CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 12

Official MV Comel Pipi Merah

[Copy link]
Post time 4-3-2018 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by just_fighter at 31-3-2018 02:43 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2018 11:23 AM | Show all posts
'Comel Pipi Merah' milik Siti Nurhaliza bakal ceriakan bulan Mac
Rahimah Abdullah, Astro Awani | Mac 03, 2018 19:29 MYT




Sedutan rakaman video lagu Comel Pipi Merah dimuat naik Pengurusnya, Rozi Abdul Razak di intagram miliknya. - Foto Instagram/@ctdk

KUALA LUMPUR: Mac pastinya bulan yang ditunggu-tunggu peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dijangka melahirkan seorang bayi perempuan.

Malah, seperti yang dijanjikan lagu terbaharu ciptaan penyanyi nombor satu negara itu juga boleh dilanggani di semua platform digital dan streaming bermula Isnin ini.


Sedutan rakaman video lagu ‘Comel Pipi Merah’ dimuat naik Pengurusnya, Rozi Abdul Razak di instagram miliknya.

"Bagi meraikan Mac, bermula 5 Mac 2018, Isnin ini, jangan lupa langgani dan dapatkan lagu terbaru @ctdk yang dicipta sendiri oleh beliau dan lirik @rozisangdewi berjudul ‘ Comel Pipi Merah’ di semua platform digital/streaming," kata Rozi.

Lagu istimewa itu dirakamkan Siti Nurhaliza semasa dia hamil tujuh bulan.




Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 09:50 AM | Show all posts
due date siti ni bila...?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 04:57 PM | Show all posts
dengar kat spotify uols...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 04:59 PM | Show all posts
iols mmg xzabarrrrrrr nak tunggu anak tokti
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Caesar jugop katanya di bharian online tadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2018 08:50 PM | Show all posts
nadna replied at 5-3-2018 07:04 PM
Caesar jugop katanya di bharian online tadi

kezutt iols ingatkan sheols dah beranak tadi tq info sis...

nah iols tolong tepekkan berita dari BH Online yach...

Siti bakal lahir anak secara pembedahanOleh: Farihad Shalla Mahmud

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, memilih untuk melahirkan bayi sulungnya dalam tempoh dua minggu lagi menerusi pembedahan Caesarean.

Mengakui berdebar menantikan saat itu, Siti, 39, berkata pemilihan kaedah bersalin secara pembedahan juga dibuat atas nasihat pakar perbidanan yang merawatnya.

"Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah 'In Vitro Fertilization (IVF)' biasanya dilahirkan secara pembedahan.

"Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan," katanya kepada BH Online.

Ditanya mengenai persiapan menyambut si kecil, penyanyi yang baru saja muncul dengan single Comel Pipi Merah ini berkata, segala-galanya sudah tersedia.

Ketika ini, jelasnya, beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, hanya membilang hari menantikan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

"Suamilah insan paling teruja membuat persediaan, terutama dari segi hiasan bilik bayi. Lif pun sudah siap dan ia dibina bukanlah bagi kegunaan Siti saja, tetapi untuk orang lain juga seperti ibu serta ibu mentua," katanya.

Mengulas kemunculan single terbarunya pula, pemenang Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular BH 2011 ini berkata, Mac dipilih sebagai detik pelancaran lagu berkenaan sejajar dengan tarikh beliau bakal bergelar ibu.

"Sekurang-kurangnya, ada juga kenangan untuk Siti dan bayi pada kemudian hari. Ia juga ibarat serampang dua mata kerana lagu berkenaan diharap dapat mengubat rindu peminat sepanjang tempoh Siti berpantang nanti," katanya.

Lagu ciptaan Siti dan lirik oleh Rozi Sangdewi itu juga boleh didapati di semua platform digital mulai hari ini.












Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 5-3-2018 08:50 PM
kezutt iols ingatkan sheols dah beranak tadi  tq info sis...

nah iols tolong tepekkan b ...

Hahahaha maaf tak habis tulis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bile due tok ti ni? Lama plak tggu rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 02:55 PM | Show all posts
danieladam replied at 15-3-2018 01:12 AM
Bile due tok ti ni? Lama plak tggu rasanya

mungkin dh book date 180318 kot

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 08:57 AM | Show all posts
kt Oh! media kata CT dh delivered baby 8.17pg td..
xpndai nk tepek
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 02:29 PM | Show all posts
Edited by Alegria6 at 8-5-2019 02:13 PM

Nah, plak tua itu sangat hebat dqfansurvey.com
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 02:30 PM | Show all posts
Nah, plak tua itu sangat hebat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.335800 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list