CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6397|Reply: 12

Tak Sah Jika Tak Jejak Kaki Ke 4 Lokasi Ini Di Phuket

[Copy link]
Post time 22-6-2018 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Bila bercakap tentang negara yang mempunyai laut-laut atau pantai yang cantik dan indah, sudah pasti negara Tailand termasuk antara negara yang kaya dengan laut dan pantai yang cantik dan terkenal di dunia.




Sebab itu Thailand seringkali menjadi destinasi yang dikunjungi oleh para pelancong bukan sahaja dari negara sekitarnya, malah pelancong dari seluruh Asia Tenggara dan Eropah juga bertandang ke Thailand untuk bercuti.

Di Thailand, Phuket merupakan pulau terbesar dan juga mempunyai pulau-pulau kecil di sekitarnya. Phuket menjadi tarikan kepada kebanyakan pelancong kerana di sini mempunyai laut dan pantai yang sangat indah dan cantik.

Jom ikuti senarai laut yang indah dan cantik yang terdapat di Phuket Thailand.

James Bond Island


Foto: CBSTravelAsia




James Bond Island terletak di kawasan Taman Nasional Teluk Phang Nga, yang merupakan lokasi penggambaran filem James Bond 1974 yang dibintangi oleh Roger Moore, Man dan Golden Gun.

Foto: Google




Di sini, terdapatnya lokasi-lokasi yang cantik yang anda boleh ambil gambar sebagai kenang-kenangan ketika bercuti di Phuket. Keindahan lautnya membuatkan pulau ini mampu menarik pelancong yang ramai tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Aktiviti menaiki speedboat merentasi pulau adalah aktiviti yang sangat menarik dan popular di sini.

Similan Island



Foto: EasyDayPhuket




Similan merupakan salah satu kepulauan yang ada di Phuket. Memiliki sembilan pulau, Similan menyimpan keindahan bawah laut yang menakjubkan. Menyelam di sini akan membuatkan percutian anda semakin menarik. Selain itu, keindahan di setiap pulaunya juga membuat Similan menjadi destinasi pelancongan paling popular di Thailand.

Foto: SunriseDiversPhuket




Keindahan bawah laut Similan sendiri menarik banyak perhatian para penyelam di seluruh dunia. Tidak hairan jika anda bercuti di Similan, anda akan berjumpa banyak pelancong-pelancong asing.

Nai Harn Beach


Foto: Joeysantin




Pantai Nai Harn pasti memikat dek kerana suasananya yang nyaman. Dengan suhu sekitar 29 Darjah Celcius dan latar belakang pemandangan yang indah dan cantik pasti membuatkan anda yang datang kemari terpesona.


Foto: Thailang Island Guide



Pantai pasir putih yang sangat indah ini akan memanjakan mata kamu saat berada di pantai Nai Harn ini. Salah satu pantai yang benar-benar memikat para pengunjung untuk datang ke Phuket adalah pantai ini, karena keindahan lautnya yang mampu membuatkan anda ingin bersantai lama-lama di tepi pantai.

Phi Phi Island Ditutup

Selain tiga pantai ini, terdapat satu lagi pantai yang cantik di Phuket iaitu Phi Phi Island.

Foto: MyThailandTours




Pantai yang berada di antara tebing-tebing batu yang besar ini memiliki pemandangan dengan yang indah dan pesona yang berbeza dari pantai lainnya di Asia. Dengan pasir putih dan ombak yang sangat landai, anda boleh menikmati pantai ini dengan bebas tanpa risaukan keselamatan anda.

Tapi sayang, Phi Phi Island ditutup untuk para pengunjung. Metik dari Astroawani online, pihak berkuasa Thailand mengarahkan pantai Maya Bay, di pulau Phi Phi yang terletak di Laut Andaman, ditutup sementara untuk empat bulan. Arahan dibuat bagi menghentikan pencemaran yang berpunca daripada pelancong. Penutupan ini bagi membolehkan pemulihan terumbu karang di pulau itu dan kehidupan laut.

