|
John, nak request kisah misteri hutan lagi kalau ada. Tapi kan kadang2 yg ko kena kacau ni, anak bini ada terkena tempias tak? Harapnya tak |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kan bangsa lain ni bila terkena gangguan mistik ni memang akan percayakan agama Islam dan Tuhan kita ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ala...baru nak masukkan pasal yang tu. haha |
|
|
|
|
|
|
|
memang ada. tapi nak ikut flow cerita paksu ni dulu. pasal kena kacau tu alhamdulillah tak ada kena tempias. memang jaga biasanya, tak payah rushing, rehat dulu...balik rumah mesti anak melompat2 sambut. tenang2 dulu...kalau tak cukup tidur, tidur dulu. hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
cepat2 update ye..hari2 aku refresh tapi frust huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 3-2-2025 08:44 AM
ala...baru nak masukkan pasal yang tu. haha
Cerita je john. Sementara tunggu hang update ni aku baca balik cerita hang dari page 1
Kamon John |
|
|
|
|
|
|
|
tak apa...hari ni mungkin. mungkin la tak frust ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Exoskeleton at 6-2-2025 11:10 AM
Perhatian Ustaz Firdaus kembali kepada langsuir yang sedang bertenggek tidak jauh darinya.
“Apa yang kau mahu? Kenapa kacau budak2 ni semua?!” tanya ustaz dengan begitu lantang sekali.
“Perjanjian! Kau langgar perjanjian! Kau rosakkan rumah aku!” ujar makhluk tersebut.
“Aku tak tahu apa perjanjian kau, dengan siapa kau buat perjanjian tu. Apa yang aku tahu, kau tak sepatutnya berada di sini mengganggu kami!” tegas ustaz.
Ketika dialog sedang berlangsung, pintu dewan sekolah terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Menambahkan ketakutan di kalangan pelajar yang sudah sedia takut.
“Aku rasa sini macam lagi seram dari surau tadi,” ujar Paksu melihat beberapa orang sedang menenangkan kawan masing2 yang sedang kerasukan.
“Aku rasa yang paling seram sekarang ni, kenapa Farhana ada dekat kome berdua? Ingat dia ni anak patung ke?” soal Husni.
Segera dia mengajak beberapa orang kawan perempuannya untuk menarik Farhana yang masih lagi pengsan. Paksu cerita gaya jelingan diorang macamlah dia dengan Ah Seng tu nak culik kawan diorang. Culik nak bawak pergi mana? Semua terkurung di dalam kawasan sekolah.
Tidak lama kemudian, Ustaz Firdaus muncul berlari masuk ke dalam dewan dan menutupkan daun pintu dua kelopak di belakangnya. Apa yang memelikkan di sini, ada berapa banyak pintu di dalam dewan? Apa function dia tutup pintu yang satu itu kalau pintu2 lain masih ternganga luas.
“Hah hah ha…haram maunya…ajer letih,” Ustaz Firdaus termengah2.
“Habis…macam mana ni, ustaz?” tanya Husni.
“Ape kehenya kamu nanya aku? Kamu tau ke idak apa maksud ustaz tu? Ustaz tu maknanya cikgu! Ater apa bezanya aku dengan cikgu2 yang lain? Ngape kamu idak tanya deme sekali? Apakah salah dan dosaku? Apakah salah dan dosaku?!!” Ustaz Firdaus berdrama dengan tiba2.
Tatkala para pelajar dan guru di dalam dewan sedang kalut, huru hara dan sebagainya lah. Tiba2 Farhana bangun berkata dengan lantang, “otromen kepala jingga!”
“Astaghfirullah hal azim…kau dah kenapa, Farhana?” salah seorang kawannya beristighfar.
“Hehe…aku mimpi ngeri tadi. Mimpi jumpa hantu,” beritahu Farhana.
“Oh, itu bukan mimpi…tapi kenyataan. Nah lap air liur basi dekat mulut kau,” Ah Seng begitu kejam meranapkan sisa2 impian yang masih berbaki pada Farhana.
Mengikut teori dipegang Ah Seng, perkara begini mesti dilakukan bagai menanggalkan handsaplast pada luka, mestilah direntap sekaligus. Jangan ditarik perlahan2.
“Ngilu pulak rasanya…ingatkan aku supaya jangan bagi mamat sekor ni tarik handsaplast kat luka aku,” kata Paksu di dalam hati.
