Anda suka memakai minyak wangi? Siapa yang tak sukakan bau pada minyak wangi, bukan? Tapi, awas ya! Nak pakai minyak wangi ni ada caranya, dan sedar atau tidak anda mungkin melakukan kesalahan ketika menyembur minyak wangi.
1. Menggosok Minyak Wangi Selepas Disembur
Bagi minyak wangi jenis semburan, jangan digosok minyak wangi itu selepas disembur kerana molekul minyak wangi akan pecah seterusnya menyebabkan bau minyak wangi menjadi kurang tahan lama.
2. Simpan Minyak Wangi Di Tempat Terlalu Panas Atau Sejuk
Anda terfikir mengapa minyak wangi anda tak menghasilkan bau yang maksima dan tidak tahan lama. Sebabnya, mungkin anda menyimpan minyak wangi di tempat yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu panas.
Sebaliknya, letakkan minyak wangi anda di tempat gelap bersuhu bilik yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi minyak wangi itu.
3. Sembur Minyak Wangi Pada Kulit Kering
Keadaan kulit lembap akan membuat keharuman minyak wangi tahan lebih lama. Jadi, sapukan losyen pada tubuh anda sebelum mengenakan minyak wangi.
Ataupun, anda boleh sapukan Vaseline pada permukaan kulit sebelum mengenakan minyak wangi. Campuran kedua-dua bahan ini akan membuat minyak wangi anda tahan lebih lama.
Sumber foto: http://www.purewow.com
4. Pakai lebih daripada satu minyak wangi pada masa sama
Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian bau tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih dari satu pada masa sama, ia akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.
Sumber foto: Carian Google
Oleh itu, elakkan daripada mengenakan lebih daripada satu jenis minyak wangi pada masa sama kerana ia menjejas keharmonian bau. Minyak wangi berkesan pada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, 7 tempat ini sangat sesuai untuk dikenakan minyak wangi:
1. Belakang telinga
2. Nadi pada sendi tangan
3. Siku
4. Ruang bawah dada
5. Celah paha
6. Belakang lutut
7. Pergelangan kaki
Sekarang, anda dah tahu bagaimana cara betul untuk memakai minyak wangi. Bagaimana, mahu tukar cara pemakaian minyak wangi anda? - CARI |