CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2004|Reply: 7

4 Bahan Dapur Yang Boleh Usir Semut Di Rumah

[Copy link]
Post time 23-6-2016 04:15 PM | Show all posts |Read mode
4 Bahan Dapur Yang Boleh Usir Semut Di Rumah

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Baru letak kejap makanan, tengok sajian sudah dihurung semut. Tambah pula kalau menu yang manis-manis. Ini memang boleh ganggu emosi, nak buang makanan itu haruslah rasa serba salah. Jadi macam mana nak atasi masalah ini?


Tak perlu jadikan semut itu musuh sebab anda boleh halau semut dengan beberapa bahan dapur seperti ini..


1. Kayu Manis
Bau menyengat kayu manis tak disukai semut. Jika ingin semut pergi jauh dari bekas gula, masukkan saja satu batang kayu manis di dalam gula dan biarkan. Anda juga boleh halau semut dengan taburan kayu manis. Cukup taburkan di meja dan ratakan di bahagian yang selalu dihurung semut.


2. Cabai
Ambil beberapa cabai dan masukkan dalam bekas gula. Cara yang efektif mengusir semut jika anda menggunakan serbuk cabai.


3. Cuka
Campur cuka dan air dengan perbandingan 50:50 dan letak di bahagian yang sering dihurung semut atau tabur sekeliling makanan untuk elak dihurung semut.


4. Oatmeal
Oatmeal mungkin tidak berbau tajam seperti kayu manis, cuka atau cabai, tapi ternyata boleh menyingkirkan semut dan mencegah hurung pada makanan. Namun bahan ini cukup sayang jika dijadikan bahan pengusir semut kerana harganya sedikit mahal.


Inilah beberapa bahan dapur alami yang mampu usir semut datang. Tak perlu menggunakan pembasmi serangga, kerana bahan kimia yang ada agak berbahaya dan jika salah sembur, jadi racun dalam makanan. Pilihlah, mana yang mudah dan terbaik untuk kehidupan harian anda!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2016 08:36 AM | Show all posts
stress aku dgn semut ni. suka bunuh diri dalam heater
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 10:47 PM | Show all posts
erm..kebetulan kita ada baca pasal semut ni..hari tu kawan kita share...mungkin boleh cuba kat rumah mereka yg banyak semut tu...


Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah i pun byk semut. Pasaipa tah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2016 12:02 PM | Show all posts
Rumah i pun byk semut. Pasaipa tah.

ITU TANDA HANG KENA PINDAH RUMAH..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dalam air masak pun dia masuk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2016 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols is kejam .takleh tengok semut banyak2 seriau rasa.time basuh pinggan amik span sapu semua semut.tak tau nak watpe lg.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 11:17 AM | Show all posts
kat daiso ada jual serbuk utk semut ni.. letak serbuk tu kat bucu dinding dapur ke apa... kalo ada bdk kecik be careful... i x suka spray sgt sbb semut tu akan ada jugak.. and abis berminyak lantai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.046433 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list