CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7998|Reply: 17

PENGALAMAN

[Copy link]
Post time 14-1-2019 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by runiadreamer at 14-1-2019 10:30 AM

  Assalamualaikum, aku baru lagi dekat forum ni, taktau pulak harini gateii sangat nak share pengalaman2 seram aku, takdelah banyak mana tapi sekadar nak tambah bacaan di forum ni, kalau tak best jangan marah Harap korang enjoyy...









BILIK OPAH
Aku, Ecah, dan Adah ialah saudara.Kejadian ni berlaku masa kitorang masih kecil dkat rumah opah.Kitorang bertiga suka main skali sampai riuh rumah opah... biasalah budak2 kan.. Tengahari tu kitorang main kejar2 sampai atuk marah sbb dia tk suka org bising bila dia tengok tv. Last2 kitorang main dalam bilik, main nak patung je pastu masak-masak. Dalam setengah jam main camtu kitorang nak kluar makan sbb opah panggil makan tapi masa akunak bukak pintu tu, pintu tu dia mcm terkunci dari luar walhal pintu tu jenis tombol tekan dari dalam masatu aku dah start pelik dah pahal ni.. aku try lagi still tak boleh jugak.. Ecah dan Adah pelik, lepastu kitorang bergilir2 sorang2 try bukak pintu.. tak boleh jugak.

    Kitorang pakat tarik sekali sudahnya, aku pegang tombol pintu, adah dan ecah pegang pinggang aku tarik sekali. First try tak boleh.. second try pon tak boleh..masakali ketiga aku tarik, pintu tu terbukak sikit tapi aku nampak tanganlain yang cuba kunci kitorang dalam tu seolah2 'dia' tarik dari luar.Tangan lain yg aku nampak tu tengkorak berjubah hitam. Aku tak perasan muka 'dia' sebab tk terfikir nak dongak tapi yg aku perasan badan 'dia' hitam mcm kosong and jubah dia koyak rabak, 'dia' seolah2 terapung, hanya nampak dia hulur tangan tulang dia yang panjang je. Aku terkejut terus lepaskan tombol pintu tu dan pintu tu terhempas kuat. Aku start menangis sbb terkejut sgt pastu Adah dan Ecah panik, tiba-tiba pintu bilik terbukak aku makin cuak..

   “Buat apa dalam bilik ni? Dah jom makan,” kata opah. Kitorang terus dapatkan opah pastu kluar dari bilik tu cepat2. Lepas makan aku tanya opah tok ke yg kunci kitorang?Opah cakap tok dah sejam tak balik dari surau. Aku diam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2019 10:19 AM | Show all posts
Edited by runiadreamer at 14-1-2019 10:23 AM

KASUT TERBANG
Kali ni sama jugak berlaku dkat rumah opah, aku, ecah dan adah petang tu buat keputusan nak main nyorok2 silap besar la masatu dah senja, orang tua2 kata main nyorok2 waktu senja kena sorok kan? Tapi aku pulak lain cerita dia, aku nampak kasut terbang.



Petang tu, Ecah jadi tukang cari. Aku dan Adah menyorok. Adah menyorok dalam bilik belakang, aku pulak ambil keputusan menyorok bawah meja makan besar dekat belah ruang tamu ( btw ruang tamu rumah atuk besar satu bahagian tv satu lagi meja makan besar yg selalunya guna utk hidang tetamu). Aku baring dkat kerusi bawah meja tu, tunggu punya tunggu aku pelik apehal ecah ni lama sangat tunggu punya tunggu lagi baru dia jumpa aku. Lepastu turn aku pulak cari, aku duduk je dkat belah ruang tamu sambil kira sampai 50. Masa tengah kira tu, mata aku terpandang laluan nak pergi dapur aku pun menung jela sambil kira



TIBA-TIBA ada satu kasut kecik macam kasut baby tercampak dari arah dapur. Aku mcm ohh opah la kot campak sebab opah kat dapur tgh memasak. Lepastu ada lagi satu kasut tercampak pulak (pasangan dia). Aku macam biar jela teruskan kira sampai habis. Masa dah stop kira tu tiba2 kasut tu terangkat balik  ke arah dapur. Macam mana dia kena campak tadi macam tu lah dia terangkat balik mcm rewind. Aku blur and terpegun kejap takde pulak rasa takut ke apa. Aku pergi dapur nak check balik ada kasut tu tak tapi TAK ADA. Aku baru start cuak, nak kata ada baby masalahnya opah tak jaga baby mana nak dtg kasut baby tu?!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 03:03 PM | Show all posts
nice....
want moreee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2019 10:42 AM | Show all posts
PANGGILAN


  Kawasan perumahan aku ada pasar malam setiap hari Ahad, petang tu macam biasa aku ajak kawan baik aku Min pergi pasar malam.