Berbalik kepada Ah Seng yang cuba menghulurkan sapu tangan kepada Farhana. Tangannya terhenti kerana telah dihalang salah seorang kawan Farhana. Tangan mereka bersentuhan di tengah2, dunia bagaikan terhenti seketika (bagi diorang berdua jelah…). Kiranya lebih kurang macam ending sebelum credit cerita korea yang biasa korang tengok tu. Siap ada background music lagi. Bezanya background muzik dia suara lelaki menyanyi.
Ku kirim di angin lalu
Sampaikan salam wahai kasihku
Tak jemu aku menunggu
Wajahmu dalam impian
Ku pujuk hati nan duka
Ku belai kasih untuk satria
Ku rela dikau berjuang
Membela nusa dan bangsa
Di hari yang mulia ini
Kau jauh di perbatasan
Ku kirim doa dan restu
Baktimu jadi sanjungan…
Masa ni semua terpana seketika. Sedangkan Paksu pulak bertanya dalam hati, “apehei pulak lagu raya?”
Tumpuan beralih ke arah suara yang menyanyikan lagu tadi. Seman duduk menyeringai berhampiran mereka. Entah dari mana muncul pun tiada siapa yang tahu.
“Eh, bukan ke Seman ni…” belum sempat Ah Seng menghabiskan kata2, Paksu dengan pantas menarik tangan Ustaz Firdaus dan berlindung di sebalik belakang orang tua tersebut sambil menunjukkan ke arah Seman.
“Haish…ngape aku lagi? Ngape? Asei jadi rope ni baru la kome nak manggil ustaz ke tok imam ke penggali kubur ke…tang bila makan sedap idak pulak nak pelawa,” Ustaz Firdaus memilih masa ini bagi menyampaikan apa yang terbuku di hatinya selama ini.
“Ustaz, saya terlupa buat koje rumah,” Seman menyampuk.
“Ater bior lantoknya ler…bukannya aku nak check koje rumah kamu tengah2 malam buta ni?” ujar Ustaz Firdaus.
Tanpa disangka…suasana riuh rendah di dalam dewan boleh bertukar menjadi senyap dan sunyi, tanpa kedengaran sebarang suara.
Perlahan Ah Seng berbisik, “malaikat lalu…”
Entah hantu manalah yang ajar anak cina sorang ni? Sampaikan di dalam suasana serba saspens begini pun boleh bergurau benda yang bukan2. Tapi besar kemungkinannya Paksu juga yang mengajarnya.
Muncul kehadiran seorang lelaki tua bersongkok, memakai baju pagoda berwarna putih, berkain pelikat bersama tali pinggang ihram. Turut mengiringinya pengetua, warden dan beberapa orang guru yang lain.
“Dah kumpulkan semua dekat sini?” tanya lelaki tua tersebut.
“Tak semua. Kalau yang rasuk teruk sampai panjat bumbung, terbang2 tu memang tak dapat nak tarik ke sini,” jawab pengetua dengan penuh santun.
Lelaki tua itu mengangguk kepala sambil mengusap dagu biarpun wajahnya jambu tanpa misai dan janggut. Matanya bagaikan sedang melakukan scanning. Apa yang peliknya ketika ini, Seman terdiam seribu bahasa serta tidak berani mengangkat muka.
“Kau…!” lelaki tua itu menunjukkan jari.
Masing-masing mengelak hujung telunjuk lelaki tua itu sehingga meninggalkan Paksu seorang sahaja di dalam pandangannya. Paksu menoleh belakang. Hatinya berkata, “takkanlah aku, kot?”
Suara lelaki itu garau berkata, “kaulah! Bukan ada orang lain lagi kat situ.”
Serentak Paksu berkata di dalam hati, “aahh…kenapa aku? Kenapa bukan mentibang2 laut sekalian ni?”
Paksu akur menghadirkan diri di hadapan lelaki tua itu. Hatinya kian resah memikirkan bagaimana hendak mengelak dan juga bagaimana hendak bercakap dengan orang tua di hadapannya itu.
OT – Orang tua
OT: kau anak siapa?
Paksu: kabor pun bukannya kamu tahu… (dalam hati)
OT: jawab!
Paksu: Pa…Pawang Husein.
OT: hmmm…itulah aku dapat rasa sesuatu yang luar biasa dari kau. Hanya kau seorang saja yang boleh tolong aku.
