CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17137|Reply: 141

Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!

  [Copy link]
Post time 1-7-2024 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by esteryen at 1-7-2024 06:56 PM

Syarikat pembangun aplikasi gaya hidup muslim, TheNoor menegaskan bahawa aplikasi tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan penularan promosi produk berunsur lucah yang dikeluarkan oleh jenama syarikat usahawan terkenal Neelofa.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook (FB), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama iaitu Mohd Izzairi Yamin berkata, TheNoor sama sekali tidak bersetuju dan mengecam penggunaan gambar berunsur lucah untuk tujuan promosi bagi produk tersebut.

Selaku CEO dan Co-Founder TheNoor saya tidak bersetuju sama sekali penggunaan image atau postings berunsur lucah (haram) untuk tujuan marketing, promotion dan sewaktu dengannya.

Ramai juga yang mengecam kononnya TheNoor tidak melakukan pemeriksaan terhadap gambar-gambar tular yang tidak beretika. Kami ingin tegaskan bahawa TheNoor tidak ada kaitan dengan produk atau syarikat tersebut.

TheNoor tidak terlibat sama sekali dalam penghasilan atau pengedaran gambar tersebut. Kandungan yang dimaksudkan itu hanya berkaitan dengan produk lain dan tidak mewakili strategi pemasaran atau piawaian etika TheNoor. Di TheNoor, kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran.

Dalam pada itu, Izzairi berkata pihaknya komited bagi memastikan isu seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang dengan berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut diperingkat dalaman.

Komitmen kami untuk mengekalkan jenama yang profesional dan menghormati masyarakat tidak akan pernah berubah. Kami amat kesal atas sebarang kesulitan atau salah faham yang mungkin telah menggusarkan pelanggan, rakan kongsi, dan pihak berkepentingan kami.

Kami mengambil serius perkara ini dan sedang menyelesaikan hal ini di peringkat dalaman untuk memastikan insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

TheNoor tetap komited untuk mengekalkan piawaian integriti dan profesionalisme yang tertinggi dalam semua aspek perniagaan kami.

Kami menghargai semua yang memahami dan yang berterusan menyokong kami ketika kami menangani situasi ini.
Terdahulu, akaun Instagram rasmi Nilofa Group, memaparkan beberapa foto objek yang seakan-akan menyerupai alat sulit wanita telah dimuat naik bertujuan untuk mempromosikan produk untuk mengeratkan hubungan suami isteri.

Namun, perkongsian tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warga maya malah mereka menyifatkan foto-foto yang dikongsikan itu seakan tidak menjaga sensitiviti masyarakat selain mempunyai unsur ‘soft porn’.

Bukan itu sahaja, tindakan tersebut dikatakan kurang sesuai dengan penampilan Neelofa yang berhijab dan berpurdah.

Tidak lama selepas isu tersebut mendapat perhatian ramai, pihak Nilofa tampil membuat permohonan maaf.

Kredit : OHBulan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2024 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x btl saman je lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2024 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
karipap_sadin replied at 1-7-2024 07:28 AM
Kalau x btl saman je lah

kan, serupa masa kes mama rimau post psl kerabat selatan, dan2 tiberr pusing konon hp tu dipegang oleh PA mama rimau nangis dan post tu di post oleh PA
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 09:29 AM | Show all posts
ye la tu tak terlibat. senang betul kasi kenyataan mcm ni.
biasa retis/ org kenamaan/ kayangan mcm ni lah. dah buat salah, either being defensive or cuci tangan.
takde nak bertanggungjawab langsung.
senang citer, product pun sampah, so tutup je la semuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kambing panggang?

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 09:39 AM | Show all posts
nak luluskan bukan dapat permission bos dulu ke
senang betul ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
The Noor ni kan yg apps tu.... Nilofa ni yg JV dgn cousin dia...biz entity lain2. Pandai betul dia twist kan fakta. Mcm yg dia pi honeymoon Langkawi pastu suruh Chatatime boss cover utk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mustahil je.
Pelik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2024 09:47 AM | Show all posts
alasan mudah nak keluar dr masalah yg sendiri create
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
MCMC pun senyap tak berkutik,dasar double standard pilih bulu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 10:07 AM | Show all posts
Edited by aemon at 1-7-2024 10:08 AM

aku faham je maksud org the noor ni.
sebabnya lopak ni bangang.banyak benar dia buat jv + ada shareholder dgn mana2 company.

jadi bila satu taik tertepek kat kaki, satu badan terasa bau tahi tu. the noor apps utk waktu solat.sedangkan iklan pepek tu untuk nilofa group.nk kecam kena kecam yg founder asal nilofagroup.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi katanya repost juah kan?
so?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
The Noor ni apps muslim. Lain dari produk makanan dan lain2 Lofa. Sian semua kumpulan pekerja The Noor.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-7-2024 09:34 AM
Ada kambing panggang?

Kambing hitam ke putih?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
nilopak downfall era?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 10:29 AM | Show all posts
siapakah yg akan digulai khormakan kali ini??adakah kambing itam masak karipuley?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2024 10:32 AM | Show all posts
tudddiiiiiaaaa. madinah woii!!
berani2 hangpa pitenah mama ghimau.. she at madinah meyh??
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hypothetically at 1-7-2024 10:48 AM
Rogue98 replied at 1-7-2024 09:44 AM
The Noor ni kan yg apps tu.... Nilofa ni yg JV dgn cousin dia...biz entity lain2. Pandai betul dia t ...


N they think org lain bodoh tak mampu berfikir senang nak di manipulate, i bet u mmg dorang dah ready with all sorts of excuses. Bila keluar product baru mesti ada je some kind of controversy that came out with it, this is not the first time.  Technic dah lapuk n u expect people to fall for it again n again.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp theNoor tu nk trigger pulak ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 11:08 AM | Show all posts
jeni diam je..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.088950 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list