         "Weh min, pasar malam on?" tanya aku melalui telefon. " On je kau siap cepat aku ambil kau dulu pastu kita ajak Pineh sekali,". 5 minit kemudian, Min ambil aku dan kitorang pergi ke rumah Pineh pulak.



        "Pineh kau siap cepat, jom pergi pasar malam!!," laung Min, apa lagi kelam kabut la Pineh sebab kitorang tak contact dia dulu, silap kitorang gak sebab dia siap lama gila hampir ke Maghrib. Kitorang pon memboncenglah 3 orang pergi pasar malam, masatu azan pun sayup2 berkumandang.


  Sampai pasar malam, kitorang belilah apa yang patut dan aku pun beli barang yang mak aku pesan sekali. " Min, mak aku pesan beli minyak masak tadi tapi aku kedai runcit depan tu tak jual, kita tengok kedai kat Taman Mewah (taman sebelah) sat boleh tak?". Min pon mengangguk je dan kitorang pon pergilah ikut jalan belakang, jalan belakang ni kitorang kena turun bukit kecil untuk sampai kedai bawah.


     "Weh Min, kita ni bertiga, larat ke kau bawak naik nanti macam tak boleh naik je," kata Pineh. Aku pon iyakan, yelah dah la 3 orang bonceng moto,  moto pon kapcai biasa. " Alah kalau tak naik, naikkanlah jugak," kata Min tertawa kecil. Malangnya, minyak masak kat kedai bawah pon dah habis. Otw balik rumah, kitorang lalu ikut bukit tu lagi, kalini aku risau dan tertanya boleh ke naik ni?


      "Min, boleh ke ni??" tanya Pineh. "Boleh ni, kalau bukan aku bawak ada la orang lain nanti bawak sampai naik atas," kata Min dalam nada gurau. Aku dengan Pineh berpandangan. Min ni jenis mulut lepas kadang cakap lepas tak bertempat, dalam hati aku dah doa harap takde apa la sebab jalan belakang yang kitorang lalu ni keras skit. Masa otw naik atas, kitorang masing2 senyap. " Ha, kan aku dah kata ada orang lain bawakkan! Tengok elok je kita naik!" Aku pukul2 belakang Min, " Cakap tu jaga sikit ehh," kata aku dalam nada marah. Min tergelak dan hantar aku pulang dulu sebab rumah aku jauh sikit dari diorang berdua.


Balik tu, aku tolong mak aku masak, tetiba Min call tak henti2. Aku angkat call, baru nak tanya.." Bukak chat cepat!!" katanya dalam nada panik, aku cepat2 bukak group chat kitorang bertiga, penuh mesej dalam tu dan aku baca dari atas.


   * Situasi ni dari pandangan Min dan Pineh*

  Lepas aku hantar Nur, aku ambil keputusan ikut jalan tepi padang sbb jalan tu lagi dekat berbanding jalan lain. Tiba2 aku terdengar bunyi deringan phone, aku tengok phone aku masih dalam poket maknanya tu phone Pineh. Tiba2 Pineh bersuara, "Min, nape call aku? Kot ye pon rindu, aku kat belakang kau lagi ni,". Aku pelik, " Bila masa pulak aku call kau, kan aku tengah bawak moto ni?" tanyaku balik. Aku ambil keputusan berhenti tepi padang sekejap. Elok je berhenti phone Pineh pon berhenti bunyi tapi tak sampai seminit berbunyi lagi.


    " Nah tengok ni, kau yang call aku," tunjuk Pineh sambil halakan phone dia ke arah aku. Aku pandang Pineh, lepastu aku tunjuk yang phone aku masih berada dalam poket. "Maybe dia tertekan sendiri kot ," kataku sambil keluarkan phone dari dalam poket. Aku dan Pineh matikan telefon dan letakkan dalam raga moto, lagipun bateri tinggal nyawa2 ikan. Kitorang teruskan perjalanan tapi terasa lambat dan jauh pulak walhal takde la jauh mana, kalini aku dengar bunyi phone lagi dan aku kenal sangat bunyi tu bunyi phone aku, aku pon pandang arah ragadan nama Pineh terpampang sebagai pemanggil.