“Hamba pacal yang hina. Tidak tahu menahu apa yang berlaku. Adapun lebih molek sekiranya tok menyampaikan peluang ini kepada orang lain sahaja,” itulah ayat yang mahu disampaikan Paksu sehingga ke hari ini. Tapi last2 dia memendamkan sahaja sebaik mendengar lelaki tua tadi sekali lagi meminta jawapan darinya dengan nada tegas.
bersambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Exoskeleton at 6-2-2025 11:10 AM
Mahu tidak mahu, Paksu terpaksa juga menolong orang tua tersebut. Mujur kerjanya mudah sahaja, iaitu mengisikan air pada dua tong tangki berwarna hitam. Oleh kerana apa yang ada hanyalah getah paip biasa digunakan tukang kebun untuk menyiram pokok, jadinya…proses mengambil masa agak lama untuk memenuhkan setiap tong.
Kalau ikut cerita Paksu, isi tong tangki dekat dewan tak berapa seram sebab ramai. Tapi bila kena isi tong kedua, lokasi dia agak terasing sikit. Dalam masa yang sama, masih boleh kedengaran suara jeritan pelajar2 kerasukan yang diseret cikgu untuk dibawa ke dalam dewan. Paksu terus gelengkan kepala bagi mengembalikan fokus.
Alah, isi air dalam tong tangki je. Kemende la yang nak kena difokuskan? Bukannya kamera nak kena fokus. Oleh kerana tong air tu terletak berdekatan dengan lampu asrama perempuan, Paksu boleh nampak wajahnya di permukaan air. Katanyalah…tong hitam kot? Kulit Paksu tu pun bukannya terang mana.
Jadi dia teringat la cerita wayang pacak yang ditengoknya sebelum masuk asrama dulu. Masa zaman ni biasalah tengok wayang pacak dekat padang sekolah. Meriah, satu kampung datang. Dapat pulak tayangan masa tu cerita P. Ramlee, masam2 manis. Tapi macam biasa la...kena dengar dulu pesanan penaja, dapat pulak nak dekat pilihanraya. Meleret2 la panjangnya sebelum boleh mula cerita. Tapi boleh la pergi beli apa2 yang patut dekat india meniaga kacang. Masa ni kalau ada 15 sen pun dah dikira mewah.
Sebelum wujudnya bekas makanan tupperware, mak2 akan tanya tanya mana tikar mengkuang yang kau pinjam untuk buat alas duduk. Hah, tu yang merasa pergi mencari tikar dekat tengah padang dalam gelap malam. Hilang kalu, memang tak merasa dah alas tikar. Cari jela surat khabar.
Biasa yang jadi masalahnya wayang pacak ni selain daripada hujan, skrin tu boleh ditonton depan dan belakang. Jadi esoknya bila sembang dengan member kat sekolah jadi keliru pulak, dia cakap tangan kanan. Dia ni pulak cakap tangan kiri.
Ok, habis pasal wayang pacak. Paksu ni dia beranganlah…dalam air, ku terlihat wajah…
Nak dijadikan cerita, tak semena2 muncul wajah perempuan dan opkos la…apa yang pasti, wajah perempuan tu jauh lebih clear dari bayangan muka paksu dekat dalam air tu.
Paksu menoleh ke belakang, muka dia pucat lesi nengok ada pulak perempuan cun melecun. Macam mustahil la jugak, sebab kalau ikut cakap paksu, dia cam semua perempuan cun dalam sekolah tu. Baik cikgu mahupun pelajar. Tapi perempuan yang terapung di depan mata dia tu memang another level cun nya. Opkos la tak normal kalau dah terapung kaki tak jejak bumi.
“Tolong hentikan…tak kasihankah kakanda kepada adinda?” lafaz perempuan cantik tu.
“Wah, wah…kakanda adinda…belum pernah seumur hidup orang panggil aku cenggini,” kata Paksu di dalam hati.
Perempuan tadi bertanya, ”mengapa kanda terdiam seribu bahasa?”
Aku tak faham kenapa Paksu nak berpantun time macam ni,
Ikan belida permainan budak,
Anak panda mati tak mandi,
Tak perlu adinda ajak berborak,
Memang kakanda mengantuk lagi.
Sebagaimana muka korang yang konpius dengan pantun Paksu tadi, begitu jugalah dengan muka perempuan tu. Bukan perempuan tu je, muka orang tua tadi dengan cikgu bahasa melayu pun turut sama konpius. Diorang datang nak siapkan apa2 yang patut, tapi sekarang tak pasal2 ada satu tanda soal yang tersangat besar tinggal di dalam kepala diorang.
