Sejak Perintah Kawalan dilaksanakan, permintaan roti Gardenia meningkat hingga agak sukar untuk mendapatkan bekalan roti tersebut. Takkan lah rakyat Malaysia dah tukar makanan ruji dari nasi kepada roti sejak musim PKP ni?
Akan tetapi, itu semua bukanlah masalah besar jika roti Gardenia kegemaran habis di pasaran kerana anda boleh buat roti sendiri dengan kos RM5 sahaja menurut perkongsian Puan Azlina ini.
Resepi Roti Gebu Paling Mudah Viral
A. Bahan-bahan membuat pelembut doh:
- 2 sudu besar tepung gandum
- Secawan air
Cara-cara membuat doh:
1. Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan tapis.
2. Kemudian, masak sehingga menjadi likat dan siap.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans
B. Bahan-bahan membuat yis:
- Yis
- 1/2 cawan air suam
- 2 sudu besar gula
Cara-cara membuat yis:
1. Tuangkan air suam ke dalam yis.
2. Kemudian, masukkan gula dan tutup kesemua bahan yang telah dicampur selama 10-15 minit.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans
C. Bahan-bahan adunan roti:
- 1kg tepung
- Sebiji telur
- 3 sudu besar majerin atau butter
- 3 sudu besar pelembut doh
- Sedikit garam halus
- 4 sudu besar susu tepung (jika suka)
- 1/2 sudu besar baking powder (jika tiada tidak mengapa)
- 5 sudu besar gula
Cara-cara membuat adunan roti:
1. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans
2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan yis yang berbuih tadi. Selepas itu, uli sikit-sikit.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans
3. Masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan uli sehingga rasa doh lembik sedikit.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans
- Tabur sedikit tepung untuk memastikan adunan tidak melekit di tangan. Uli doh sehingga doh licin dalam 10 minit.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans
- Selepas itu, tutup adunan doh tu dengan tuala lembab dan letak berhampiran oven untuk membuatkan ia kembang sekali ganda saiz asal. Panaskan oven pada suhu 100 darjah celcius.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans
- Kemudian, tumbuk dok tadi untuk buang angin dalam doh. Uli dan letakkan minyak pada tangan dan bekas untuk senang bentukkan doh.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans
- Letakkan doh dalam bekas untuk dimasukkan dalam oven dan panaskan oven 100 darjah selama 30 minit. Pastikan doh sudah kembang betul sebelum masukkan ke dalam oven.
- Bakar pada suhu 150 masa 45 minit api atas bawah (bergantung oven masing-masing).
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans
Siap untuk dimakan, cicah pula dengan kopi O panas. Mantap!
Selamat mencuba.- CARI
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans
|