    " Pineh, awat call aku pulak adoii," kataku tergelak tapi Pineh senyap. Lama. Phone aku berbunyi dua kali dan dua kali nama Pineh. " Bila masa aku call? Lagipun, phone aku dekat raga tu ha," ujar Pineh tapi suaranya semakin perlahan. Kitorang berdua senyap, kali ketiga phone tu bunyi aku terus pecut dengan harapan janganlah benda tu munculkan diri. Lepas hantar Pineh balik, aku terus pecut balik rumah sambil baca ayat Kursi walaupun tak berapa betul sebab nervous sangat. Aku terus mandi dan solat maghrib. Usai solat maghrib, adikku datang ketuk pintu " Min, Pineh call," aku cuak tapi aku angkat jugak.



    "Kau okay ke?" tanya Pineh. Aku tarik nafas lega sambil tadah telinga kena bebel dengan Pineh.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2019 03:08 PM | Show all posts
JOM MAIN



  Kalini aku nak cerita pulak pengalaman aku pergi program perkhemahan peringkat kebangsaan di Kuantan, Pahang. Aku dan kawan aku Mai dari sekolah yang sama antara peserta yang terpilih untuk pergi ke kem tersebut. Kem tu dalam 5 hari ke seminggu aku dah tak ingat, pagi2 lagi kitorang dah bergerak dari PULARES dengan peserta yang lain. Bas kitorang sampai agak lewat dan bila sampai tapak kem pon sudah ramai dirikan khemah. Tapak perkhemahan kitorang dikelilingi ladang kelapa sawit, bila malam je seram lain macam je rasanya.  Fasilitator (kitorang panggil tuan/puan /cik) akan bahagikan peserta campur2 ikut negeri, 1 kumpulan dalam 45 orang.



   Hari kedua takde apa2 yang menarik sangat, hari ketiga kitorang ada aktiviti macam bantu mula, kompas, masuk hutan dan sbgainya (aku tk igt aktiviti apa lagi). Kumpulan aku masuk hutan dekat senja jugaklah dalam pukul 6. Ramailah2 kami masuk hutan... aku pikir nak habis cepat je sebab badan dah penat, hari dah start gelap dah la dlm hutan pokok tinggi2 eikk serammmm. Peserta2 kena lalu selut, sungai lepastu kena melintas sungai guna tali mcm biasalhhh. Tapi ada la makhuk Allah ni yang manja skit taknak bergerak sebab geli dgn lumpur pesemua, orang belakang dah maki2 dah sabo jelah. Dalam pukul 7.30 tu akhirnya semua keluar hutan di jalan besar x jauh dari kem, azan pon dah berbunyi. Cepat2 kitorang gerak ke tapak kem tapi aku perasan Mai sejak masuk hutan tadi dia tak bersuara pon. Senyap je. Maybe penatlah kot aku pon malaslah tegur.


  Mlam tu lepas mandi makan semua kitorang teruskan aktiviti ikut tentatif sampai pukul 12 camtu peserta masuk tidur. Tiba2 senior kata perlukan 4 orang camtu utk habiskan gadget dan ikatan sebab esok ada penilaian, aku dengan Mai pon ambil parang start potong kayu semua. Suasanan malam tu takde la sunyi sangat ada je 2-3 peserta lain tengah sembang2 kat khemah ada jugak baru balik dari bilik air.  Kitorang masing2 teruskan kerja tanpa bercakap sepatah pon, mungkin sebab penat dan nak siapkan kerja cepat lepastu tidur. Tiba2 Mai bersuara " Takyahlah kacau aku.." aku pandang Mai "Bila masa lak aku kacau kau?" tanyaku pulak. Mai tak layan aku dan teruskan kerja dia., aku pon buat bodoh la. " Aku taknak main dengai kaulah, pergilah main jauh2" kalini, suara Mai keras sikit, mcm meminta sesuatu suruh berhenti mengganggu dia. Aku dah tau ada sesuatu tak kena.


