CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] TERKINI: Sarjan Di Temui Mati Terjerut

[Copy link]
Post time 3-9-2014 11:24 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 3-9-2014 11:23 PM
macm citer filem jer...

Fail Jenayah: ’Pendakwaan buktikan tertuduh kaki perempuan...’
Oleh Ismail Mat


PERBICARAAN selama 20 hari di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendedahkan betapa pembunuhan Salbiah dirancang dengan teliti oleh Saderi dalam usahanya melindungi kecurangan kepada tunangnya, Rubiah. Andainya, mayat Salbiah tidak ditemui oleh sesiapa di lurah Jalan Lembah Permai itu, mungkin hari ini Saderi sudah menjadi seorang pegawai polis berkedudukan tinggi dalam kerjayanya. Namun, takdir Allah Maha menentukan segala-galanya. Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi, ‘Crime Doesn’t Pay’. Saderi akhirnya menerima pembalasan yang sewajarnya iaitu hukuman gantung terhadap pembunuhan yang dilakukannya. Sebagai pegawai penyiasat polis, dia sepatutnya membawa penjenayah ke muka pengadilan dan bukan melakukan jenayah.

Mangsa: Pekerja kilang AMD, Salbiah Yeop Abdul Rahman, 27.
Tertuduh: Pegawai Penyiasat Polis, Inspektor (P) Saderi Abdul Samat, 24.
Pegawai Penyiasat: Inspektor Abdul Rani Abdullah.
Tuduhan: Membunuh Salbiah antara petang 14 November hingga jam 5 pagi pada 15 November 1980 di Mes Pegawai Polis Jalan Scotland. Didakwa melakukan pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
Hukuman: Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Hakim: Pesuruhjaya Kehakiman Mustapha Hussein.
Juri: Tujuh orang termasuk dua wanita.
Pendakwa: Timbalan Pendakwaraya Muhammad Shafee Abdullah.
Pembela : Peguambela K Kumaraendran dibantu S Sithambaram dan Teja Singh.
Saksi: 20 saksi pendakwa, dua saksi pembela.

PERBICARAAN pembunuhan pekerja kilang, Salbiah Yeop Abdul Rahman, 27, yang dilakukan kekasihnya, Pegawai Penyiasat Polis, Inspektor (Percubaan) Saderi Abdul Samat, berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mustapha Hussein dan tujuh juri di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mulai 8 Jun 1982.

Dalam hujah pembukaan, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shafee Abdullah, memberitahu mahkamah, pihaknya akan membuktikan Saderi membunuh Salbiah sebelum dia membawa mayat mangsa dan membuangnya di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bunga.

Pendakwa juga yakin dapat membuktikan Saderi membunuh Salbiah dalam bilik tidurnya di Mes Pegawai Polis Jalan Scotland berikutan kesan darah dalam bilik itu dan tertuduh adalah orang terakhir bersama mangsa sebelum pembunuhan berlaku.

Pada perbicaraan itu, Saderi yang juga bekas pelajar Universiti Teknologi Malaysia pada 1977 dan 1978, menghadapi tuduhan membunuh Salbiah antara petang 14 November hingga jam 5 pagi 15 November 1980 di Mes Pegawai Polis Jalan Scotland, mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan, yang jika disabitkan membawa hukuman mati.

Ketika perbicaraan di mahkamah tinggi itu, Saderi yang tidak diwakili oleh peguam bela sepanjang perbicaraan awal di Mahkamah Majistret pada April 1981, kali ini diwakili peguam bela K Kumaraendran dibantu S Sithambaram dan Teja Singh, yang dilantik mahkamah bagi membelanya.

Muhammad Shafee berhujah, Saderi yang bakal berkahwin dengan tunangnya, Rubiah Tijan, yang ketika itu berada di Melaka, menyimpan Salbiah sebagai kekasih dan pasangan itu ‘tinggal’ bersama di kediaman pegawai polis terbabit.