“Dah…berambus kau dari sini! Jangan ganggu urusan kami,” orang tua tu mengeraskan suara.
Orang tua tu sempat tarik kolar tengkuk Paksu sebab dah ready nak melangkah pergi, ingatkan suruh dia yang berambus dari situ. Perempuan tadi menarik muka memalingkan badan sebelum akhirnya lenyap dari pandangan mata.
Orang tua tu kemudiannya menaburkan beberapa jenis bunga dan dan daun, tuang minyak wangi dari sebuah botol kecil, memerah limau dan melengkapkannya dengan membaca sesuatu pada permukaan air. Setiap orang mungkin lain caranya…jangan kita sangka yang kita tahu tu paling tepat dan satu2 nya cara di dunia ni.
Tapi orang tua tu sempat menasihatkan Paksu supaya tidak begitu memikirkan sangat apa yang berlaku tadi. Biasalah bila dah ada satu tinggal kat satu2 tempat tu, dia akan tarik geng2 dia melepak sama. Kesilapannya memberi peluang untuk dia bertapak di suatu2 tempat tu.
Kalau ikut cerita Paksu, dia merupakan orang pertama yang disiram orang tua tu. Tapi bukannya sebab apa, Paksu dah memang ada dekat sebelah dia. Menggigil jugalah mandi air sejuk awal2 pagi. Orang tua tu serahkan kepada cikgu2 perempuan untuk memandikan pelajar2 perempuan dekat tempat disediakan. Apa yang dia ajar cuma meminta cikgu2 tu berselawat masa menyiramkan pelajar dan jimatkan air bagi cukup untuk semua.
“Dah, jom balik dewan. Jangan mengada nak tengok cikgu kamu siram budak2 perempuan,” ajak orang tua tadi.
“Eh? Sedap je tuduh aku,” kata Paksu dalam hati. Tapi ngikut jela. Takkan nak balik asrama sorang2?
Tak lama tu Paksu tengok la budak2 laki kena siram beramai2 bersebelahan dewan. Jadi ada la geng menggigil sama. Mana2 yang kerasukan tu terus pengsan sebaik disiram air. Ada juga yang cuba lari, kata Paksu dah macam main galah panjang nak menghalang budak tu dari lari. Kesnya bukan kerasukan pun…memang spesis malas mandi.
Dalam dua, tiga hari juga pelajar2 dipantau rapi. Pergi sekolah, duduk dewan, solat berjemaah dan balik asrama tidur. Tak lama selepas tu memang cuti sekolah, tapi takde la panjang mana…dalam seminggu lebih. Tapi memang semua diarahkan untuk pulang. Sekolah dan asrama perlu dikosongkan supaya orang tua tu boleh sambung selesaikan kerja. Bila diorang balik semula ke sekolah, masalah dialami sebelum ini turut selesai sama. Budak2 boleh buat perangai macam biasa. Pokok lama tu pulak, dah tak dapat dikesan. Sekali akar dia pun kena korek keluarkan.
Paksu pernah la tanya Seman dengan Hakim tentang keadaan masa diorang kerasukan tu, diorang langsung tak ingat apa2. Sesetengah budak ada yang ingat tapi sekadar boleh tengok tubuh diorang bergerak sendiri luar kawalan. Semenjak tu, diorang rasa macam musykil setiap kali dengar Seman menyanyi lagu Uji Rashid – Doa di hari yang mulia.
bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Exoskeleton at 6-2-2025 11:11 AM
Grrong…! Grrong!
Kedengaran bunyi garang enjin bas baru sahaja bergerak kembali sebaik menurunkan penumpang. Turut diselangi bunyi nyok nyek nyok nyek, macam ada skru yang tak cukup atau longgar.
Paksu menghirup udara segar sebaik tiba di kampung halamannya. Tempat pertama dikunjunginya pasti lah Warung Pak Itam.
“Pak Itam, ayor fanta merah satu,” order Paksu.
“Hamboi…kemain kamu nak minum ais? Idak ke dulu kamu semput?” negur Pak Itam.
“Dulu lain, sekarang lain Pak Itam…” ujar Paksu.
“Ater lengang je kedainya, Pak Itam? Abang saya idak nyinggah ke?” tanya Paksu.
“Oh, abang kamu ada juga datang sekali sekala…bawak anak buah kamu,” cerita Pak Itam.
“Huh, jawabnya sampai ke besor la budak tu datang ke warung ni,” kata Paksu tersengih.