  " Pergilahh" kata Mai lagi, kalini suara dia seolah2 merayu dan hampir nangis. Aku pandang Mai tengok dia tahan air mata, aku baca surah2 yang aku tahu. Kebetulan masatu Yani lalu, Mai minta Yani tekankan belakang badan dia guna kepala lutut , Yani boleh pulak main2 gurau pulak taknak tolong Mai tapi Yani tetap tekankan lutut dia di belakang badan Mai. " Ish tak rasa pape pon, dah la Yani stop2," kata Mai. Aku pandang Mai lepastu aku offer nak tekan belakang dia, Mai kata haa baru rasaaa maklumlah kurus kan so rasa la tulang2 ni bila tekan hahahaha.. Sambil2 tekan tu aku baca2 la sikit pastu doa mintak perlindungan, dalam 5 minit camtu Mai kata dah okay, then kitorang pon habiskan kerja masuk tidur. Aku diam je tak tanya apa-apa.


   Sehari sebelum hari terakhir kitorang dibenarkan jalan2 di sekitar Kuantan, dalam bas aku tanya la Mai apa jadi malam haritu, dia kata ada seorang 'budak' umur dalam 3-4 tahun ajak dia main, Mai menolak banyak kali yelakann takkan la nak main pulak dengan benda tu tengah2 malam tengah2 kelapa sawit pulak tu gilaa apa. Budak tu marah Mai taknak main dengan dia tu yang dia duduk dekta tengkuk Mai, alaaa macam orang dewasa kendong budak kat bahu tuu, haa mcm tulah 'budak' tu buat, Mai rasa sakit sangat dan budak tu makin berat tu yang dia suruh tekan guna lutut bagi lega. Aku tanya lagi awat dalam hutan senyap pulak? Dia kata nampak ada benda rambut panjang menggerbang mata merah bertenggek atas dahan pokok tinggi perhatikan peserta dari atas, nasib tak jadi apa-apa. Yelaa mana benda tu tak marah, kita ganggu 'rumah' dia ada pulak yang jakun masuk hutan pulak gelak2 sembang kuat2. Tu sebab Mai kata dia senyap je.



  Sekiannn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2019 03:24 PM | Show all posts

terima kasih yaa sudi baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 07:59 AM | Show all posts
TT, sambung story..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
yg kisah panggilan tu,hmpir serupa dgn pengalaman ku,,kesimpulanny,jgn ingat makhluk halus ni tak pandai guna gadget,haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
BungaCitra replied at 29-1-2019 07:08 PM
yg kisah panggilan tu,hmpir serupa dgn pengalaman ku,,kesimpulanny,jgn ingat makhluk halus ni tak pa ...

Diorang pon dah advance sekarang jgn main2
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Canggih betul ‘mereka’ zaman skrg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 10:22 AM | Show all posts
SALAM PERKENALAN

  Kisah kalini jugak berkaitan dengan kisah sebelum ini, iaitu terjadi masa pergi camping. Sebelum terpilih ke peringkat kebangsaan, aku dan Mai join kem peringkat daerah dulu. Aku ni takde la boleh nampak penampakkan ni, kalau boleh pon aku taknak yang boleh nampaknya si Mai ni, tgk dia pon walaupun dari kecik boleh nampak penampakkan benda2 ni, dia still terseksa setiap kali jumpa benda2 ni, aku kadang kesian tengok dia sampai menangis2.

  Okay2 sambung cerita, panjang pulak intronya hehehe sorry... Kem kalini diadakan di sebuah sekolah di daerah Batu Gajah, Perak (dekat K. Kop****m) siapa yang tahu tahulah, petang tu kitorang sampai sekolah tu first impresion bila masuk wahhh besar gila padang sekolah tu, kitorang pon mulakanlah aktiviti pasang khemah tapi malangnya hujan petang tu makin lebat ditambah pulak angin ribut kami peserta-peserta terpaksa berpindah ke lalan koridor.
Lepas pasang khemah kitorang bergerak pergi ke bilik air utk mandi2, bangunan sekolah tu ada 2 bangunan yang disambung dengan laluan koridor (korang faham ke ni?) setiap bangunan masing2 ada 3 tingkat dan bilik air berada di hujung setiap tingkat yang berhadapan dengan dataran perhimpunan. Aku, Mai dan geng2 lain buat keputusan untuk mandi di bangunan A (belah kiri) sebab yang tingkat bawah dah penuh ditambah lagi kesuntukkan masa.


