View: 3948|Reply: 6
|
Berbuka Dengan Daging Goreng Serai, Mantap Dan Kaya Dengan Rasa
[Copy link]
|
|
Dah lama rasanya tak masak daging. Apa kata waktu berbuka esok anda hidangkan daging goreng serai untuk keluarga tercinta.
Mudah sahaja, jom ikuti langkah-langkah memasak seperti di bawah:
Pertama sekali anda perlu kumpulkan bahan-bahan berikut:
Foto: Facebook Rasa
Bahan-bahan:
250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis
1 biji bawang besar| dihiris bulat
3 ulas bawang putih |dicincang
2cm halia | dihiris memanjang
3 batang serai| dihiris serong
1 biji cili merah| dihiris memanjang
½ biji cili benggala | dihiris memanjang
Sedikit hirisan lobak merah
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Cara-Cara:
1.Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan merah hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai, kacau hingga serai kekuningan.
3. Masukkan pula hirisan daging, kacaul lebih kurang 2-3 minit.
Foto: Facebook Rasa
4. Masukkan sos cili, sos tiram, tomato, garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan hirisan lobak merah, cili merah dan cili benggala.
6. Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.
Mudah dan cepat kan? Resipi yang cepat seperti ini membolehkan anda masak menu lain sebagai pelengkap juadah berbuka anda.
Selamat berbuka! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sedap. Resepi my mil more or less lebih kurang sama. Fav cik suami. |
|
|
|
|
|
|
|
Adik beradik daging masak halia. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam daging paprik pun ada, must try! SImple tapi menyelerakan |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|