View: 5056|Reply: 1
|
Menjelajah Danau Toba, Tasik Gunung Berapi Terbesar Di Dunia!
[Copy link]
|
|
Awal bulan ini, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mengumumkan laluan baru penerbangan Kuala-Lumpur ke Lapangan Terbang Silangit, yang terletak hanya beberapa minit dari Danau Toba.
Sebelum ini, pelancong perlu mendarat di Lapangan terbang Kuala Namu Medan disusuli dengan perjalanan darat selama empat jam ke Parapat, pelabuhan feri Danau Toba.
Pada tahun 1980an dan awal 1990an, Danau Toba ialah salah satu pusat pelancongan utama Indonesia sebelum dipintas oleh pulau Bali. Kawasan ini popular di kalangan pasangan Malaysia yang ingin berbulan madu.
Pada awal tahun 2016, Presiden Indonesia, Jokowi telah mengumumkan beberapa program utama untuk mengembalikan kegemilangan Danau Toba termasuk menaik taraf lapangan terbangnya.
Apa yang ada di Danau Toba sebenarnya? Berikut beberapa aktiviti dan tempat menarik boleh anda lakukan di Danau Toba berdasarkan pengalaman penulis melawat sebanyak 3 kali.
1. Belayar Mengelilingi Pulau Samosir
Kredit Foto: Trubun Manado
Dengan panjang 100 kilometer (km) dan lebar 30 km, Danau Toba merupakan tasik terbesar di Indonesia dan tasik gunung berapi terbesar di dunia.
Mengelilingi Danau Toba dengan bot menyajikan pemandangan indah dengan air tasik kebiruan dan kehijauan gunung-ganangnya yang sayup mata memandang. Apa lagi jika aktiviti ini dilakukan ketika matahari terbenam, memang indah!
2. Melawat Kampung Batak di Ambarita
Kredit Foto: Blog Dolan Dolen
Majoriti penduduk Pulau Samosir adalah dari suku kaum Batak yang kaya dengan sejarah dan budaya. Jika berkunjung ke perkampungan Batak di Ambarita, anda akan melihat binaan lama dan kursi persidangan.
Menurut cerita orang tempatan, pada zaman dahulunya pesalah yang dijatuhi hukuman adat akan dipenggal di sini dan jika kesalahan berat (contohnya mengkhianati raja), maka mayatnya akan dimakan!
3. Melihat Tarian Tradisi Sigale-gale
Kredit Foto: Sumber.com
Sigale-gale adalah tarian menggunakan patung kayu yang dahulunya dipersembahkan oleh suku Batak sebagai salah satu ritual ketika upacara pengebumian. Bagaimanapun, kini tarian ini dipersembahkan kepada pelancong sebagai hiburan sahaja.
4. Membeli Ulos dan Cenderamata di Tomok
Kredit Foto: Waterfalls.com
Jika ingin membeli cenderamata, carilah di Tomok. Selain kemeja T, gantungan kunci atau kain batik, anda boleh membeli Ulos iaitu kain tenunan tradisi suku Batak yang digunakan dalam banyak majlis keramaian. Tetapi, anda perlulah mendapatkan maklumat mengenai tenunan tersebut kerana setiap motif dan jenis benang mempunyai signifikan tersendiri. Begitu juga cara pemakaiannya.
5. Mandi di Air Panas Pengururan
Kredit Foto: Tripelaketoba
Aek Rangat, sebuah destinasi yang terletak di Daerah Pangururan, Pulau Samosir memiliki beberapa buah kolam air panas (hot spring) kerana terletak di lereng gunung berapi Pusuk Buhit yang masih aktif. Anda boleh mencuba mandi di beberapa kolam yang dibenarkan.
Tidak hanya pesona air panasnya, lokasi indah sekitar tempat ini sering menjadi tempat pengunjung untuk bergambar pra-perkahwinan kerana pemandangan uniknya.
6. Mencuba Rasa Udang Galah dan Ikan Air Tawar
Kredit Foto: Medan Bisnis
Di sepanjang jalan sekitar perkampungan Tuk-Tuk terdapat banyak restoran yang menawarkan makanan air tawar. Pilihan penulis jatuh kepada udang galah.
Udang galah yang ditangkap dari Danau Toba sendiri dijual dengan harga terjangkau sekitar Rp150 ribu (RM45) sekilogram. Tidak puas dengan itu, ada juga ikan air tawar yang sememangnya lazat dan segar.
7. Swafoto di Simarjarunjung
Kredit Foto: Explore Wisata
Jangan lupa mengunjungi Jalan Simarjarunjung, jalan sepanjang tebing dan bukit di sekeliling Danau Toba. Dengan pemandangan indah menghadap tasik, penduduk setempat telah mendirikan pelbagai binaan unik untuk anda berswafoto.
Dengan hanya Rp5000 seorang, anda boleh bergambar di atas pohon, gerbang, ayunan dan banyak lagi struktur unik. Tidak hairanlah tempai ini tular pada tahun 2017.
8. Menjejak Air Terjun Sipiso-piso
Kredit Foto: Panduan Wisata
Dengan ketinggian 120 meter, Sipiso-piso adalah salah satu air terjun tertinggi di Indonesia. Terletak di Daerah Karo (dalam perjalanan ke Berastagi), air terjun ini kelihatan sangat mempesonakan dikelilingi hutan pain.
Jika anda ada masa, cubalah menuruni denai sehingga ke dasar air terjun. Walaupun memakan masa lebih satu jam, pemandangan yang sangat indah akan menghilangkan rasa penat anda serta-merta!
Jadi apa lagi? Ambillah peluang tambang rendah AirAsia ke Danau Toba sementara promosi masih ada! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
TIPS MENCARI PAKEJ MURAH & SEWA KERETA ;
MEDAN / DANAU TOBA / INDONESIA
JANGAN TERGODA HARGA MURAH … !!!
 PLEASE MAKE SURE SYARIKAT TEMPAHAN PAKEJ TOUR / SEWA KERETA
 PLEASE MAKE SURE ADDRESS AGENCY PELANCONGAN
 PLEASE MAKE SURE TALIAN TELEPHONE AND FAX MAIL
 PLEASE ASK FOR SYARIKAT PERMIT NUMBER / LICENSED NUMBER
 PLEASE ASK FOR TAX NUMBER
 PLEASE ASK FOR INSURANCE KERETA ( KALAU SEWA KERETA SAJA)
 PLEASE CHECK AND RECHECK IN GEOGLE SYARIKAT OFFICE
 PLEASE WRITE INTO THE GEOGLE COMPANY NAME. FOR EXAMPLE : TIARA TOURS INDONESIA
AT LEAST BUT NOT LAST , I WISH YOU WELCOME TO INDONESIA
HORAS .... !!! HORAS .... !!! HORAS .... !!!
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TAX NUMBER : 36 555 970 7 122 000
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : [email protected]
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
|
|
|
|
|
|
|
| |
|