CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] 7.1.14 - UPDATE Kes Sri Wani selesai !_Post 833#

  [Copy link]
 Author| Post time 2-9-2012 10:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2012 10:48 AM | Show all posts
^Q-Q^ posted on 6-4-2012 07:37 AM


BAHROM yang curiga dengan status isteri, Sri Wani bawa kes ke mahkamah syariah.

udoh tua... tak sedo diri...
rumah kate pergi... kubo kate mari...
moga jadi teladan
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 11:00 AM | Show all posts
jfq posted on 31-8-2012 09:12 AM
Masalah teknikal aje.
Tak faham le technicality ni.
Pasal address pun boleh batal kes. Apa relevan ...

maknanya mahkamah kat satu2 negeri tu hanya untuk yg bermastautin di negeri tu jer
kalau kita duduk kl mahkamah syariah kl ler yg ada kuasa
gitu gak kalau kita duduk di srlangor misalnya, mahkamah syariah selangor ler tempatnya

dlm kes ni sri wani ni kata dia tinggal di gombak bukan di kl
sebab gombak tu kat selangor maknanya permohonan ini kenalah dibuat di mahkamah syariah selangor
sebab tu mahkamah kata diorg takda kuasa untuk bicarakan kes ini
lagipun prof tu tak lawan bila sriwani timbulkan isu ni... jadi dia menang ler kes ni atas sebab teknikal...

sama ada dia betul laki atau pompuan masih tidak ketahuan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:30 AM | Show all posts
kemana parents dia? keluarga? adik beradik? takkan takder manusia yang kenal sri wani ni dari lahir or kecik?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:57 AM | Show all posts
sashin posted on 31-8-2012 07:59 AM
masyallahhhhhh....baru perasannn...yang last picture ni..mmg sahhhh...kakak ni buka butik kecantikan ...

kannnnnn...kalau tengok kat luar memang tak nampak mcm perempuan 'ori'
badan dia jenis tinggi sasa gituuu..dengan muka putihnya,make up tebal
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 12:22 PM | Show all posts
petola posted on 2-9-2012 11:00 AM
maknanya mahkamah kat satu2 negeri tu hanya untuk yg bermastautin di negeri tu jer
kalau kita dud ...

Tapi abe Pet, dlm statement hakim tu, beliau merujuk kpd pemastautin pendakwa (somi Sri Wani).. Maksudnya masalah teknikal terhadap pengadu kan? Bukan yg dituduh kan? Pening sikit kes ni...

Abdul Walid berkata, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti afidavit permohonan yang difailkan Sri Wani yang memohon untuk menggantung semua prosiding mahkamah kerana Baharom bukan seorang permastautin tetap dalam Wilayah Persekutuan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2012 05:26 PM | Show all posts
Suami Sri Wani mohon gantung perintah bayar kos

4 Oktober 2012                    

                                                                                                            KUALA LUMPUR - Suami kepada pengusaha butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, Dr Baharom Sanugi memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini agar perintah Mahkamah Tinggi Syariah, yang sebelum ini memerintahkan beliau membayar kos sebanyak RM12,000, ditangguhkan.
       
        Permohonan untuk menggantung perintah mahkamah difailkan peguamnya, 27 September lalu kerana pihaknya telah memfailkan permohonan rayuan agar mahkamah menyemak semula kos tersebut yang telah dikenakan sebelum ini.
       
        Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain menetapkan 18 Oktober ini untuk sebutan kes itu bagi pihak peguam Sri Wani memfailkan affidavit balasan terhadap permohonan yang telah dfailkan Baharom.
       
        Pada 30 Ogos lalu,  Baharom diperintah membayar kos kes kepada isteri ketiganya itu selepas Mahkamah Tinggi menolak empat permohonan yang difailkannya, termasuk permohonan faraq nikah (dipisahkan perkahwinan) dan perintah mahkamah agar Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit.
       
        Mahkamah turut menolak permohonan komital (pemenjaraan) dan perintah menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang difailkan oleh Bahrom sebelum ini.
       
        Ekoran itu, Hakim Abdul Walid Abu Hassan menetapkan Baharom membayar kos kepada plaintif sebanyak RM3,000 bagi setiap kes yang difailkan kerana telah membuang masa dan kos plaintif, yang  mana bayaran itu perlu diselesaikan dalam tempoh satu bulan dari kes itu dibacakan.
       
        Baharom, 61, yang mengesyaki Sri Wani  lelaki, telah memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu,  yang memeluk Islam pada 2001.




Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 05:38 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 4-10-2012 05:26 PM
Suami Sri Wani mohon gantung perintah bayar kos

4 Oktober 2012                    

suda teda berduit kah beliyau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2012 05:43 PM | Show all posts
betul ke isterinya bapok?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 05:43 PM | Show all posts
aku kenal prof baharom ni.tak sangka kawen 3 ek.dia terer math...
tapi takkan fail kot nak kenal mana satu laki n pmpuan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 08:12 PM | Show all posts
Aku msh cuba memahami kenapa si prof ni susah payah nk bawak kes aib dia ke court....

