Seringkali kita menonton penyanyi kegemaran kita membuat persembahan live di majlis-majlis anugerah, rancangan-rancangan realiti selalu tidak sebaik rakaman studio lagu tersebut. Apakah penyebabnya? Dalam muzik klasikal barat, penyanyi haruslah menyanyi dengan sempurna dan tiada cacat cela seperti itik, pitching ke laut, not tak sampai dsb. Kalau dikira penyanyi biasa juga mempunyai sesi raptai sebelum persembahan sebenar, mohon warga forum speku mengapa.
Namun tidak semua penyanyi begitu, satu contoh terbaik adalah Hyper Act, kedua-dua lagu hit mereka tetap juga dipersembahkan dengan baik secara langsung. Contoh terburuk mungkin Akim semasa persembahan dalam satu majlis anugerah dan sebuah rancangan realiti baru-baru ini, tidak lupa juga dengan Fynn Jamal semasa satu pertandingan di satu stesen swasta sehingga mengundang kutukan dan laharan terutama dalam forum ini.
Tidak kurang juga arrangement lagu memainkan peranan, pada satu majlis anugerah yang Dayang Nurfaizah membuat persembahan, nyanyiannya amat konsisten namun arrangement amat mengecewakan walaupun menggunakan orkestra.
Saya minta forummer memberikan pendapat masing-masing...
Tak samakan antara nyanyian studio dan nyanyian live. Sah2 nyanyian studio dibantu mesin2 gitew, selain rakaman berulang2 kali utk dapat tone yg sedap. Walaupun nyanyian live sebelum tu ada rehearsal, tapi kalau dh suara dah hauk, maka hauk la jugak. Selayaknyalah dihencap
lagu hafiz xle hadam klu versi studio...but...live ...gempak siuttt.....hazama la suka suara dia....but live selalu....tengelam timbul.....karammmm.......
iols xsure la retis melesia pkai autotunes ke x..tp part 'bersihkan' rakaman seperti yg dikatakan komen2 diatas tu i rasa ade betulnye..yela mcm ne nk jual album kalo ade bunyi2 mcm tarik nafas sume kan..xsedap ler jdnye
tp kalo retis omputeh iols mmg sure autotune digunakan secara luas. not only that, live pun miming. disini iols sediakan video utk tontonan rmai..
senarai nyanyi live sedap tapi album kureng tu mcm ilham dari keputusan AIM kategori vokal jah
- dayang (tak penah menang utk recording tapi menang vokal utk album live)
- liza (tak penah menang utk recording termasuk latest AIM tapi penah menang AJL2002 tahun siti bertanding)
ini pula senarai meols utk penyanyi memang lahir untuk pentas (nyanyi live sedap)
1. Dayang
(feel kalau lagu balada mmg terbaik, lenggok r&b no.1 in Malaysia. kreatif mewarnakan lagu. Masa awal kemunculan high note Dayang sangat nyaring guna head voice. sekarang lebih byk guna chest)
2. Datuk Siti
(suara lemak merdu. masih sedap bila tarik high note. feel biasa2 saja)
3. Jac
(powerhouse singer! feel kureng)
4. Hafiz
(nyanyi live sebijik recording. high note pun masih sedap. feel pun bagus. datuk siti versi lelaki)
5. Bob
(suara sedap. power tapi kadang2 hauk apabila lupa lirik. kerap sgt lupa lirik! habis feel pun hilang)
6. Misha
(kawalan vokal mantap. suara ala2 whispering yg buatkan mahal. dah lama tak dgr minah ni tarik high note)
-setakat ini yg di minda meols-
kategori penyanyi recording
- no komen sbb depends dengan sound engineer utk album itu. kalau editing process terbaik maka hasilnya pun terbaik la