View: 5440|Reply: 8
|
Rare! Kesedapan Steamboat Coklat Hanya Di Cameron Highland
[Copy link]
|
|
Kalau ke Cameron Highland, tak sah andai tidak menikmati buah strawbery dan coklat di sana. Jadi, kepada anda yang menjejakkan kaki ke sini, jangan lupa untuk singgah di Agro Highland Cafe untuk menjamu selera.
Menu-menu menarik yang disediakan yang kebanyakannya berasaskan strawberry semestinya bakat membuat anda begitu teruja untuk mencubanya. Tapi, tunggu. Ada lagi yang istimewa di sini.
Terbaru, kafe ini memperkenalkan Steamboat Coklat kepada pelanggan-pelanggannya. Sebenarnya steamboat coklat ini adalah hidangan yang mengandungi biskut-biskut, aiskrim, strawberry dan dituang dengan kuah coklat yang sangat banyak.
Selain tu ada juga menu lain seperti Grilled Chicken, Lamb Chop, Nasi Lemak Ayam Bakar, Mee Udang Galah dan juga Steamboat!
Wow! Macam best bila dengar menu-menu yang ada di sini kan?
Sempena memperkenalkan menu steamboat coklat terbaru, sesiapa yang mencuba menu ini, anda berpeluang untuk makan free Wafer Coklat Leleh dengan setiap pembelian satu set steamboat coklat. Memang berbaloi!
Untuk ke kafe ini, jangan risau waze atau google maps sahaja Agro Highland Cafe, memang akan sampai di sini. Kelebihan kafe ini antaranya ialah:
1. Tempat parking luas dan selesa.
2. Kafe berkonsepkan dalam taman.
3. Terdapat mini zoo. Jadi, sambil tunggu order sampai, anak-anak boleh melihat haiwan-haiwan yang ada di situ.
4. Boleh petik stawbery sekali.
Jadi, jika anda ke Cameron, jangan lupa untuk singgah di cafe ini. - CARI
Kredit foto: CUTI-CUTI KAKI TRAVEL!!!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baru sbtu lepas.
Kat kedi biasa petik sdiri tu nk ratah strawberi coklat palg byk pun mampu telan 5 biji je sebelum muak. Kosser nk steamboat bagai |
|
|
|
|
|
|
|
I je ke yang rasa makanan dalam gambar2 ni nampak biasa2 je? |
|
|
|
|
|
|
|
Stimboat tu buat je kat umah, bleh melantak puas |
|
|
|
|
|
|
|
biasa2 je tp konsep yg disampaikan tu berbeza so maybe mula2 ramai dtg lps tu pengunjung yg dtg pun biasa2 jah bilangannya; sekadar dtg ambik nama "ak dh pegi siap selfie n upload gmbr kat insta" then hidup berlalu gtu je la. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh try nti klu pi sane. agak2 jem lg tak skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa macam nak p cameron la la ni jugak |
|
|
|
|
|
|
|
bole kencing manis darah tinggi ni hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya desserts...penghilang stress tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|