Majalah Mangga dikeluarkan secara bulanan. Ia bersaiz padat dengan gambar warna yang menarik. Majalah Mangga membincangkan berkenaan hal para bintang filem dan golongan seni tempatan dan luar negara. Majalah Mangga yang diminati oleh ramai golongan muda menghidangkan sebahagian besarnya cerita-cerita artis tempatan.
Majlis Fatwa Kebangsaan pada 8 Mei 2012 yang lalu telah mengeluarkan arahan bahawa adalah haram untuk umat Islam membeli, memiliki, memuat turun, membaca, memfotokopi dan membaca majalah Mangga. Ini kerana majalah tersebut memaparkan gambar-gambar buah mangga di tepi kolam renang sebagai penarik.
Penjualan majalah ini jika diteruskan dibimbangi akan merosakkan akidah para remaja dan para Menteri-menteri kabinet negara!
Malangnya, majalah ini terlalu popular bukan kerana kandungannya yang mampu menjana minda sebaliknya penayangan gambar-gambar (lucah?) sensasi yang dipaparkan dalam setiap keluaran di mana artis akan beraksi separuh bogel!
Tak percaya? Tanyalah mana-mana lelaki yang membaca majalah Mangga, pasti tergoda!
Masih teringat masa dulu-dulu apabila artis lelaki dihalang, dilarang dan digam stesen tv jika berambut panjang sebaliknya kebebasan mutlak bagi artis wanita untuk menayang paha gebu, ketiak hitam dan lurah dendam!
Majalah ini selayaknya diubah nama kepada majalah PLAYBOY Malaysia!
Atau, ini agaknya persediaan jangka panjang pihak berkepentingan tertentu sebagai PENDIDIKAN SEKS di sekolah!
|