  Buka je pintu bilik air tu, kitorang terdiam kejap sebab usang semacam dan macam jarang digunakan dah la sunyi sebab kitorang je yang ada. Geng aku dan Mai ada dalam 6 orang. Aku dah mula rasa tak selesa dan macam diperhatikan, bila mandi pun mata aku gatal sangat asyik2 tengok siling mana tau ada yang bertenggek tapi alhamdulillah takde apa2. Usai mandi, kitorang solat berjemaah dan teruskan aktiviti lain. Hari pertama di kem ditempuh dengan jayanya tanpa berlaku apa-apa hehe

  Hari kedua malam tu, kitorang ada aktiviti kawad di dataran perhimpunan. Setiap sekolah kena keluar kedepan dan kawad dan puan akan menilai kawad tu untuk dipilih mewakili ke peringkat negeri. Setiap sekolah diperlukan berbaris 2-2 orang kiranya dari segi kedudukan Mai depan sekali belah kiri sebelahnya kawan kami, aku pulak selang satu di belakang Mai. Diorang pon bersembang gelak2 macam biasa manakala aku macam biasa melayan perasaan. Masa tu dah nak dekat pukul 10 lebih. Aku termenung sambil pandang ke arah bangunan 3 tingkat tadi tiba-tiba terpandang kelibat orang melintas di laluan yang hubungkan antara 2 bangunan di tingkat 2. Aku jadi blur kejap sambil dalam hati terfikir ahh imaginasi je ni yela dah malam lepastu mengantuk pulak. Aku biarkan tapi rasa tak sedap hati, aku pandang tempat lain sambil baca2 ayat yang aku tahu. Tiba2 Mai menangis dalam diam, ahh sudah...yang lain duk tanya kenapa mai kenapa? Mai hanya geleng kepala, kitorang tenangkan dia dan suruh dia baca ayat kursi semua sambil kitorang tenangkan dia sebab yang nampaknya hanya Mai kitorang tak nampak apa2. Nasib Mai ni jenis tenang kalau tak mau histeria satu kem tu.

   Lama sikit baru Mai tenang dan dia ceritakan pada kitorang. Ceritanya begini...

Mai perasan ada 'orang' berdiri di depan bilik air tingkat 3 di bangunan B bertentangan dengan bilik air yang kitorang gunakan tapi masa tu dia hanya biarkan saja sebab 'orang' tu tak kacau.  Tapi bila dia berpaling ke arah bangunan lagi satu (kiranya sebelah bangunan 3 tingkat A&B, ada bangunan lain yang sama 3 tingkat C&D ) dia ternampak ada 'orang' yang sangat lawa berpakaian warna kuning putih macam tuan puteri  berdiri atas bumbung bangunan C. Dia ralit perhatikan sampai 'orang' tu perasan dan berpaling ke arah Mai sambil tersenyum, tapi senyuman tersebut makin lama makin menyeramkan bagaikan mulut dia tersenyum lebar sehingga ke telinga dan menampakkan semua gigi sambil terbang perlahan2 ke bawah. Tapi sampai saja di bawah, muka 'orang' tadi yang sangat cantik bertukar menjadi buruk dan menyeringai ke arah Mai, start dari situlah yang aku terdengar Mai menangis. 'Dia' merangkak dengan perlahan ke arah Mai dengan rambutnya yang kusut dan panjang mukanya menggerutu dan berkuping sambil 'tersenyum' sehingga bahagian bawah mulutnya macam terkoyak dan hampir putus dari bahagian atas mulutnya kerana senyumannya yang terlalu lebar dan 'mesra'. Anehnya benda itu hanya berhenti di hadapan Mai dan tersenyum memandang Mai sebelum perlahan2 terbang sambil mengilai berlalu pergi meninggalkan Mai.


  Mai juga kata yang orang yang di tingkat 3 tu sebenarnya pocong yang berdiri di situ dengan muka yang hitam seolah2 terbakar yang seolah2 memerhatikan peserta2 di dataran perhimpuan. Hari berikutnya sehingga hari terakhir kitorang hanya gunakan tingkat 2 punya tandas dan bilik air walaupun terpaksa bersesak kerana terlalu takut hahahahah yelah mana taknya, aku nampak kelibat, Mai pulak nampak pocong. Kitorang rela bersesak ramai2 daripada jumpa benda bukan2. Tapi bila fikir balik, rasa kelakar pon ada sebab 'orang' tu seolah-olah hendak berkenalan dengan Mai dan menyakat Mai kerana dia tidak ganggu ke apa, hanya menampakkan diri dan sakat Mai. Mungkin dia hendak beri salam perkenalan kepada peserta kem yang datang 'melawatnya'.


