View: 12977|Reply: 16
|
Rahsia gigitan Pengkid
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Puluhan ‘gigitan cinta’ membaluti tubuh gebu si isteri membongkar hubungan gelapnya dengan seorang pengkid yang juga rakan sekerja sejak beberapa bulan lalu.
Pengkid ialah golongan gadis yang menganggap diri mereka lelaki dan hanya tertarik kepada perempuan.
Rahsia wanita beranak dua berusia lingkungan 20-an itu diketahui selepas suaminya menjumpai cakera padat video (VCD) yang merakamkan aksi ghairah isterinya dan pengkid terbabit di beberapa tempat di ibu kota, termasuk di rumahnya di sini.
Rakaman itu dipercayai dilakukan sendiri ‘teman lelaki’ isteri terbabit yang dikatakan menghadiahkannya bagi memperingati hubungan intim mereka.
Malah, aksi pasangan haram itu turut memaparkan beberapa gambar mereka meraikan ‘bulan madu’ pertama di sebuah lokasi rahsia, termasuk melakukan hubungan tidak sihat.
Tidak ketinggalan beberapa kata cinta seorang kekasih terhadap pasangannya seperti ‘dapat hidup bersama tersayang’ dan ‘berdoa supaya dapat berdua sehingga ke akhir hayat’ juga memenuhi rakaman dalam VCD berkenaan.
Disebabkan tidak tahan dengan perangai isterinya, lelaki berusia lingkungan 40-an terbabit membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya mengambil tindakan sewajarnya.
Menurut sumber Jais, lelaki itu mulanya tidak mengesyaki kegiatan isterinya yang sering bekerja di luar kawasan bersama rakan sekerja terbabit.
Bagaimanapun, kegiatan terbabit terbongkar apabila suaminya ternampak puluhan ‘gigitan cinta’ pada tubuh isteri selepas pulang bertugas.
Dia juga tidak menyangka rakan sekerja itu tempat isterinya untuk melepaskan hawa nafsu.
“Walaupun isterinya menafikan melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pengkid terbabit yang dikatakan hidup mewah, kesan pada tubuh membuatkan suaminya curiga.
“Kecurigaan itu terjawab apabila VCD yang memaparkan aksi intim dan ghairah pasangan itu dijumpai suaminya yang kemudian terkejut dengan kandungan rakaman terbabit,” katanya.
“Saya difahamkan VCD itu yang disembunyikan adalah hadiah istimewa daripada pasangan pengkidnya,” katanya.
Sumber itu berkata, ada babak dalam rakaman VCD itu dilakukan di rumah wanita itu sendiri selain di rumah pasangannya yang dipercayai menyewa di sekitar Lembah Klang.
Menurutnya, lelaki terbabit yang mendakwa isterinya seorang wanita yang baik percaya dalang sebenar adalah pengkid itu.
Pengkid itu juga didakwa mempengaruhi isterinya supaya menghadiahkan pelbagai barangan berharga, termasuk barang kemas dan kelengkapan kosmetik.
“Lelaki itu juga mendakwa tidak mempunyai krisis yang serius dalam rumah tangganya tetapi terkejut dengan perubahan ketara isterinya.
“Malah, dia mendakwa isterinya masih balik ke rumah walaupun mereka tidak serapat seperti sebelum berkahwin,” katanya.
Sumber itu juga percaya wanita berkenaan sering menceritakan masalah rumah tangganya kepada pengkid terbabit menyebabkan hubungan mereka semakin rapat hingga sanggup melakukan kegiatan tidak bermoral.
Menurutnya, lelaki terbabit membuat aduan kepada Jais bagi membolehkan kegiatan pasangan haram itu ditangani segera berikutan boleh merosakkan rumah tangga dan kehidupan anak pasangan berkenaan.
“Saya difahamkan, kami masih meneliti masalah yang dibangkitkan lelaki itu, termasuk mengambil kira masalah rumah tangga dan sikap pengkid itu,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ja komen komen pasai pengkid tadi   |
|
|
|
|
|
|
|
dapat bini lesbo,,adoyaaiiii... |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 13-10-2017 08:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
persoalan i, pengkid pakai bengkung ke ketika berhubungan intim? |
|
|
|
|
|
|
|
eeeeeeuuuuuuwwwww
dah ada suami masih nak berlesbo?
|
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm   |
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- replied at 16-10-2017 04:17 PM
hahahaha nak gak taw
Honestly i terfikir bab tu.. So i sangat curious.. Kalau ada pengkid dalam ni tolong lah jawap.. |
|
|
|
|
|
|
|
xde nya pengkid nk lyn forum sis 
|
|
|
|
|
|
|
|
alah, kalau macam tu, berlegar2 la persoalan ni di benak i...
|
|
|
|
|
|
|
|
minguk replied at 17-10-2017 01:10 PM
alah, kalau macam tu, berlegar2 la persoalan ni di benak i...
Try la tnye pengkid nnt...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
you tanya la.. i takde dah kawan pengkid |
|
|
|
|
|
|
|
yang iols tahu ... pengkid mmg sgt2 memahami dan concern and caring yg buatkan kita rasa suka sgt ber BFF ngn dia.. then slowly dia akan control your life and kalo boleh nak 24-7 dgn u je... diorg sanggup berhabis duit laa utk pikat the girl, offer gi travel, beli barang2 branded and everything.. then dia akan start open up about their status and sexual orientation... once dah tahap ni, even blom sex ke ape, nak lepas dari diorang mmg susah, mmg gaduh2 tahap meroyan laaa... i experienced this once... silap i sbb being too friendly and cepat rasa kesian dengan segala luahan perasaan dia yg ada "prob" laa sgt tuuuu.. ewww... tp bila i menjauhkan diri mmg giler laa dia meroyan OMG... sampai tahap i kena tukar kerja sbb kena stalk and serang..
kena goda dengan lesbians at the gym pun dah few times.. dah laa body diorang hot2 sgt, and beautiful, pandai dress up... huhuhuhuhu... jenis mcm ni mcm open2 sikit so kalu kita reject ke ape diorang okay je... cuma kena tahan laa sikit bila kena raba part boobs and butt.. hahahhahah |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 21-10-2017 02:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
green~tea replied at 19-10-2017 09:26 PM
yang iols tahu ... pengkid mmg sgt2 memahami dan concern and caring yg buatkan kita rasa suka sgt be ...
Oiuuushh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun byk kali dikecewakan lelaki, belum pernah terlintas nak cari pengkid. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|