CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2013|Reply: 12

Guna Lampu Tinggi, Pemandu Dipaksa Tenung Lampu Kereta

[Copy link]
Post time 3-11-2016 03:14 PM | Show all posts |Read mode

MUNGKIN peraturan seperti ini sesuai dilaksanakan di negara kita, iaitu kepada mereka yang suka menggunakan lampu suluh tinggi secara sembarangan.


Undang-undang di selatan China menetapkan, mereka yang menggunakannya secara suka-suka dikenakan hukuman iaitu merenung ke arah lampu itu selama seminit.

Selain itu, pesalah juga diarahkan membayar denda sebanyak 300 yuan (kira-kira RM185). Peraturan itu dilaksanakan oleh polis di Shenzhen mulai 1 November lalu .

Selain hukuman berkenaan, pesalah juga perlu membaca ikrar untuk hanya menggunakan lampu suluh tinggi apabila diperlukan sahaja.

Gambar-gambar hukuman berkenaan telah dimuat naik menerusi platform media sosial China, Weibo oleh polis trafik di wilayah berkenaan.

Entri berkenaan mendapat pujian ramai dengan lebih 100,000 orang berkongsi hukuman berkenaan menerusi media sosial.

“Saya memang benci orang yang menggunakan lampu suluh tinggi ini. Ia menyebabkan saya sukar untuk menggunakan laluan pejalan kaki.

“Ia sepatutnya dilaksanakan di seluruh negara.

“Tempoh seminit tidak mencukupi,” demikian antara komen-komen yang diterima oleh polis susulan pelaksanaan hukuman berkenaan. – MYNEWSHUB.CC



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2016 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Padanla dgn muka
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus..yang guna lampu led ke hd ape ntah pun patut tenung lmpu keta theyol
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 04:04 PM | Show all posts
Biar dia tahu mcmana silaunya mata org yg tgok lampu kete dia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 04:20 PM | Show all posts
rasakannnn
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 04:40 PM | Show all posts
Kan dah mendapat, kat Malaysia pun patut ada denda sebegini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2016 05:35 PM | Show all posts
bagus, sepatutnya dilaksanakan diMalaysia
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong la buat undang2 ni kat Malaysia pleaseeeee... Banyak dah syaiton jenis ni kat malaysia :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2016 09:22 AM | Show all posts
elok la buat camni kat Msia...bnyk pemandu mental skrg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 10:50 AM | Show all posts
bagusnya..mohon apply hukuman ni kat pemandu mesia yg suka2 nak guna lampu tggi
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 11:31 AM | Show all posts
berpinau mata hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 01:18 PM | Show all posts
bagus juga.  tapi nnt permanent buta lagu mana?  
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
a very good idea. patut buat kat malaysia ni. buat pening kepala je kena hadap lampu tinggi depa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.505079 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list