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambunglah lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 09:53 AM | Show all posts
KISAH BILIK SENI


"KETUKAN"
  Kejadian ni terjadi masa runia time form 5, sekolah runia ni boleh tahan keras jugak. Haritu ada kelas seni so kami macam biasa kena turun ke bilik seni untuk siapkan folio seni .Sebelah bilik seni ni ada satu bilik rawatan PBSM tapi jarang digunakan kerana sebab2 tertentu. Aktiviti haritu ialah mengolah rekaan masing-masing. Aku pulak haritu sendu semacam kejap2 termenung kejap2 tengok orang lain buat kerja sebab dah takde idea nak olah lukisan, kelas pulak riuh masing-masing nak bagi cikgu semak olahan lukisan yang dibuat. Tengah aku termenung tu tiba2 ada ketukan dari bilik sebelah iaitu bilik rawatan PBSM. Buat pengetahuan korang, bilik seni dan bilik rawatan tu hanya dipisahkan dengan dinding kayu nipis sahaja. Aku masatu buat bodoh lagi sebab tak terfikir pape pon just terfikir ohh ada orang ambil barang la kot. Ketukan makin lama makin kuat dan ketukan tu seolah2 "bergerak". Kejap2 dekat bahagian atas dinding kejap2 bahagian tengah kejap2 bahagian tepi aii siapa pulak rajin panjat katil main ketuk2 pulak ni? Aku keluar tengok bilik rawatan mana tau ada sesiapa tapi bilik tu elok terkunci! Aku dah rasa tak sedap hati.. Tiba-tiba cikgu dengan suara separuh menjerit " Jangan kacau anak murid aku!" kelas yang tadi riuh semua terdiam, serentak itu ketukan tu pon hilang. Budak kelas tadi semua tanya kenapa cikgu kenapa, aku pelik takkan la diorang ni tak dengar ketukan punya kuat ke sebab bising sangat sampai diorang tak sedar?

"MUKA KOSONG"
Kisah ni terjadi masa aku form 4 macam biasa kat bilik seni, tengahari tu kitorang buat aktiviti bebas, masa tu cikgu tgh bercerita hehhehe ada yang dengar ada yang buat kerja skolah yang tak siap(aku la tu) tapi telinga aku dengar je apa cikgu sembangkan. Meja bilik seni kitorang panjang bentuk  L kiri kanan tengah2 ada laluan. Masa tu geng2 aku duduk bahagian L tu berhampiran pintu masuk. Kawan aku bagi nama Ana (bukan nama sebenar) duduk dalam sudut L tu manakala Enon sudut luar L (korang faham ke ni?) tengah cikgu bercerita ni, Enon panggil weh Ana, Ana... Aku ni dengar je sebab duduk selang satu kerusi dari Enon dan menghadap Ana ni, punyalah pekak Ana ni sampai aku tolong panggil. Masa Ana ni berpaling Enon menjerit, kus semangat aku jeritnya nyaring bebenor. Enon macam takut pandang Ana ni, kelas terus pandang kitorang. Ana pulak macam terpingga-pingga, semua pelik pandang si Enon ni. Aku perasan cikgu pandang tajam muka Ina lama camtu baru dia tanya Enon, kamu nampak apa? "Muka dia kosong cikgu, mata mulut semua takde, nampak kayu je (Enon nampak muka Ina macam ira kayu bukan kulit muka)" Ohhh patutlah aku tengok cikgu pandang Ana semacam tadi tapi yang peliknya Ina tak rasa apa2 pon dia buat macam biasa je. "Kamu 'kotor' ke Ana?" Ana mengangguk. Cikgu pon macam faham lepastu dia kata ada la benda tu nak mengusik.Sekian.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 09:54 AM | Show all posts

dah sambung dah, terima kasih baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 09:56 AM | Show all posts

dah sambung dah, terima kasih baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2019 09:58 AM | Show all posts

dah sambung dah, terima kasih baca
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
runiadreamer replied at 18-2-2019 09:53 AM
KISAH BILIK SENI



Lagi? Hihihi..tq for sharing ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.061833 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list