“Pendakwaan akan membuktikan tertuduh adalah kaki perempuan yang menggunakan wanita untuk memenuhi kepuasan dirinya sebelum mengabaikan mereka. Saderi terdesak apabila Rubiah mengirimkan telegram menyatakan akan melawatnya,” hujahnya.

Prosiding perbicaraan bermula dengan seorang pembuat roti, Wan Teik Boon, 23, orang pertama menemui mayat Salbiah dipanggil memberi keterangan mengenai penemuan itu sebelum disusuli Pegawai Penyiasat, Inspektor Abdul Rani Abdullah.

Abdul Rani memberitahu mahkamah yang Saderi mula dipanggil untuk ‘temubual’ bagi membantu siasatan mulai jam 11.45 malam pada 24 November 1980 selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai hubungannya dengan Salbiah.

Pihak pembela membantah keterangan yang diberikan Saderi kepada Abdul Rani menyebabkan bicara dalam perbicaraan dijalankan. Kenyataan itu kemudian diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung.

Hari kedua perbicaraan, Pemangku DSP Mohamad Fauzi Saari, yang bertanggungjawab merakam kenyataan beramaran Saderi dipanggil memberi keterangan. Permohonan pendakwa mengemukakan dokumen itu sebagai bahan bukti tidak dibantah pembela membolehkan ia diterima sebagai keterangan.

Berdasarkan kenyataan beramaran yang mendedahkan hubungan asmara Saderi dengan Salbiah itu, antara kandungannya Saderi berkata, dia terkejut apabila menemui mayat kekasihnya tergantung pada alang di bilik mandi penginapannya kerana tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.

Menurut Saderi dalam kenyataan beramaran itu, selepas penemuan itu, dia menjadi panik dan tidak tentu arah selama setengah jam kerana bimbang kejadian dalam biliknya itu akan menjejaskan imej pasukan polis jika diketahui oleh masyarakat.

Dia juga bimbang kejadian itu akan diketahui tunangnya dan mengambil keputusan tidak memberitahu sesiapa mengenainya. Saderi turut menyatakan dia menggunakan sebilah gunting untuk memotong tali nylon yang menjerut leher Salbiah untuk menurunkan mayat kekasihnya itu.

Katanya, dia kemudian membawa mayat itu dan diletakkan di tempat duduk penumpang depan kereta yang dipinjam daripada rakannya, Inspektor Che Ibrahim Che Muda, dan memandu ke arah Pantai Jerejak sebelum menukar fikiran menuju Baru Feringgi melalui Green Lane, Jalan Air Tejun dan Tanjung Bungah.

Dia kemudiannya membuat keputusan membuang mangsa di lurah dekat Lembah Permai. Selepas memberhentikan kereta di situ, dia memikul mayat Salbiah turun dan meletakkannya di lurah terbabit. Apabila kembali ke biliknya, dia mendakwa menemui beg tangan Salbiah dan nota tulisan tangan berbunyi “Inilah pengorbanan saya untuk kebahagiaan Saderi” dan satu lagi berbunyi, “Tenangkan hati menghadapi dugaan”.

Tertuduh berkata, dia mengambil beg serta nota itu sebelum membuangnya dalam tong sampah di persimpangan Jalan Scotland dan Jalan York, sebab tidak mahu meninggalkan sebarang bukti mengenai kematian yang berlaku dalam mes polis berkenaan.

Dalam kenyataan itu juga, Saderi menyatakan dia mengejutkan rakannya, Inspektor Shamsuddin, kira-kira jam 4.55 pagi pada 15 November, sebelum kedua-duanya pergi ke Butterworth, menjemput teman wanita masing-masing datang ke mes terbabit.

Katanya, pada awal hubungan dengan Salbiah, dia tidak pergi ke rumah wanita itu di Gelugor, sebaliknya Salbiah menemuinya di Balai Polis Jelutong. Mulai Jun 1980, Saderi berpindah ke Mes Pegawai Polis Jalan Scotland. Dia yang semakin rapat dengan Salbiah, menjemput kekasihnya bermalam sambil melakukan hubungan seks di situ.