“Abang kamu memang biasa bawak dia ke mana2. Maklum la…anak lelaki. Dibawaknya ke kampung sana nengok orang main ghazal. Tak pun ke bawah rumah Meor tu…lepas tu nengor ler anak buah kamu nyanyi aladom ayom2. Halus je suaranya…hahaha,” cerita Pak Itam dengan panjang lebar.
“Ater ayornya mana Pak Itam? Haus bebenor ni...” tanya Paksu.
“Kejap ler…aku nak cari siaran radio ni,” jawab Pak Itam memusing tombol bagi mencari siaran.
Bzztt…zzttt…zzzttt…
Lihat…padi menguning…
Menambah seri daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai2
Oh sungguh subur tanah airku…
Paksu menghela nafas panjang, “haaaa…baru la rasa macam balik ke Perak.” (Gaya sembang macam jauh benor je asrama tu)
Ketika menyedut straw, fikiran Paksu melayang teringatkan suatu ketika dahulu. Makcik dan pakciknya masing2 berkata Paksu tiada harapan, lahir tidak cukup bulan. Tambahan pula menghidap jantung berlubang. Pelbagai cara perubatan dicuba bagi membolehkan Paksu membesar normal seperti kanak2 yang lain.
Flashback Paksu
Sekalipun ada doktor yang berkata lubang pada jantungnya akan tertutup sendiri meningkat dewasa. Namun makciknya tetap tidak berputus asa membawa dia berubat secara kampung. Sehinggalah akhirnya mereka ditemukan dengan seorang wanita yang boleh dikatakan sudah agak berusia, bernama Miah.
“Apa sakit budak ni?” tanya Miah.
“Jantung berlubang,” jawab makcik Paksu.
Miah mengangguk kepala sebelum mengambil sesuatu dari mangkuk dan menunjukkannya kepada Paksu dan makciknya.
“Ini bertih jagung,” beritahu Miah.
Paksu dan makciknya sama2 mengangguk kepala. Lalu dia mengajak Paksu duduk lebih dekat dengannya. Dengan tiba-tiba dada Paksu ditoreh Miah menggunakan bertih jagung tersebut. Sakitnya mampu membuatkan Paksu yang masih kecil itu menangis meminta tolong. Tak terperi rasa sakitnya seperti dihiris kaca berkali-kali.
“Pegang budak ni jangan bagi dia lari,” arah Miah.
Makcik Paksu mengangguk kepala biarpun risau melihat anak buahnya menangis serta menjerit meminta tolong.
Apa yang bermain di fikiran Paksu ketika itu hanyalah mengatakan makciknya itu sudah tidak sayangkan dirinya lagi kerana tidak mahu menolong. Setelah menderita dengan agak lama, mereka berdua akhirnya dibenarkan pulang setelah memberikan wang pengeras.
Peliknya selepas itu Paksu tiada lagi masalah pernafasan dan boleh bermain bola sepak atau bermain kejar2 seperti kanak2 yang lain.
Beberapa tahun kemudian, Miah meninggal. Menurut orang2 kampung keadaannya agak ngeri ketika meninggal dunia dan sukar untuk diuruskan. Hanya sukar, bukannya mustahil. Apa yang perlu dilalui Paksu ketika zaman universiti nanti, itu lebih hampir kepada mustahil. Tetapi kita cerita nanti je…hahaha.
Tetapi apa yang perlu dilalui Paksu ketika membuat rawatan dengan Miah dulu, sehingga ke tua dia tak akan dapat melupakan betapa peritnya menahan kesakitan di dalam jangka masa yang panjang.
Melihat hutan belukar di belakang Warung Pak Itam juga mengingatkan dia nyaris dipatuk tedung ketika hendak mengail ikan. Mujur dia sempat melompat dan mengelak sebelum melarikan diri. Walaubagaimanapun, dia tetap merasa dipatuk ular berbisa ketika di dalam perjalanan pulang dari bermain.
Ketika itu dia merasa bagaikan sudah tiada esok baginya, tubuhnya bagaikan lumpuh. Dadanya terasa sesak sukar bernafas. Mujur ada yang segera membawanya ke hospital. Itupun doktor asyik bertanya apakah jenis ular yang telah mematuknya?
Apalah budak kecik seperti Paksu tahu tentang ular? Dia hanya merasa pedih pada tempat yang dipatuk. Tidak sempat pun melihat rupa ular tersebut. Tetapi doktor hanya melakukan kerjanya sahaja kerana tidak mahu tersilap memberikan antivenom, ianya boleh membawa maut sekiranya tersalah.
