Dengan hanya memerlukan bahan yang ringkas dan mudah, ramai telah mencuba resepi - resepi ini untuk mengisi masa terluang semasa tempoh PKP ini. Berikut merupakan senarai resepi "
1) Kek cawan Oreo - Eitan Bernath
Bahan - bahan:
1. Susu ( tak kira susu low fat or full cream ) ikut mana yang ada di dapur anda
2. oreo ( kalau nak guna biskut lain pun boleh )
Cara membuat :
1. masukkan oreo kedalam cawan, sehingga penuh
2. masukkan susu
3. hancur kan oreo sehingga sebati dengan susu
4. masukkan ke dalam microwave selama 75 saat.
2) Potato Nugget - Rashmi Solanki
Bahan - bahan :
1. kentang 3
2. butter 3tb
3. black pepper 1/4ts
4. serbuk red chilli 1/2ts
5. garam ( ikut selera masing - masing )
6. tepung jagung 1tb
7. kepingan roti/ serbuk roti ( jika ada )
8. tepung halus 1 tb
9. air 1/4 cawan
Cara - Cara membuat :
1. rebus kan potato sehingga masak, kemudian hancurkan
2. masukkan butter, black pepper, serbuk red chilli dan garam kedalam adunan kentang tadi
3. kacau adunan sehingga sebati
4. masukkan tepung jagung, kacau adunan sehingga sebati
5. masukkan adunan kedalam plastik
6. gunting hujung sisi plastik dan bentukkan adunan tadi di atas tray secara memanjang dan sejukkan adunan selama 30 minit.
7. jika tidak ada serbuk roti, gunakan kepingan roti dan hancurkan dengan menggunakan blender.
8. campurkan tepung halus dan air dan kacau sehingga sebati
9. potong kepingan kentang yang telah disejukkan tadi sesuai saiz yang anda inginkan
10. masukkan kedalam adunan tepung halus tadi dan masukkan kedalam adunan serbuk roti
11. selepas selesai semua kepingan kentang di salut dengan serbuk roti, sejukkan semula selama 30 mini.
12. panaskan minyak dan kentang nugget anda sedia di masak
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register