sikit duit hibah tu kat mil. Sian mil tu bela anak jantan dr kecik bla bla bla...
Sb tu la benda mcm ni ibarat dpt durian runtuh, diam² je la. Ko nk bg sikit², bg je tp jgn sesekali hebahkn yg arwah laki ko buat hibah takaful utk ko.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:54 PM | Show all posts
Hanjengnye lah ejen tu. ko ingat mokcik tu teruja sangat ka nak tayang satu dunia. blur kan muka tak boleh ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:57 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 30-8-2023 01:42 PM
Eh hibah tuh bukan ker tuk mentadbir pusaka jer...tetap mak dia kena agih kpd adik beradik lain (kal ...

Pusaka apanya harta tu tak wujud pun masa dia hidup.

Ini duit untuk mak dia. Hadiah ikhlas dari insurance company kepada penama

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 01:59 PM | Show all posts
ajen takaful buat marketing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 02:04 PM | Show all posts
SCAMMER TERSENYUM SINIS....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat la soffiyie ni.. gigih ambik gmbr dgn nama penuh segala punya nk org percaya demi keuntungan dia. Sekarang kau letakkan makcik & keluarga dia  dalam bahaya.
Benda2 mcm ni bukan p&c ke.. ni dah langgar privasi orang. Tak baik la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 02:15 PM | Show all posts
knp lah pegi dicanang nya makcik dpt hibah rm800k gitu..diam2 tak boleh ke..
ramai lah semut dtg hurung nti..scammer pun tak terkecuali..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 02:17 PM | Show all posts
dah start dah ejen 2 ni semua menunggang org mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 7728 Replies : 48
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 11259 Replies : 155
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6696 Replies : 8
...Skrin TV...
seribulan...Skrin TV...
Views : 5366 Replies : 6
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 14132 Replies : 103
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 287566 Replies : 7097
Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab Tak Mahu Kerja Dengan ‘Type C’.Wajar atau tidak?
YgBenarWanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab
Views : 10099 Replies : 78
Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Tinot7Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Views : 2927 Replies : 18
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8634 Replies : 43
Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Tinot7Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Views : 7317 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.085280 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list