Di dalam erti kata lain…sekiranya korang dipatuk ular, pastikan korang bawa sekali ular tu sebagai rujukan hospital, ok?
Berbalik kepada Paksu tadi, syukur alhamdulillah antivenom yang diberikan doktor sesuai dengan bisa ular tadi. Cuma masalah yang perlu dihadapinya kini adalah tinggal di hospital seorang diri.
Untuk tiba di hospital, makciknya perlu menaiki bas ke pekan. Jadi boleh dikatakan ianya agak leceh. Tambah pula melakukan kerja kampung sehari2an, bukannya boleh suka2 tuang atau amik cuti. Dahlah budak lagi, sorang2 pulak tu. Misi pulak selalu berseloroh menakut2kan dia. Cakap kena tinggal la...kata nanti jadi 'Ular Man' lah...
Last2 Paksu lari pakai baju hospital balik ke kampung. Rasanya dia terserempak dengan orang kampung kat pekan, lepas tu minta hantarkan dia ke kampung.
Tak lupa juga peristiwa misteri di mana dia pernah ke gelanggang silat dengan ditemani pakciknya. Secara tiba2 ada salah seorang di antara pesilat tu naik ‘syeikh’. Sampaikan guru silat pesan dekat semua penonton supaya tidak tinggalkan gelanggang silat sehinggalah dia selesaikan perkara anak muridnya.
Tapi ada seorang laki ni dia tak nak dengar, biut gamaknya. Selangkah je keluar meninggalkan padang, tiba-tiba telinga kanan dia terputus. Tak ada siapa pun yang nampak macam mana telinga dia boleh terpisah dari tempatnya.
Begitulah kisah hidup Paksu, bertarung nyawa sedari kecil lagi. Bagaikan dihalau dari dunia ini. Tetapi dia sedaya upaya berpaut sehingga ke hari ini.
Sedang asyik termenung, tiba2 Paksu dikejutkan dengan bunyi enjin vespa berhenti di tepi warung. Lelaki menunggangnya cukup dikenali Paksu kerana begitu anti dengan keluarga kami.
Berusia lewat 50-an, tidak tinggi dan tidak rendah. Bermisai tebal, janggut tiada. Bulat matanya merenung Paksu sambil berjalan ke tempat duduk.
“Apa tengok2? Ada hutang ke?” tanya lelaki itu dengan suara yang garau. Serentak membuatkan Paksu tertunduk diam merenung permukaan meja.
“Apa ke garang benor kamu, Jusoh? Budak ni bukannya buat apa-apa pun? Minum ayor je,” tegur Pak Itam.
“Tak apalah Pak Itam, saya nak jenguk mak saya sekejap,” Paksu meminta diri serta membuat pembayaran.
Pak Itam menggeleng kepala, “itulah kamu, Jusoh. Udah terasa budak tu. Entah kemenda yang kamu marah benor dengan budak tu. Bukannya dia buat apa2 dekat keluarga kamu.”
Pak Jusoh tidak mengendahkan nasihat Pak Itam, “ah, itu aku punya pasal! Sekarang ni aku nak pisang goreng dengan ayor coke.”
“Aih…mana kena makan pisang goreng dengan ayor coke?” Pak Itam tergelak kecil.
“Kamu jangan sibuk hal aku. Pergi buat leghaih, aku nak nengok kebun kejap lagi,” tegas Pak Jusoh.
“Garam kamu jangan lupa,” pesan Pak Jusoh.
“Hahaha. Yelah, Jusoh. Aku pergi ambil ya?” ujar Pak Itam ke bahagian dapur.
bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
When Hairi Met Saleh
Sedang Jusoh mencampurkan secubit garam ke dalam air minumannya, kedengaran bunyi brek basikal seperti baru ditukar. Semakin lama semakin kuat menghampiri Warung Pak Itam. Lelaki yang baru tiba di Warung Pak Itam ini bernama Hairi.
“Pak Itam, kopi o paneh satu,” ujarnya sambil menurunkan tongkat basikal.
Pemuda itu kemudiannya berjalan masuk ke dalam warung sambil mengipaskan topi dengan nafas agak mencungap sedikit.
“Hah, lain macam rajin kamu sekarang, Hairi? Pagi noreh getah, kadang ngambik upah nebas rumput dekat ladang dengan kebun pulak lagi. Kelmarin nolong Tok Jai menggali kubur pulak,” tegur Pak Itam sambil meletakkan secawan kopi o panas di meja Hairi.