1- permohonan faraq nikah - ko dh nikah dgn dia kalau ko rasa dia lelaki, ko 'ceraikan' je dia.... move on, takde sapa tau ko lelaki tua ada 2 bini yg tak tau bezakan tulen dgn nyah..

2- paksa buat ujian DNA - kalau confirm dia perempuan, ko nak nikah semula dgn dia? Kalau dia lelaki, ko nak saman dia berapa juta? Ko rasa dia mampu?

3- pemenjaraan .... apa ntah ni

4- perintah larangan keluar statement - kalau ko tak aib kan dia, takde la dia jadik tumpua  reporter kisah sensasi....

Boleh tak prof or loyer dia citer kat sini motif dia bawak kes jantina ni ke court..... tak nak kalau cerai biasa, kena bayr mutaah & nafkah edah? Tak nak dia tuntut rete sepencarian? Boleh tolong explain tak? Aku sungguh nak tau motif prof ni...


Ikhlas dari aku yg agak kepochi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2014 03:00 AM | Show all posts

SRI WANI berbincang dengan peguamnya Amli ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2014 03:01 AM | Show all posts
Kes dekan kahwin 'lelaki' selesai

8 Januari 2014

KUALA LUMPUR - Kes pertikaian kesahihan jantina seorang pemilik butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah oleh bekas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini selesai semalam selepas bekas dekan itu bersetuju membayar kepada wanita itu kos mahkamah sebanyak RM12,000 secara ansuran bulanan.

Setahun lebih kes itu tertangguh, Dr. Bahrom Sanugi akhirnya akur untuk melunaskan kos guaman tersebut seperti mana diperintahkan oleh Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain selepas menolak permohonan yang difailkan pada 17 Januari 2011.

Menurut peguam syarie, Datuk Amli Embong yang mewakili Sri Wani, buat permulaan Bahrom telah membayar sebanyak RM3,000 pada prosiding semalam.

Baki RM9,000 kos mahkamah yang perlu dibayar kepada Sri Wani akan dibayar setiap RM3,000 dalam tempoh tiga bulan lagi.

Persetujuan itu direkodkan di hadapan Mohd. Amran sementara peguam syarie Irsamuddin Ikhsan hadir bagi pihak Bahrom yang juga hadir di mahkamah.

Sri Wani mengakui lega dan bersyukur kerana semua telah selesai selain dia telah berbaik-baik semula dengan bekas suaminya itu.

"Masing-masing ada kehidupan dan perlu diteruskan," katanya.

Terdahulu Bahrom, 63, diperintah membayar kos guaman sebanyak RM12,000 selepas mahkamah sama pada 30 Ogos 2012 membatalkan empat permohonan termasuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap Sri Wani, 39, bagi mengesahkan status jantina pemilik butik itu.

kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 03:17 AM | Show all posts
apsal byk pensyarah pangai mcm sakai mental sekarang ye..yg lg satu kes kelar bini..pensyarah jugak..bodo bengong
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 04:20 AM | Show all posts
Ok tapi nak tau gak hasil dna test tu...tu kemuncak kes ni padaku
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 07:15 AM | Show all posts
poison_paradise posted on 8-1-2014 03:17 AM
apsal byk pensyarah pangai mcm sakai mental sekarang ye..yg lg satu kes kelar bini..pensyarah jugak. ...

mmmmm....pensyarah pun dah tersepit dengan bebanan kerja mcm cikgu cikgi kahhh


Dari berita terkini  :
KLANG 6 Jan. - Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kelar di leher dipercayai dilakukan suaminya yang merupakan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam kejadian di sebuah hotel di sini, awal pagi ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira 5 pagi tadi dengan seorang saksi melihat lelaki tersebut menikam isterinya di dalam bilik hotel. Saksi tersebut kemudian bertindak membuat laporan polis.

Lelaki itu dikenali sebagai Ghazalee Ahmad, 58, manakala isterinya adalah Norazlina Mohamed Saaid, 49, merupakan seorang suri rumah. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 08:06 AM | Show all posts
jasmeen posted on 8-1-2014 04:20 AM
Ok tapi nak tau gak hasil dna test tu...tu kemuncak kes ni padaku

tgl harapan la jawabnya. permohonan dna dah dibatalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 08:21 AM | Show all posts
abeh tu sri wani tuh laki ka pompuan..??hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 08:26 AM | Show all posts
nurul_akmar posted on 8-1-2014 08:06 AM
tgl harapan la jawabnya. permohonan dna dah dibatalkan.

Potong sangat kes ni kan... Hahahahahhahah


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 08:28 AM | Show all posts
runie posted on 8-1-2014 08:21 AM
abeh tu sri wani tuh laki ka pompuan..??hehehee

Untuk result dna beliau sila rujuk post 837
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.075062 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list