Saderi mengakui, walaupun Salbiah mahu dia menjadi suaminya, dia tidak dapat membuat keputusan kerana sudah mempunyai tunang. Menurut Saderi, kira-kira dua bulan sebelum kematian, Salbiah memberitahunya yang dia mengandung dan malu jika keadaan itu diketahui oleh rakan-rakan. Bagaimana pun, menurutnya Salbiah bersetuju menggugurkan kandungannya.

Dia berkata, kira-kira jam 11 malam pada 13 November 1980, Salbiah kelihatan sedih dan muram apabila mendapat tahu mengenai kunjungan Rubiah pada 15 November. Menurut Saderi, Salbiah kemudiannya membuat keputusan untuk pergi ke Ipoh kerana mendapat kerja baru di sana yang bermula 14 November. Saderi mendakwa, itulah kali terakhir dia melihat kekasihnya itu.

Menerusi kenyataan beramaran setebal sembilan muka surat itu juga, Saderi mengakui dia bertunang dengan Rubiah pada 25 Disember 1979 dan dijangka berkahwin dalam tempoh dua tahun. Katanya, dia yang bertugas di Cawangan Narkotik mulai Mei 1980, mengenali Salbiah menerusi Zaini Suparwi yang juga teman wanita Che Ibrahim.

Che Ibrahim yang mengenali Saderi sejak mereka menjalani latihan memasuki polis di Depoh Polis Kuala Lumpur pada 1979, dalam keterangannya di mahkamah itu juga menyatakan Saderi turut mempunyai teman wanita lain ketika mempunyai hubungan dengan Salbiah.

Katanya, dia mengetahui yang selama ini Saderi dan Salbiah mempunyai hubungan yang intim tetapi baru mengetahui mengenai tunang Saderi iaitu Rubiah selepas 17 November.

Segala kenyataan beramaran yang dirakamkan daripada Saderi itu mula menunjukkan pelbagai percanggahan apabila saksi-saksi lain dikemukakan oleh pihak pendakwa.

Abdul Rani dalam keterangannya, berkata pasukan polis tidak menjumpai tali plastik yang didakwa digunakan oleh Salbiah untuk menggantung diri dan dicampak oleh Saderi di sebelah mayatnya. Polis berusaha mencari tali itu dengan kehadiran Saderi menunjukkan lokasinya tetapi tidak ditemani.

Menurut Abdul Rani, Saderi juga membawa polis ke bilik kediamannya untuk menunjukkan lokasi mayat Salbiah dijumpai tergantung. Dia turut menunjukkan sebilah gunting yang digunanya untuk memotong tali yang menjerut leher Salbiah dan beberapa paku yang didakwa mungkin digunakan Salbiah.

Ahli Kimia, Hoong Seng Hong, dalam keterangannya pula menyatakan adalah mustahil untuk tubuh manusia seberat lebih 45 kilogram boleh tergantung pada paku yang patah pada alang dalam bilik air berkenaan.

Katanya, ujian yang dijalankan mendapati paku terbabit patah akibat ketukan biasa dan membengkok dan bukannya akibat menggantungkan objek seberat 45 kilogram.

Menurutnya, ujian yang dilakukan mendapati paku yang diketuk pada alang terbabit tidak berupaya menahan beban dan menjadi bengkok serta merta sebaik diletakkan beban seguni pasir seberat 45 kilogram.

Ujian itu membabitkan penggunaan tiga batang paku sepanjang lima sentimeter setiap satu dengan ketebalan 2.7 milimeter. Kayu pada alang itu juga keras dan memerlukan kekuatan untuk memakunya ketika dia memaku kira-kira dua sentimeter.

Muhammad Shafee bertanya: “Kalau seseorang mendakwa tubuh manusia seberat 45 kilogram atau lebih tergantung pada paku di alang itu, apa reaksi awak terhadap dakwaan itu?. Hoong menjawab: “Daripada ujian yang saya lakukan, ianya tidak boleh berlaku. Ia tidak mungkin.”- bersambung

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.. ade bini baru lawa tp bunuh diri gak.. mcm sesuatu je..
jeng2x
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:35 PM | Show all posts
NURMIMIE posted on 3-9-2014 08:33 AM
macam bau ikan aje..

ada ke orang gantung diri begitu rendah? kaki sampai ala2 bersila?