Bagaimanapun, atas permintaan tinggi dari pelancong, pantai ini akan dibuka semula pada Oktober. Pantai ini menjadi tumpuan pelancong, sejak ia dipaparkan dalam filem 'The Beach' yang diarahkan Danny Boyle, berdasarkan novel tulisan Alex Garland. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kuat nau pengaruh hollywood.. dulu2 sebelum james bond dan the beach shooting di phang nga dengan maya bay.. tourist tak ramai mcm sekarang.. habis dah corals mati semua
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:17 AM | Show all posts
Kalau nak pergi laut PLEASE elakkan musim hujan. Bahaya sgt sbb laut bergelora
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 04:23 PM | Show all posts
overrated lah ini semua pulau

katanya mayton island best tapi mahai bebeno
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 01:37 PM | Show all posts
bottombikini replied at 25-6-2018 04:23 PM
overrated lah ini semua pulau

katanya mayton island best tapi mahai bebeno

akak setuju jah ...mmg overrated pun
mmg la pulau2 ni sume cantik2
tp bila diving, nan hadoo jah
cantik lagi marine park kat redang, perhentian and tioman

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 04:39 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-6-2018 01:37 PM
akak setuju jah ...mmg overrated pun
mmg la pulau2 ni sume cantik2
tp bila diving, nan hadoo ja ...

setuju kaka
kita punya redang lagi awesome underwaternya

aihhh..tetiba rasa nak meredang


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2018 04:49 PM | Show all posts
bottombikini replied at 27-6-2018 04:39 PM
setuju kaka
kita punya redang lagi awesome underwaternya

iya sis
akak mmg diving...so bila citer kat kawan akak yg baru belajar nak amik lesen padi, tak abih2 sheols cakap thailand lagi lawa bagai
akak senyum sinis jah pd sheols sbb ko tu dah la baru lagi nak blajar menyelam......pi la selam sana sini dulu lps tu baru ko bleh appreciate marine park kat msia ni


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 04:50 PM | Show all posts
betul la tu.. snorkeling kt redang lg cantik berbanding di krabi.. keruhhhh ja air kt krabi tu.. sekor ikan pun xnampak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2018 05:20 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-6-2018 01:37 PM
akak setuju jah ...mmg overrated pun
mmg la pulau2 ni sume cantik2
tp bila diving, nan hadoo ja ...

betul sgt tu kak. Aku senyum sinis je bila ada yg kata thailand lg lawa pulau2 dr kat Msia. Adik aku 2 org diver. Semua tempat derang dah diving. So phuket krabi tu nan hado bg derang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 05:52 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 19-7-2018 05:20 PM
betul sgt tu kak. Aku senyum sinis je bila ada yg kata thailand lg lawa pulau2 dr kat Msia. Adik a ...

Betul tu tak menarik untuk divers, pulau2 belah Malaysia dan Indonesia lebih cantik.  Yang ramai omputeh tu sebab mereka bebas melayan sand n sun, cheap food dan entertainment je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 05:56 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 19-7-2018 05:52 PM
Betul tu tak menarik untuk divers, pulau2 belah Malaysia dan Indonesia lebih cantik.  Yang ramai o ...

omputeh mmg suka siam psl cheap booze and girls. Tp in terms or pulau2 yg cantik, Msia dgn Indonesia lg cantik. Pilipin yg aku menyampah tu pun lbh cantik pulau2 nya dr siam bila tgk video dan gambar2 adik aku bg tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 05:58 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 19-7-2018 05:56 PM
omputeh mmg suka siam psl cheap booze and girls. Tp in terms or pulau2 yg cantik, Msia dgn Indones ...

Phillipines pun not bad nak2 kalau belah2 Palawan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Info yang sangat berguna sebab akak nak ke sana nanti jadi jalan2 di darat sajalah kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.066286 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list