|
Wow, jarang rasanya mendengar resipi kerabu ikan bilis. Yalah, ikan bilis sering dijadikan sambal tumis mahupun rencah dalam masakan.
Namun, sebagai bahan utama lebih-lebih lagi kerabu, adalah satu menu yang tak harus dilepaskan.
Rasa kerabu sayuran ditambah lemak masin ikan bilis menjadikan menu ini bukan sahaja memikat selera malah ekspress pula penyediaannya. Memang berbaloi dan harus dicuba ya nanti!
Foto: Atie Jumaat
Bahan-bahan:
Ikan bilis goreng 1 mangkuk
Bahan Hiris Halus:
Bunga kantan 1 kuntum
Serai 1 batang
Daun ketumbar 1 pokok
Daun limau purut 3 helai
Bawang Holland 1 biji
Cili padi 5 tangkai
Bahan Perasa:
Limau kasturi 8 biji (perah)
Gula perang 2sb
Sos ikan 2sb
Cara-cara penyediaan:
1. Campur bahan perasa. Kacau sampai gula cair.
2. Masukkan bahan hirisan. Gaul sampai semua mesra.
3. Akhir sekali masukkan ikan bilis. Gaul sebati. - CARI
Kredit: Atie Jumaat |
|