CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4448|Reply: 7

Hitam Menawan, Hanya Di Kelantan Boleh Merasa Burger Kuba Guling

[Copy link]
Post time 15-8-2018 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Anda mesti pernah dengar nama kuih Kuba Guling yang pernah viral tak lama dahulu.


Kini ada pula burger yang dinamakan Burger Kuba Guling yang dijual di Tumpat,Kelantan.


Foto:Facebook


Menurut pengusaha burger ini, Mohd Azizi Ibrahim, pada mulanya burgernya tidak diberi nama lagi.


Kemudian disebabkan rupa burger ini mirip kuih viral itu, ia mula digelar Burger Kuba Guling oleh pelanggannya.


Kebetulan tepung yang digunakan untuk membuat roti burger sama dengan tepung yang digunakan untuk membuat kuih Kuba Guling.


Foto:Facebook


Menurutnya lagi dia memilih roti berwarna hitam kerana kelihatan eksklusif dan mahal.


Manakala daging lembu dan daging ayam dikisar sendiri kemudian diperap menggunakan jintan, kunyit dan beberapa ramuan rahsia lain kemudian baru dibakar.


Foto:Facebook


Saiz burger Kuba Guling ialah enam inci dan beratnya kira-kira 300gm dan ia boleh dimakan bersama dua orang. Burger Kuba Guling dijual dengan harga RM10 sebiji.


Sebanyak kira-kira 200 biji burger berjaya dijual dalam sehari! Menurut pemiliknya, dia ingin membuka cawangan lain di masa akan datang.


Foto:Facebook


Buat masa ini hanya ada di Kelantan, jomlah ke sana!


Lokasi: Berhadapan Bayan Residency, Jalan Damai Bayan, Cherang, Tumpat, Kelantan


Waktu Operasi: 5 petang hingga 12 malam


Hubungi: 014-3769347 -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamo dh ado wei..
Dedolu masa memula iols nak.makan..husband iols.order burger ni...iols.peliks..
Terbayang ada arang kat gigi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 03:42 PM | Show all posts
ade je org lain buat burger hitam gini. bukan yg ni first. just luck di ala sb buh nama kuba guling.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 04:28 PM | Show all posts
hitam itu menawan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 2014 masa keja kt area ss15 subang jaya ada sebuah kedai kt situ jual burger roti hitam sejibik cm nie la..nama kedai x ingt..tmpt ank org ado2 lepak mkn sana...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89: ade je org lain buat burger hitam gini. bukan yg ni first. just luck di ala sb buh nama kuba guling.


kan lama dh ada mcmni..kt cyberjaya kedai burger lab mmg hitam cmni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 07:46 AM | Show all posts
KOREAN BURGER YG KT MEKDI PUN HITAM JUGAK KAN DIA PUNYA ROTI?? WELL, NANTI BALIK NK TRY LA..SBB DAH DKAT SGT DENGAN RUMAH YG IOLSS BELI,,,
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048881 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list