Mmg ada juga mimie, dulu kat kws rumah mak aku masa kami jumpa mayat dia terduduk dan melutut, mungkin lepas mati tu badan dia memberat dan tali tu mengendur sbb tak berapa kuat. Dia bunuh diri sbb depress hisap dadah bertahun2....dah malas nak hidup. Yg ni kes apa tak tahu la. Tapi kalau pakai uniform lengkap pelik juga pergi bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:37 PM | Show all posts
Syd posted on 3-9-2014 11:24 PM
Fail Jenayah: ’Pendakwaan buktikan tertuduh kaki perempuan...’
Oleh Ismail Mat

zaman tu dah ada kes begini...huh ngeri..bunuh.bersekedududkan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape gile tekanan hidup.. Salunyer masalah kewangan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:41 PM | Show all posts
chekacheku posted on 3-9-2014 08:31 PM
ex 1st wife dia kwn akak aku..katanya mmg bunuh diri..gantung kat bekas rumah kelamin dorg dulu ni.. ...

Adakah tak dpt terima kenyataan ex wife yg nak digantung tu dah berlaki baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2014 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings posted on 3-9-2014 11:41 PM
Adakah tak dpt terima kenyataan ex wife yg nak digantung tu dah berlaki baru

Mamat ni pon da kawen lain kot.. Iols suspek gaduh dgn Bini baru
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 12:08 AM | Show all posts
poison_paradise posted on 4-9-2014 12:01 AM
Mamat ni pon da kawen lain kot.. Iols suspek gaduh dgn Bini baru

Kita terpaksalah tunggu wartawan HM pi interview bini baru utk mengetahui punca sebenar. Lawa bini baru tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 12:09 AM | Show all posts
ada seorang aunty kat kwsn perumahan ai dulu bunuh diri dgn menjerutkan leher di pokok mangga. dengar cerita mcm nak terduduk gitu.
Kesian dia. RIP aunty.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 12:13 AM | Show all posts
selalu kalau mati gantung diri, batang zakar tegak berdiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Stress tahap apakah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 10:07 AM | Show all posts
hebat betul tekanan, sampai ambik keputusan macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 10:23 AM | Show all posts
mcm2 hal...seriau aku tgk gambo tu ms dpt kat whatsapp grup...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 11:19 AM | Show all posts
kalau dia bunuh diri, msti dia tinggal nota bunuh diri..xpun mesej ka, tak pn fb ka, tkpn whatapp ka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 11:27 AM | Show all posts
Bunuh diri tuk elak masalah bukan jalan terbaik....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 11:56 AM | Show all posts
batmana posted on 4-9-2014 11:19 AM
kalau dia bunuh diri, msti dia tinggal nota bunuh diri..xpun mesej ka, tak pn fb ka, tkpn whatapp ka ...

Dengaq ceghita yg dia ada 2 bini.
Ada laaa masaalah ghumahtangga.

So, dia guna kerusi n gantung diri dia.
Kerana berat badan dia................tali yg di gunakan expand.
Tu yg Nampak tali tu panjang hingga kita nmpk arwah mcm bersila kat lantai.

Moral of the Story
1. dekati Allah dgn menambah ilmu n amal
2. kalau tak mampu, cukup laaa satu sahaja
3. dekati lah ulamak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 12:04 PM | Show all posts
elok kemas je mcm nak g keje...

aritu pon tentera...gambar mcm berlutut
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 12:06 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 4-9-2014 12:13 AM
selalu kalau mati gantung diri, batang zakar tegak berdiri

mcm ku pernah dgr kes ni, tp di mana ya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 01:18 PM | Show all posts
I selalu pikir memang orang suicide ni akan buat nota terakhir ke?


@batmana
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:00 PM | Show all posts
I stay kt kem tu.. Blok tmpt arwah ditemui mati tu dpn blok umah i je.. Skang i tido dlm ketakutan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.069141 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list