Hairi tersenyum membalas, “gini ler ghopenye Pak Itam, belajor tak pandai. Nak nyambung ke tingkatan 4 pun tak lepas. Kalau tak dibuat begini, tak merasa ler awak nak kahwin nanti”.
“Amboi...gaya sembang macam udah ada calon je? Cer kaborkan siapa?” tanya Pak Itam duduk di hadapan Hairi.
“Pak eh...kemain pulak dia nak ngorek hei rahsia orang. Ater bior ler siapa pun pilihan si budak Hairi tu. Ada lebih baik Paknya ke kedai si budak Mat seberang sana tu. Susu tin dah nak habis. Telur, tepung, gula pun sama,” bebel Mak Odah.
“Yelah, Odah oii...aku pergi ler sekarang,” balas Pak Mat berat mengangkat badan bangun dari kerusi.
Tidak lama kemudian, Saleh pula tiba di Warung Pak Itam bersama dengan vespa milik ayahnya.
Hairi dan Saleh merupakan kawan baik sejak dari bangku sekolah lagi. Disebabkan mereka berdua sama2 gagal SRP, jadi mereka berdua hanya mampu melakukan kerja-kerja di kampung sahaja.
Hairi terus mengangkat tangannya memanggil Saleh, “Leh, jom minum!”
“A...aku...ta...tak dapat...lah. A...aku ker...ker...kerja ma...ma...malam ni,” ujar Saleh.
Saleh sememangnya gagap semenjak dari kecil lagi, Hairi seorang sahaja yang sabar berkawan dengannya. Sedangkan kawan-kawannya yang lain mengejeknya sejak di bangku sekolah lagi.
“Hah...ni dia bekal kamu, Mak Odah dah bungkuskan. Kerja elok-elok ye,” pesan Mak Odah sambil menghulurkan bekas makanan yang biasa dipesan oleh Saleh sebelum pergi kerja.
“Te...te...terima ka...kasih, Ma...Mak Odah,” balas Saleh sambil tersenyum.
“A...aku...pergi ke...kerja du...du...dulu,” ucap Saleh sambil mengangkat tangannya kepada Hairi.
“Untung kawan kamu tu, rajin bekerja. Malam menjaga tiket wayang kat pekan pulak,” kata Mak Odah sambil melihat Saleh berlalu pergi.
“Iya...bapaknya ada vespa, panjang juga ler langkahnya. Kalau awak ada motor, mau udah lepas ke Ipoh atau Kolumpo nun,” keluh Hairi sebaik meneguk air kopinya.
Pak Itam yang kebetulan baru sahaja pulang ke warungnya terus menegur, “haihh...kemain jauh lagi kamu nak pergi? Kalau habih orang-orang muda macam kamu ni ke bandar, kampung kita ni nanti tinggal orang-orang tua je sudahnya”.
“Huh! Entah apa dibanggakan sangat bekerja kat kolumpo tu. Macam dekat kampung ni dah tak cukup kerja lagi je,” Jusoh yang senyap dari tadi tiba2 mencelah.
“Ater...kalau dah itu yang dia nakkan, biornye ler. Dia nak juga merasa tukor angin,” celah Mak Odah sambil mengambil barang-barang yang dibawa Pak Itam.
Belum sempat Pak Itam berkata apa-apa, tiba-tiba salah seorang orang kampung tiba di warung memberitahu, “assalamualaikum, Pak Itam. Ada dengor berita ke? Tok Saidin udah meninggal dunia”.
“Innalillahi wainna ilahi rojiun...” ucap Pak Itam
“Kurang sorang lagi orang lama di dalam kampung ni,” kata Pak Jusoh menunduk kepala.
Hairi segera meneguk cawan kopi dan menghulurkan duit kepada Pak Itam sambil berkata, “kenalah saya beransor dulu. Nak bersiap-siap ke rumah Tok Jai nak menyiapkan apa-apa yang patut”.
“Hah, elok benorlah tu.Tok Ketua dengan Tok Imam dah tau ke?” tanya Pak Itam kepada lelaki tadi.
“Udah...deme semua ada kat rumah Tok Saidin,” dia menjawab soalan Pak Itam.
“Hah, elok benorlah tu. Odah, eloklah kita tutup kedai awal sikit hari ni. Boleh juga aku ke rumah Saidin kejap lagi,” beritahu Pak Itam.
