Apakah cara terbaik untuk menikmati kopi? Sudah tentu 'black coffee'! Namun, jika anda tidak dapat menahan rasa kelat dan pahit buah kopi yang dikisar halus itu, anda mungkin mempertimbangkan cara lebih sihat untuk memaniskan minuman selain gula.
Kredit foto: Gala
Sebagai fakta, kopi dapat meningkatkan fokus dan merangsang aktiviti harian anda. Kopi juga mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan, namun jika anda menambah perasa tiruan dalam minuman, mungkin khasiatnya akan berubah.
Jom ketahui cara untuk 'memaniskan' kopi anda secara sihat.
1. MENTEGA
Kredit Foto : Google
Jika anda pernah makan pagi di gerai atau warung kopi, anda mesti pernah melihat pakcik-pakcik meletakkan mentega ke dalam kopi mereka. Mentega dalam kopi dapat meningkatkan metabolisma dan tenaga anda. Harus cuba!
2. SUSU BADAM
Kredit Foto: Google
Susu badam dikatakan mempunyai lebih kalsium dan kurang lemak berbanding susu lembu. Namun, jika anda tidak menggemari rasa lemak susu badam, anda juga boleh menggantikannya dengan susu kacang atau susu pisang.
3. KAYU MANIS
Kredit foto : Google
Kayu manis sering ditabur di atas kopi latte sebagai perhiasan, tapi tahukah anda menggantikan gula dengan kayu manis dapat meningkatkan metabolisma tubuh dan mengurangkan keradangan perut?
Namun, harus berhati hati dalam membeli, kerana mungkin anda tersalah beli jenis sebenar kayu manis ini!
4. SANTAN
Kredit Foto : Google
Alternatif lain untuk menggantikan kreamer adalah dengan menggunakan santan. Santan dikatakan mempunyai lemak sihat dan potassium.
5. STEVIA
Kredit Foto : Google
Stevia ini kelihatan seperti gula, namun rasanya lebih manis. Ia tidak mempunyai kalori dan pastikan anda ketahui amaun sebenar kerana stevia ini sangat manis, cukup hanya beberapa taburan dalam minuman.
6. KURMA
Kredit Foto: Google
Kurma dalam kopi? Jarang dengar, kan? Dikenali sebagai pemanis semula jadi, jangan pula anda letak sebiji buah kurma ke dalam kopi. Pes kurma sangat mudah dibuat sebelum dicampurkan ke dalam minuman. Hanya kisar buah kurma bersama sedikit air, siap!
7. COKLAT GELAP (DARK CHOCOLATE)
Kredit Foto : Google
Walaupun agak mahal, namun khasiatnya seiring dengan harganya. Hanya campurkan sedikit coklat gelap dalam kopi (selalunya untuk latte), ianya akan mencair dan memberi rasa serta aroma menyelerakan. Patut cuba!
8. MADU
Kredit Foto : Google
Selalunya madu sering dicampurkan ke dalam teh, tapi ianya boleh juga diletakkan di dalam kopi. Walaupun ianya manis dan berkerim, tapi madu lebih baik berbanding gula putih di pasaran kerana mempunyai antioksidan.
9. EKSTRAK VANILLA
Kredit Foto : Google
Anda harus cuba menambah ekstrak vanilla ke dalam kopi! Walaupun kurang memberi kesan manis dalam minuman, ianya boleh menghasilkan aroma dan rasa lebih kaya.
Penulis tak tahu nak jelaskan macam mana sebetulnya, tapi sememangnya anda harus cuba pemanis semula jadi berikut! - CARI
|