Pada keesokan paginya, jenazah Saidin selamat dikebumikan. Hanya adik-adiknya yang datang, kerana arwah tidak mempunyai anak biarpun dahulunya pernah berkahwin.
“Ma...ma...macam man...mana ki...ki...kita?” tanya Saleh kepada Hairi.
Mengikut kebiasaannya mereka berdua akan menoreh getah di ladang milik Saidin. Namun, kini tuan punya ladang tersebut telah pun tiada. Ladang tersebut juga telah menjadi punca perbalahan di kalangan adik-adik Saidin, masing-masing berebut mengatakan mereka mempunyai hak.
“Idak ngape...kita buat je keroje ngait dengan ngupas nyior dulu,” cadang Hairi.
Lewat malam itu, Hairi dan Saleh pulang dari menonton wayang di pekan. Disebabkan Saleh bekerja di pawagam, jadi adakalanya dia mendapat tiket percuma dari tauke. Ketika ini, di dalam pawagam hanya mengunakan kipas, penghawa dingin terlalu mahal di zaman ini.
Sebaik melalui kawasan tanah perkuburan, mereka berdua telah ditahan Tok Jai yang kebetulan berada di situ.
“Kamu buat keroje macam mana ni, Hairi? Aku baru je nak bagi kamu buat keroje sendiri lepas ni. Tapi, kalau kamu kroje cincai macam ni...payahlah,” kata Tok Jai dengan nada marah.
“Eh? Ngape pulak ni, Tok Jai. Pagi tadi saya buat kerja elok je,” balas Hairi sambil turun dari vespa.
Tok Jai menggamit tangannya memanggil Hairi sambil berkata, “moh kamu ikut aku kejap...benda ni kita kena selesaikan malam ni jugak”.
“Saleh, kamu lepak dulu dekat Warung Pak Itam. Karang pandai-pandailah aku nak nyampai ke sana,” pesan Hairi sambil menyerahkan topi keledar kepada Saleh.
Hairi melangkah di belakang Tok Jai dengan hanya berbekalkan sumber cahaya dari lampu suluh yang diberikan kepadanya.
Di dalam hatinya, dia masih tertanya-tanya, “silap apa pulak yang aku dah buat? Takkanlah aku letak kayu penanda terbalik? Bukannya buat keroje tengah gelap malam, hari terang pagi. Orang lain pun tengok idak cakap apa pun?”
Sebaik sahaja Tok Jai menghentikan langkahnya, jari telunjuknya terus sahaja menunjukkan ke arah kubur Saidin.
“Hah, ngapa Tok Jai? Nampak elok je?” tanya Hairi sebaik melihat kubur yang siap dikambuskannya pada pagi tadi.
Sambil mencekak pinggang, Tok Jai meninggikan suaranya, “elok kamu kata? Mana maunya kubur ni kamu kambus, tapi jenazahnya kat luor?!”
“Cer kamu tengok tu,” Tok Jai menunjukkan ke arah lembaga berbungkus kain kapan berdiri tidak jauh dari mereka berdua.
Mukanya saling tidak tumpah seperti Saidin, tetapi mukanya gelap serta sudah busuk dan berulat.
Hairi terus terduduk, di dalam hatinya beristighfar tidak berhenti-henti. Selama ini, dia hanya mendengar sahaja cerita dari orang-orang kampung tentang Tok Jai. Tetapi, kali ini barulah dia merasakan masalah dimiliki Tok Jai ni lebih besar daripada masalahnya yang gagal SRP dahulu.
“Udah ngape kamu duduk atas kubor orang pulak? Moh ler tolong aku kebumikan jenazah ini. Tak kesian ke kamu nengok dia tegak je berdiri macam ni?” ucap Tok Jai lagi sambil tangannya mula menyangkul tanah menggali kubur Saidin.
Hairi tidak membuang masa terus memalingkan badannya dan mula berlari pecut keluar dari kawasan tanah perkuburan tersebut.
Sepanjang dia berlari pecut, lembaga yang menyerupai Saidin itu sentiasa memunculkan dirinya di tepi jalan. Biarpun sudah banyak kali Hairi memintasnya, tetapi dia tetap muncul di checkpoint seterusnya. Dah macam batu nisan tulis lagi berapa kilometer pula.
Nafas Hairi tercungap teruk, sedangkan kubah masjid kampung pun masih belum dapat dilihatnya. Inikan pula atap Warung Pak Itam.
bersambung...
Ok, see you 2026 ![](static/image/smiley/default/1.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|